Pages

Jul 17, 2012

Sosek Sosek : It's my own effort~!

Assalammualaikum. Hai.

Normal. Manusia kadang-kadang panas punggung serta ketar lutut bila tengok orang berjaya. Tak duduk diam. Menggelupur macam cacing kepanasan. (ok, tak semua). Ada few yang ada PHD sebegini. Mula dok sosek-sosek belakang. Lebih teruk bila ada yang buat cerita. Saya tidak mahu menggunakan perkataan fitnah sebab fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Apa pun, saya maafkan. 

Ok, kisahnya berkenaan dengan tawaran perlantikan jawatan saya itu. Atas sebab bukan dari SPA, makanya ada sosek-sosek kata saya nih ada kabel / orang dalam / network. Tambahan pulak tiba-tiba macam sangat cepat. Interview 28 Jun, dapat surat 6 Julai dan kena suruh daftar 16 Julai. Macam tak sempat nak bernafas dibuatnya. Kan? So, bertambah-tambah sosek-sosek nya. (=_=')

Awak, kamu dan kau! Saya tak marah jika itu benar. Dan tidak juga marah kamu sosek-sosek tidak benar. Itu hak kamu. Mulut tempayan boleh saya tutup. Tapi, geram sebab itu adalah hasil usaha saya sendiri. Jangan nak kata kabel, wire pun tak ada. Or nak kata bapak saya dulu pernah kerja kilang kayu so bapak saya ada network kat MTIB? Hebatlah kalau begitu, kan?

Awak, kamu dan kau! Sejak saya graduated, saya tak pernah putus asa isi form samada bertulis / secara online. Yes, sometime saya down. Tapi, saya tetap tak putus asa. MTIB, saya isi masa saya kat Sarawak. Saya isi semua, dan email pada encik suami dan encik suami pos. Saya kurang pasti samada sebelum bersalin / semasa berpantang. Apa yang pasti, kami sama-sama lupa entah bila isi borang MTIB. (banyak kot isi. huhu.)

Awak, kamu dan kau! Nak kata saya ni emo? Yes, I am. Sebabnya, saya berusaha sendiri dan tidak adil bagi saya bila mendengar sosek-sosek itu. Saya isi borang. Saya pulun study. Saya berhempas pulas setengah jam dalam bilik mesyuarat berhadapan dengan 5 orang panel. Saya terkejut mak yeh bila sepatutnya orang ke-11 jadi orang pertama.

Awak, kamu dan kau! It isn't easy. Bukan saya masuk temuduga dengan nama dah ada dalam list dengan soalan sekadar ceritakan perihal diri kamu serta soalan, sekiranya kamu ditugaskan ke jabatan yang berjauhan kamu mahu? No. Tidak. Saya membawa diri sebagai anak seorang buruh dan seorang cikgu tadika serta isteri kepada juruteknik komputer malahan mak kepada seorang anak.

Awak, kamu dan kau! Saya maafkan. Teruskanlah sosek-sosek sekiranya mahu memberikan pahala kepada saya. Dan saya maafkan kamu. Memaafkan merupakan antara terapi terbaik untuk ketenangan selain dari melihat wajah anak. Kan? Btw, maaf entri ini sememangnya agak emosional. Kui3.

p/s: saya memang kuat beremosi kot. jangan cari pasal. lalalala.

Best Cure Of Stress
Mum Will Miss You So Much Sayang!!

No comments

Blog design by Rainy Day