Pages

Jul 31, 2012

I am here.. Without Her & Him

Assalammualaikum. Hai.

Akhirnya, hari ini tiba jua. Maafkan mak Nur Arissa Batriesya. Mak tak sanggup nak tengok muka Arissa lama-lama. Bukan mak tak mahu Arissa tunggu mak bergerak pergi seperti kebiasaan yang kita lakukan. Tetapi kali ini, segalanya berbeza. 

Mak bergerak pergi untuk beberapa hari. Bukan sekadar beberapa jam. Mak paksa Along bawa Arissa masuk rumah Ibu cepat-cepat. Mak paksa Ayah terus bergerak. Mak masuk dalam kereta, mak tak nak tengok Arissa, mak tunduk dan akhirnya mak tidak mampu menahan tangisan mak.

Nur Arissa Batriesya. Ini pengorbanan mak untuk masa depan Arissa. Bukan mudah untuk mak. Bukan mudah juga untuk Arissa. Ya, mak tahu Arissa masih tidak mengerti tapi bukan bermakna Arissa tak mengenali. Mak yakin, sepertimana mak mengingati Arissa pada saat dan ketika ini, Arissa juga begitu. 

Mak : Ica tak merengek-rengek?
Ayah : Setakat nie xder lagi tapi kesian sangat2, dia macam mencari2 mak dia..

Allah....
Apa yang mak mampu lakukan Arissa, 
selain doa semoga Arissa baik dan sihat sahaja,
berdoa semoga Arissa akan terus tersenyum,
berdoa semoga Arissa akan segera biasa.

Nur Arissa Batriesya. Sabar ye sayang. Mari kita sama-sama kuatkan hati ye nak. Jumaat ni kita jumpa ye. Mak akan balik segera. Jangan risau ye. Mak pasti akan balik. InsyaAllah.

p/s: merindui anak dan suami tercinta.

3 comments

farah keifli said...

bila jadi ibu susah sgt nak jauh dgn anak kan..kalu blh nak anak depan mata 24jam..tapi tgjawab pada kerja pun penting jugak..semua tu untuk anak jugak..

Mimy Hamid said...

sedihnya hati kalau di tempat awak...takpe la dyatie...pengorbanan sementara untuk membina keluarga kan...touching laaaaaaaaaa....sob sob...Arissa take tau mak jauh mencari rezeki untuk kamu jugakk

iena_mieyna ^^ said...

sedihnya..msti mama sy dulu pun perasaan dia mcm akak jugak..sy terpisah dgn mama sy 8 thn..x jumpa2 lgsung..huuu...dah besar baru jumpa...

Blog design by Rainy Day