Pages

Jul 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalammualaikum. Hai.

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah. InsyaAllah diberi kesempatan oleh Nya untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Kalau tahun lepas, boleh berpuasa penuh. Tahun ini nampaknya tidak lagi. Sejak bulan lepas 'aktiviti bulanan' telah kembali normal. Dan tahun ini, saya berpuasa bersama encik suami dan cik anak. Horee! Horreee! (musyuk masyam tak puasa, tapi dia dah boleh join makan sama dengan mak ayah).

Semua gembira menyambut Ramadhan kan? Saya juga! Dan saya gembira kerana berkesempatan untuk meraikan 10 hari Ramadhan bersama encik suami dan cik anak. Selepas 10 Ramadhan, saya akan berhijrah sendirian ke 'hutan konkrit' itu. Maka berjauhanlah saya dari mereka yang dicintai. Dah kembali ke status dulu-dulu, anak perantau. Nak kena selalu nyanyi lagu Dendang Perantau nanti. 

Salam Ramadhan dan Salam Kemaafan dari kami sekeluarga buat semua. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Dan semoga juga kita mampu menangkis hawa nafsu yang menggoda ke arah kemaksiatan. Semoga hawa nafsu kita menjalani ibadah Nya lebih menebal. InsyaAllah.


1 comment

Pinkbubblegumprincess said...

selamat berpuasa yati...iboh posa yok2 okeh haha ya pesanan salu dgr waktu kecik dolok hehe

Blog design by Rainy Day