Pages

Jul 25, 2012

Semakin Hari Semakin.....

Assalammualaikum. Hai.

Semakin hari semakin tidak keruan. (T__T). 

Nur Arissa Batriesya. Hati mak semakin gundah dan gelisah. Allah lebih mengetahui bagaimana perasaan mak sekarang. Setiap kali menatap wajah Arissa, air mata mak seakan mahu tumpah. Mak hanya mampu menangis dalam hati. Mak tak mahu menjadi seorang mak yang lemah di mata Arissa.

Setiap pagi, sebaik sahaja Arissa buka mata dan tengok mak - Arissa akan terus tersenyum. Setiap pagi, lepas ayah pergi kerja - mak dan Arissa akan golek-golek atas katil. Setiap pagi, masa golek-golek - mak akan cium Arissa sepuas-puasnya. 

Setiap pagi, sebelum kita nak bergerak keluar - kita tengok cermin dan berdoa "ya Allah, perelokkan akhlak ku seperti mana Engkau memperelokkan kejadian ku". Setiap pagi, sebelum kita gerak - mak akan ambil gambar Arissa dalam seat. Setiap pagi, sebelum mak bergerak ke tempat kerja - mak akan cium Arissa dan lambai walaupun Arissa tak mengerti lagi.

Tapi, sekejap sahaja lagi. Mak kehilangan rutin yang indah ini. Pagi mak tidak akan dihiasi dengan wajah polos dan manis Arissa. Pagi mak tidak lagi diwangikan dengan bau musyuk masyam. Pagi mak tidak lagi diserikan dengan wajah fotogenik Arissa. Mak keseorangan. Mak bersendirian. Tanpa Arissa. Tanpa ayah.

Setiap petang, mak akan ambil Arissa. Kadang-kadang kita terus balik. Kadang-kadang mak bawa Arissa ronda satu Ipoh. Kadang-kadang mak borak-borak kosong. Kadang-kadang mak bebel kat Arissa sebab suka nak gigit tali pinggang. Kerap kali kita berzikir. Arissa suka hasbi rabbi..jallallah... Setiap petang, sampai rumah mak terus gomol dan cium Arissa depan kat ruang tamu.

Tapi, sekejap sahaja lagi. Petang mak akan keseorangan. Petang mak mungkin diiringi air mata. Petang mak akan ditemani dengan kerinduan yang teramat. Petang mak mungkin diisi dengan aktiviti bersamaNya. Kerana mak tahu, aktiviti itu sahaja yang boleh mengubat rasa rindu mak pada Arissa nanti.

Arissa, mak nak Arissa tahu. Salah satu sebab mak pergi juga ialah kerana mak nak berikan yang terbaik untuk masa depan Arissa. Mak juga nak bantu ayah. Mak nak bantu nek aki dan nek wan. Mak perlu ambil kira semua faktor. Jangan pernah sesekali ingat mak tinggalkan Arissa sebab tak sayang. Kerana sayang, mak berkorban.

InsyaAllah, mak akan ambil Arissa untuk duduk bersama mak. Tapi, tidak buat masa terdekat ini. Mak perlu cari rumah yang terbaik. Pengasuh / taska yang terbaik. Kerana apa? Demi keselamatan Arissa. InsyaAllah, mak akan balik setiap hujung minggu. Biarpun cuti sehari, mak akan balik juga. InsyaAllah. Mak akan cuba sedaya-upaya Arissa.

tengok muka dia kat sini pun sedih
apatah lagi nanti
p/s: can't imagine how it will be on the day i'm leaving her~ (T__T)

2 comments

EdatUzair said...

sedih nya bc entry awk kali ni..huhuhu..sabo ye!

Mimy Hamid said...

sedihnya baca...sob sob..Insya Allah ada jalannya nanti..doa banyak@ key..kalau la di tempat dyatie...sayu nyaaaa

Blog design by Rainy Day