Pages

Aug 15, 2012

Duit Gaji ! Bayar Hutang !

Assalammualaikum. Hai.

Eh, korang semua mesti rata-rata dah dapat duit gaji kan? Hehe. Saya jugak! Alhamdulillah. Teruja dapat gaji pertama sebagai warga kerja MTIB. Kui3. I’ve listed few things dalam diary. Budget raya. Hu3. Seems like, I’ve to ‘cut off’ duit raya. Haish! Ini yang tak berapa suka raya di Semenanjung. Seolah-olah bagi duit raya itu perkara wajib. (kedekut nyer la bunyi mak Arissa kan? =P)

Eh. Dalam lists yang panjang itu, tak lupa akan perkataan ‘bayar hutang’. Haha. PTPTN, insyaAllah bulan depan start. Memang niat / janji pada diri sendiri, akan mula bayar once dah dapat kerja yang setaraf dengan level study yang menjadi punca pinjaman. So, hutang apa la kan ni? Hihi. Hutang kat encik suami. (eh! Suami isteri pun nak berkira ke?)

Hehe. Ok, we both share semua perbelanjaan rumah dan anak. Walaubagaimanapun, ¾ of expenses adalah dibiayai oleh encik suami. Jujur, kadang-kadang rasa bersalah sangat bila kita seolah-olah depends on suami. Encik suami tak minta tapi kita sebagai isteri kena ada juga timbang-rasa. Contohnya, saya move ke KL perlu bayar deposit bilik. Encik suami yang bayarkan dahulu. Saya awal-awal bagitau, I’ll pay you back.

Yes. He’s your husband. Dia tak mintak, so tak perlu kecoh-kecoh nak bayar. Tapi, as for me kalau saya kata saya nak bayar maka saya akan usahakan juga. Encik suami nak terima atau tidak, itu lain hal. But at the end, duit yang kita bayar itu juga sebenarnya akan digunakan untuk kita. Hihi. And you know what, itu merupakan salah satu cara saya mengelak dari nak berbelanja sesuka hati samada secara online mahupun swap. Isk. Isk. Isk.

Oh! Itulah rutin atau amalan kami suami isteri. Kalau saya begitu, encik suami juga akan turut sama. Simple, “kalau kita kata pinjam / bayarkan dulu – itu bermakna kita akan bayar balik” manakala “kalau kita kata minta / belanja saya – maka itu bermaksud percuma”. Suami isteri tak boleh berkira. Dan juga tak boleh berat sebelah. Bak kata encik suami, janji tetap janji. Cewah! Hehe.

Entah bila nak dapat duit gaji tak payah bayar hutang kan? Haha. Dapat gaji je, terus asing-asing duit. Hutang, simpanan, belanja, mak ayah, entertainment. Fuh! Complete. Gaji yang pertama ni, asing ke duit raya pulak. Hehe. Nak balik Sarawak lagi. Kan? By the way, itulah rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga yang diamanahkan kepada saya untuk disalurkan pula kepada keluarga. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur....

satunotahati: in the mode of 'bahagi-bahagi' duit gaji. hehehe.

p/s : Nur Arissa Batriesya at 6 months 20 days old, dah terror mengesot ke depan dengan pantas sambil merangkan. Her mum was extremely excited bila her dad message tentang perkembangannya. Dear Arissa, mak believe on your ayah. Mak tahu, ayah is the best MR.MAMA. ;)

3 comments

Wawa said...

erm...sy plak hubby sy yg byr sume mnde...sy punye gaji bayar wet kerete n lebihnye enjoy sndiri...

kdg rase bersalah gak....tp nk kire gaji die ngn gaji kte bagai langit dan bumi, cancel nak rase bersalah...hihi...boley kan...

D Yatie said...

@Wawa
hahahaha. kite bil2 memang encik suami...kete lak, kte pakai kete encik suami jek..nsib baik suami ada 2 bijik kete...haha...kte tolong topup mende2 kt umah...tp skrg ni...dh dpt yg elok...kena tolong byk la...ehehehe...(kte dulu pun gitu, ms gaji cinonet. buat2 tak bersalah sentiasa. :p)

man said...

dah mana suami..kena bayar semua kan..hehhe

Blog design by Rainy Day