Pages

Jul 2, 2012

Wahai Anak Emak~!

Assalammualaikum. Hai.


Pejam celik. Pejam celik. Nur Arissa Batriesya dah lima bulan. Serius! Rasa macam baru lagi masuk rasa nak yak yak kemudian kena seluk kemudia kena teran kemudia kena jahit kemudian kena jaga baby sorang-sorang kat hospital pada hari pertama. Oh! Itu memori yang sangat indah untuk dikenang buat selama-lamanya. (Pengenalan seorang emak baru beranak sorang. Muahaha.)

Still, bila bangun tengah-tengah malam tenung muka musyuk masyam seorang nih - terdetik dalam hati rasa macam caya tak caya ni anak sendiri. Hoho. Lepas tu pulak bila tengok dia musyuk masyam dah besar, bukan lagi si kecik cinonet yang tidur sopan dulu tuh rasa macam alahai - dah besar rupanya dia. Bila time kena kerap kali angkat si musyuk masyam kembali ke bantal atau ke tengah-tengah toto yang terbentang luas depan tv rasa macam eh, dah pandai bergerak tak lama lagi pandai jalan.

Wow! Seriously, this is AWESOME experience and PRECIOUS moment. Bila berupaya melihat anak membesar depan mata. Hati berbunga-bunga bila anak dah mula mengerti dan pandai akan sesuatu. Sangat gembira bila once she woke up every morning, she'll gave me her sweetest smile. Kerap kali encik suami berkata, "eh anak ayah ni. bangun-bangun jer terus senyum." Dan encik suami akan susah hati bila tiba-tiba pada satu masa si musyuk masyam jadi anak pendiam. Ngeh3.

Anak emak..terima kasih yang tidak terhingga kerana sangat memahami mak sejak dari dalam perut lagi. Alhamdulillah. Sepanjang 9 bulan Arissa dalam perut mak, mak tak ada masalah kecuali - ronda baazar ramadhan sampai ke hujung tak pun tawaf dua tiga kali terus mak rasa nak pitam. Ngee. Alhamdulillah. Tak ada morning sickness. Alhamdulillah. Tak ada mengidam pelik-pelik. Sakit pinggang tuh, normal. Arissa pun elok setiap hari move dalam perut mak. Rindu pulak masa tuh. Hehe.

Terima kasih sayang sebab tak pernah buat mak berjaga malam. Alhamdulillah. Kecuali pada hari pertama Arissa dipertemukan dengan emak oleh Nya. Malam itu, Arissa tortured mak habis-habisan. Babies lain semua elok senyap tidur dalam katil diorang, Arissa menangis sesaje. Nak mak peluk. Tak boleh lepas. Alololo. Pastu marah-marah bila tak terlepas cik N. Kalut mak ni ha. Dah lah hari pertama. Kena jaga sorang-sorang.

Tapi, cuma kali itu sahaja. Sehingga hari ini, musyuk masyam mak sangat memahami. Even demam panas hari itu anak mak tak merengek-rengek, tak mengada-ngada. Elok je tidur malam. Cuma part makan ubat susah sikit. Ok, itu mak tak marah. Sesuai pun. Mak ayah masing-masing tak makan ubat jugak. Dan saat yang buat mak terharu bila mak demam tempoh hari tak mampu nak bangun, Arissa elok je baring sebelah mak. Diam je. Alololo. Comel~! Thank you sayang..

Sekarang, Arissa dah terror sangat meniarap. Dok usaha nak angkat bontot. Guling-guling toksah kata - advance. Ada satu pagi, mak tertidur dengan Arissa kat ruang tamu lepas ayah balik kerja. Bangun tidur, Arissa dah guling-guling sampai ke meja makan. Huhu. Nasib baik ada kerusi yang menghalang Arissa nak guling-guling. Kalau tidak, mahu dah sampai ke dapur. Itu belum pandai gerak sendiri lagi. Memang kerja 'tangkap' Arissa je la nanti. Hehe.

p/s: contest akan bermula pada 7 Julai nanti, ok. ramai yang kata mata musyuk masyam saya macam mata orang cina. ye ke?

jemput-jemput ke

1 comment

Salmi Khairil said...

comelnya baby...suka tengok senyuman dan mata yang sepet tu

Blog design by Rainy Day