Pages

Aug 8, 2012

Terima Kasih Ibu Arissa

Assalammualaikum. Hai.

Bila berjauhan dengan anak, otak dok fikir pasal anak. Risau akan keselamatan dan kesihatan dia. Cukup minum ke? Cukup tidur ke? Cukup makan ke? Haish! Memang dok fikir itu je la. Dan tambah satu lagi, penuh tak diaper dia? Haha. Sangat paranoid ok! Memang tak mau anak kena ruam-ruam tuh. (=_=').

Syukur Alhamdulillah sebab ibu Nur Arissa Batriesya is the best babysitter. Tanpa pertalian darah, sekadar saudara sesama Islam - Nur Arissa Batriesya di jaga, di belai seperti anak sendiri. Alhamdulillah. Saya tak rasa ada ramai babysitter yang menangis bila tengok anak jagaannya tak sihat, tak nak makan, tak nak menyusu dan terkenang anak jagaannya berjauh dengan mak kandung. Kan? 1 dalam 100, mungkin.

Bila berjauhan macam ni tahap risau tuh sepatutnya 100% tapi dengan adanya ibu, tahap tuh tidak lah 100%. Percaya akan ibu. Rasa macam bertuah sangat-sangat. Sekarang, ibu Arissa pun tak bagi encik suami atau mak mentua ambil Arissa awal sangat. Sebab kesian kat mak tok Arissa balik kerja, nak prepare berbuka. So, encik suami akan ambil dalam pukul 8. Itu pun kalau encik suami macam ada kerja nak buat. Saya pulak keep calling & SMS suruh ambil. Haha. Kesian kat ibu Arissa nak masak juga. :p

Yes, betul. Mak sendiri jaga tak sama dengan ibu penjaga. Kan? But as for me, since I am force to and I don't have any better option, leaving her with ibu cukup melegakan hati. At least you know, the one you asked to take care of your little kids is someone you trust so much. And really care with your kids. Kan? Arissa dah boleh makan. Last week, buat la frozen food for her. And weekend, ibu Arissa mesej,

Tie, jangan la buat kat ca makanan dia. kak na boleh buat. setakat nak buat kanji, puree kentang, keledek, brokoli, carrot tu takder masalah bagi kak na. kesian ca makan makanan yang dibeku. 

Terharu kot! Huhuhu. Kami seboleh-bolehnya taknak susahkan ibu Arissa. Sebulan bayar RM200 je. So, nak minta tolong masak memang rasa macam serba tak kena. Dah la mandikan Arissa pagi, tengahari dan petang. Sekarang, jaga sampai pukul 8 malam. Bagi duit extra, tak nak terima. Mau tak serba salah. Ikhlas katanya. So, last weekend decide beli barang-barang je. Beli beras, kentang, brokoli, keledek, bayam, apple, kiwi. Semua belik extra. Kasi semua makan. Huhu.

Dengan kebaikan ibu Arissa seisi keluarga, kadang-kadang rasa macam takper lah berjauh ngan Arissa lama mana pun. Sampai pandai jalan, pandai cakap. Dah ok. Tapi, tak boleh tahan kot mak Arissa nih. Malam je rindu. Malam je nangis. Malam je menatap gambar. Malam je tidur awal. Huhu. Nur Arissa Batriesya, this isn't easy for your mum okay. Leaving you was hurting me. (T__T).

I never knew true beauty until I held you in my arms for the very first time.
I HEART THEM

3 comments

Kesuma Angsana said...

hati seorang ibu sejati, macam tulah

Mimy Hamid said...

susah nak jumpa babysitter macam tu..dia jaga ikhlas bukan duit semata...seronoknya ebrtuah arissa

adyna said...

yatie dapat keje luar perak ke???

akak pun tak tahu dapat x keje nie..n macam mana lak nanti bile dah lama jagan anak..nak hantyar kat org lak

Blog design by Rainy Day