Pages

Jul 22, 2012

Awal Ramadhan

Assalammualaikum. Hai.

Hehe. Ok, nak gelak dulu. Kui3. Hari pertama puasa kami suami isteri tak bersahur. Wakakaka. Then, kami salahkan musyuk masyam sebab bangun awal sangat nak poo poo. Pukul 2 kot musyuk masyam bangun poo poo. Pastu saya macam nak budget tidur balik 2 jam je. Sekali, amek kaw! Tersedar almost 6am. Sabar je lah. Encik suami pun dok kata bagus, bagus, bagus. Haha.

Actually, we both sama-sama bangun. Lepas saya salin pampers musyuk masyam, ayah nyer layan la anaknya yang mata sudah memboolaat. Saya pula sambung tidur. Tak sangka pulak boleh tertidur sampai terlepas waktu sahur. Haish! Siangnya dok pesan-pesan kat musyuk masyam, nak poo poo nanti poo poo dalam pukul 4 tau. Mak ayah sekali sahur. Hohoho.

Berbuka bersama keluarga mentua. Phew! Fenin yang amat bila dalam rumah ada 3 kids termasuk musyuk masyam. Anak sedara suami 2 orang - 1 & 2 years. Musyuk masyam pulak 6 months. Masing-masing dengan ragamnya. Masing-masing nak tidur tapi dok lawan mata. Musyuk masyam pulak dah tidur tapi terkejut entah kenapa pastu menangis macam tak nak stop. Menangis sambil cebik-cebik pastu sayu jer dengar. Lalu mak musyuk masyam nak berbuka?

Btw, rasa simpati sangat kat anak-anak sedare encik suami. Mereka 2 beradik. Rapat-rapat. Sorang 1 tahun, sorang 2 tahun dan sekarang mak nyer dah di hospital menanti kelahiran anak yang ketiga. Rezeki itu dari Allah tanpa Allah tidak menghalang kita dari merancang. Kesian bila masing-masing macam nak perhatian lebih. Tengok muka diorang rasa macam alahai kesiannya lah. Belum besar lagi dah nak dapat adik.

Eh! Eh! Eh! Sejujurnya saya merancang, dan andaikata saya dianugerahkan zuriat sebelum seperti yang dirancang - saya terima dengan hati yang lapang dan tangan mendepa luas. Saya tidak akan sesekali menidakkan rezeki dan nikmat kurnia yang Allah beri. Kan? Anak itu kan rezeki. Yer dak? Tengok muka musyuk masyam sekarang nih kalau tiba-tiba nak dapat adik, oh KESIAN! Tumpahkan kasih sayang yang sepenuhnya dulu. Ok?! (semangat untuk diri sendiri. =P)

p/s: jangan lupa jenguk-jenguk Arissa's Gallery yer~! 



Dress seperti diatas, cuma RM36.00..
Ada banyak lagi dress untuk baby comel~!

1 comment

Mimy Hamid said...

Salam Ramadhan untuk Dyatie mak Arissa

Blog design by Rainy Day