Pages

Jul 17, 2012

Saya Redha

Assalammualaikum. Hai.

Kalau permohonan penangguhan tak diterima, pastinya malam ini saya dah berjauh dengan encik suami dan musyuk masyam. Isk. Isk. Isk. Sedih ok bila fikir-fikir nak berjauh dengan diorang. Apatah lagi dengan musyuk masyam saya tuh. Huhuhu.

Dalam rasa macam tak sanggup nak berjauhan, saya perlu terima. Bukan saya suka-suka mahu berjauhan. Semua ini untuk kepentingan musyuk masyam jugak. Tak apa, berjauhan beberapa bulan untuk keselamatan bertahun akan datang. InsyaAllah. Saya tak mahu terburu-buru nak cari rumah, cari nursery / babysitter dan at last kecewa / berduka. Sometime, kita perlu fikir benda yang buruk terlebih dahulu.

Kami ambil keputusan untuk biarkan saya bersendirian terlebih dahulu. Slow-slow cari rumah, berkawan dan seterusnya pengasuh. Kalau boleh angkut pengasuh yang ada sekarang, mesti musyuk masyam budak yang paling bertuah. But it's just a daydreaming. Itupun kalau nak masuk dalam mimpi kan? Hoho. Paling penting bagi saya ialah orang yang bakal jaga musyuk masyam. Tak mau susah kemudian hari.

Ramai yang bertanya. Mesti sedih kan? Mesti sayu kan? Sanggup ke? Ok. Serius tak tau nak kata apa kalau ada yang kata tak sedih atau tak sayu atau sanggup. Mak jenis apa kah itu? Kan? Apa pun, saya redha. Saya berjauh sebab nak cari rezeki. Bukan untuk saya semata-mata, lebihnya untuk anak. Encik suami susah hati juga nak lepaskan. Tapi, masing-masing redha.

Semua ini dah tertulis. Setelah Allah mudahkan beberapa perkara, Allah uji pada bahagian lain pulak. Bukankah kita patut bersyukur ketika diuji? Kan? So, walau berat dan payah - saya redha. Saya yakin, pasti akan ada kemanisan selepas ini. Setelah berkorban. InsyaAllah tak lama. Encik suami pun boleh transfer ke KL nanti. Lambat atau cepat / Nak atau taknak je.

p/s: rumah encik suami dah boleh masuk. nampaknya weekend jer la rumah tu ada orang. sooner mungkin akan disewakan. sebab saya tak mungkin boleh transfer ke ipoh. urm. once again, kami redha. rezeki Allah ada di mana2. dan rezeki itu luas di muka bumi Allah. dah pencen nanti boleh la duduk. :p

i am going to miss both of them in every second of my breath.
trust me!

1 comment

Kesuma Angsana said...

doakan yg terbaik for u n family yek! moga dipermudahkan segala urusan

Blog design by Rainy Day