July 31, 2012

I am here.. Without Her & Him

Assalammualaikum. Hai.

Akhirnya, hari ini tiba jua. Maafkan mak Nur Arissa Batriesya. Mak tak sanggup nak tengok muka Arissa lama-lama. Bukan mak tak mahu Arissa tunggu mak bergerak pergi seperti kebiasaan yang kita lakukan. Tetapi kali ini, segalanya berbeza. 

Mak bergerak pergi untuk beberapa hari. Bukan sekadar beberapa jam. Mak paksa Along bawa Arissa masuk rumah Ibu cepat-cepat. Mak paksa Ayah terus bergerak. Mak masuk dalam kereta, mak tak nak tengok Arissa, mak tunduk dan akhirnya mak tidak mampu menahan tangisan mak.

Nur Arissa Batriesya. Ini pengorbanan mak untuk masa depan Arissa. Bukan mudah untuk mak. Bukan mudah juga untuk Arissa. Ya, mak tahu Arissa masih tidak mengerti tapi bukan bermakna Arissa tak mengenali. Mak yakin, sepertimana mak mengingati Arissa pada saat dan ketika ini, Arissa juga begitu. 

Mak : Ica tak merengek-rengek?
Ayah : Setakat nie xder lagi tapi kesian sangat2, dia macam mencari2 mak dia..

Allah....
Apa yang mak mampu lakukan Arissa, 
selain doa semoga Arissa baik dan sihat sahaja,
berdoa semoga Arissa akan terus tersenyum,
berdoa semoga Arissa akan segera biasa.

Nur Arissa Batriesya. Sabar ye sayang. Mari kita sama-sama kuatkan hati ye nak. Jumaat ni kita jumpa ye. Mak akan balik segera. Jangan risau ye. Mak pasti akan balik. InsyaAllah.

p/s: merindui anak dan suami tercinta.

July 27, 2012

Bilik Sewa Mama' Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai. 

Errr? Kenapa tetiba jadi MAMA'? Bukan selama ni mak ke? Hehe. Ye, memang betul. Saya membahasakan diri saya sebagai mak. But each time main ngan musyuk masyam, manja ngan musyuk masyam, gomol musyuk masyam saya akan cakap, "meh sini kata mama' meh?" (contoh). Dan oleh yang demikian, ayah musyuk masyam akan kata "arissa bukan anak mamak lah". Haish!!!~

Ok, sebelum ni ada juga selit-selit pasal kediaman baru nak duduk KL kan? So, akhirnya berjaya dapatkan bilik yang berdekatan dengan LRT. Fully furnished. Yakni hanya membawa pakaian sendiri. Bak kata orang, cuci kaki lah. Kui Kui Kui. Nak tengok? Hehehe. Memang nak bagi tengok pun. :p (dah macam hotel pulak mak musyuk masyam tengok. huhuhu.)


bilik
sarung cadar sarung bantal disediakan

ruang tamu begini provide tv, astro, sofa

Sewa, RM300 sebulan. Satu bilik 2 orang. Kiranya, satu bilik sewanya RM600. (=_='). KL. So, standard lah kan sewa yang sedemikian rupa. Huhu. Nak sewa rumah RM300, dok Ipoh la. Hoho. Oh, bilik ni kat Pangsapuri Sri Cahaya. Ada tak orang yang duduk dekat-dekat situ? Ngeh3.

Esok, kami akan ke KL untuk jumpa tuan rumah. Bayar deposit, ambil kunci dan sign agreement. Yang bestnya, encik suami setuju kami bawa Nur Arissa Batriesya sekali. Hoyeah! Excited mak si musyuk masyam. Kami akan naik ETS pukul 7 pagi esok, nak settle cepat sebab nak pegi merayau-rayau bawa anak. Dan InsyaAllah nak ke Mid Valley - Exhibition (tak ingat apa nama penuh tah).

Erm. Sekarang nih saja buat-buat happy. Dan give the best moment to little princess and also the king. King mana boleh lupa walaupun perhatian macam dah lebih kat princess kan. Hehehe.

p/s: ku rasa kan hari terakhir ini berlalu sangat lambat. huhuhu.

July 26, 2012

Bonus Setengah Bulan Penjawat Awam

Assalammualaikum. Hai.


Semalam, lepas berbuka dok tengok berita kat Buletin Utama. PM bagitau nak bagi bonus kepada penjawat awam setengah bulan gaji, minima RM500. So, soalan kat encik suami, "agak-agak saya boleh dapat tak bonus nih nanti?" Haha. Berangan kau mak~! Baru nak masuk kerja kot 1 Ogos nih, ada hati nak dapat bonus Tapi.. "eh noks! siapa tahu rezeki anak I?" Ngeeeee!~~~

Syukur Alhamdulillah. Bonus yang diberikan membantu mereka yang tidak berkemampuan. Kata orang, lepas la nak beli juadah hari raya. Yer dak? Tak payah ganggu duit gaji. Kan? Duit gaji untuk kegunaan biasa. Encik suami pun dapat bonus, so nak suruh budak musyuk masyam kenyit-kenyit mata kat ayah dia. Muahahaha. But in case rezeki musyuk masyam saya dapat bonus juga, rezeki tu melimpah-ruah pada musyuk masyam lah. ;D

Still, new nih tak boleh hilangkan rasa tidak keruan mengenangkan nak tinggalkan anak dan suami. Haish!~ Setiap malam memohon kepadaNya sekeping hati yang kuat dan penuh kesabaran. 

p/s : saya lebih setuju kalau bonus penjawat awam selaras, tanpa mengikut gred. (errr. belum masuk keje lagi dan nak komen - komen gini yek?) pendapat ja~ :)

July 25, 2012

Semakin Hari Semakin.....

Assalammualaikum. Hai.

Semakin hari semakin tidak keruan. (T__T). 

Nur Arissa Batriesya. Hati mak semakin gundah dan gelisah. Allah lebih mengetahui bagaimana perasaan mak sekarang. Setiap kali menatap wajah Arissa, air mata mak seakan mahu tumpah. Mak hanya mampu menangis dalam hati. Mak tak mahu menjadi seorang mak yang lemah di mata Arissa.

Setiap pagi, sebaik sahaja Arissa buka mata dan tengok mak - Arissa akan terus tersenyum. Setiap pagi, lepas ayah pergi kerja - mak dan Arissa akan golek-golek atas katil. Setiap pagi, masa golek-golek - mak akan cium Arissa sepuas-puasnya. 

Setiap pagi, sebelum kita nak bergerak keluar - kita tengok cermin dan berdoa "ya Allah, perelokkan akhlak ku seperti mana Engkau memperelokkan kejadian ku". Setiap pagi, sebelum kita gerak - mak akan ambil gambar Arissa dalam seat. Setiap pagi, sebelum mak bergerak ke tempat kerja - mak akan cium Arissa dan lambai walaupun Arissa tak mengerti lagi.

Tapi, sekejap sahaja lagi. Mak kehilangan rutin yang indah ini. Pagi mak tidak akan dihiasi dengan wajah polos dan manis Arissa. Pagi mak tidak lagi diwangikan dengan bau musyuk masyam. Pagi mak tidak lagi diserikan dengan wajah fotogenik Arissa. Mak keseorangan. Mak bersendirian. Tanpa Arissa. Tanpa ayah.

Setiap petang, mak akan ambil Arissa. Kadang-kadang kita terus balik. Kadang-kadang mak bawa Arissa ronda satu Ipoh. Kadang-kadang mak borak-borak kosong. Kadang-kadang mak bebel kat Arissa sebab suka nak gigit tali pinggang. Kerap kali kita berzikir. Arissa suka hasbi rabbi..jallallah... Setiap petang, sampai rumah mak terus gomol dan cium Arissa depan kat ruang tamu.

Tapi, sekejap sahaja lagi. Petang mak akan keseorangan. Petang mak mungkin diiringi air mata. Petang mak akan ditemani dengan kerinduan yang teramat. Petang mak mungkin diisi dengan aktiviti bersamaNya. Kerana mak tahu, aktiviti itu sahaja yang boleh mengubat rasa rindu mak pada Arissa nanti.

Arissa, mak nak Arissa tahu. Salah satu sebab mak pergi juga ialah kerana mak nak berikan yang terbaik untuk masa depan Arissa. Mak juga nak bantu ayah. Mak nak bantu nek aki dan nek wan. Mak perlu ambil kira semua faktor. Jangan pernah sesekali ingat mak tinggalkan Arissa sebab tak sayang. Kerana sayang, mak berkorban.

InsyaAllah, mak akan ambil Arissa untuk duduk bersama mak. Tapi, tidak buat masa terdekat ini. Mak perlu cari rumah yang terbaik. Pengasuh / taska yang terbaik. Kerana apa? Demi keselamatan Arissa. InsyaAllah, mak akan balik setiap hujung minggu. Biarpun cuti sehari, mak akan balik juga. InsyaAllah. Mak akan cuba sedaya-upaya Arissa.

tengok muka dia kat sini pun sedih
apatah lagi nanti
p/s: can't imagine how it will be on the day i'm leaving her~ (T__T)

July 22, 2012

Awal Ramadhan

Assalammualaikum. Hai.

Hehe. Ok, nak gelak dulu. Kui3. Hari pertama puasa kami suami isteri tak bersahur. Wakakaka. Then, kami salahkan musyuk masyam sebab bangun awal sangat nak poo poo. Pukul 2 kot musyuk masyam bangun poo poo. Pastu saya macam nak budget tidur balik 2 jam je. Sekali, amek kaw! Tersedar almost 6am. Sabar je lah. Encik suami pun dok kata bagus, bagus, bagus. Haha.

Actually, we both sama-sama bangun. Lepas saya salin pampers musyuk masyam, ayah nyer layan la anaknya yang mata sudah memboolaat. Saya pula sambung tidur. Tak sangka pulak boleh tertidur sampai terlepas waktu sahur. Haish! Siangnya dok pesan-pesan kat musyuk masyam, nak poo poo nanti poo poo dalam pukul 4 tau. Mak ayah sekali sahur. Hohoho.

Berbuka bersama keluarga mentua. Phew! Fenin yang amat bila dalam rumah ada 3 kids termasuk musyuk masyam. Anak sedara suami 2 orang - 1 & 2 years. Musyuk masyam pulak 6 months. Masing-masing dengan ragamnya. Masing-masing nak tidur tapi dok lawan mata. Musyuk masyam pulak dah tidur tapi terkejut entah kenapa pastu menangis macam tak nak stop. Menangis sambil cebik-cebik pastu sayu jer dengar. Lalu mak musyuk masyam nak berbuka?

Btw, rasa simpati sangat kat anak-anak sedare encik suami. Mereka 2 beradik. Rapat-rapat. Sorang 1 tahun, sorang 2 tahun dan sekarang mak nyer dah di hospital menanti kelahiran anak yang ketiga. Rezeki itu dari Allah tanpa Allah tidak menghalang kita dari merancang. Kesian bila masing-masing macam nak perhatian lebih. Tengok muka diorang rasa macam alahai kesiannya lah. Belum besar lagi dah nak dapat adik.

Eh! Eh! Eh! Sejujurnya saya merancang, dan andaikata saya dianugerahkan zuriat sebelum seperti yang dirancang - saya terima dengan hati yang lapang dan tangan mendepa luas. Saya tidak akan sesekali menidakkan rezeki dan nikmat kurnia yang Allah beri. Kan? Anak itu kan rezeki. Yer dak? Tengok muka musyuk masyam sekarang nih kalau tiba-tiba nak dapat adik, oh KESIAN! Tumpahkan kasih sayang yang sepenuhnya dulu. Ok?! (semangat untuk diri sendiri. =P)

p/s: jangan lupa jenguk-jenguk Arissa's Gallery yer~! 



Dress seperti diatas, cuma RM36.00..
Ada banyak lagi dress untuk baby comel~!

July 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalammualaikum. Hai.

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah. InsyaAllah diberi kesempatan oleh Nya untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Kalau tahun lepas, boleh berpuasa penuh. Tahun ini nampaknya tidak lagi. Sejak bulan lepas 'aktiviti bulanan' telah kembali normal. Dan tahun ini, saya berpuasa bersama encik suami dan cik anak. Horee! Horreee! (musyuk masyam tak puasa, tapi dia dah boleh join makan sama dengan mak ayah).

Semua gembira menyambut Ramadhan kan? Saya juga! Dan saya gembira kerana berkesempatan untuk meraikan 10 hari Ramadhan bersama encik suami dan cik anak. Selepas 10 Ramadhan, saya akan berhijrah sendirian ke 'hutan konkrit' itu. Maka berjauhanlah saya dari mereka yang dicintai. Dah kembali ke status dulu-dulu, anak perantau. Nak kena selalu nyanyi lagu Dendang Perantau nanti. 

Salam Ramadhan dan Salam Kemaafan dari kami sekeluarga buat semua. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Dan semoga juga kita mampu menangkis hawa nafsu yang menggoda ke arah kemaksiatan. Semoga hawa nafsu kita menjalani ibadah Nya lebih menebal. InsyaAllah.


July 19, 2012

GIVEAWAY SWEET LIZAHANUM

Assalammualaikum. Hai.


Sweet Lizahanum ada buat satu giveaway bersempena Ramadhan yang bakal menjelma. Nak cuba jugak, siapa tahu rezeki Nur Arissa Batriesya di bulan puasa. Yer dak?

Ok, meh nak cerita sikit syarat-syaratnya. Mudah & Senang je.

1. Follower & bukan follower boleh turut serta (mak Arissa dah follow)
2. Buat entri tentang giveway ini di blog masing2 dan letak link kat komen entri giveaway. Kalau tak boleh juga, letak kat ruangan chat  (mak Arissa dah letak link)

senang dan mudah kan?

Ok, 6 + 3 orang pemenang akan dipilih melalui cabutan undi. Dan....

GA ini bermula 17 Julai sehingga 31 Julai 2012.

Hadiah? Hadiah itu yang buat saya teruja nak join. Hehehe.


Jom la sama2 kita meriahkan giveaway nih!
Nak join?
klik link kat bawah ni ye

Cameron Highlands: Sungei Palas Boh Plantation Tea

Assalammualaikum. Hai.

Jom sambung. Nih masa on the way nak balik sebenarnya. Tak tau pun ada satu lagi Boh Plantation selain yang kena turun 15km dari Tanah Rata tuh. (=__='). Kebetulan ternampak signboard SUNGEI PALAS BOH PLANTATION TEA 3KM. Terus kabo kat encik suami, then encik suami pun dengan baik hati u-turn. Huhuhu. Dan jalan nak menuju ke situ, Subhanallah. Pemandangan yang sangat indah, cantik. Tapi gayat. Tinggi plus jalan kecik cinonet jek. Huhuhu. Dan masa nak naik ke tea centra, jalan kaki sambil dukung musyuk masyam. Fuhhh~! Sangat mengah ok!

mak musyuk masyam yang termengah-mengah

mesin apa entah kt tepi kami tu. lupa. :p

dah alang-alang ko mengah kan
wajiblah 'sengat' sikit encik suami hi-tea kt situ
chocolate melt & lemon butter cake
tea & hot chocolate
(tak oh-sem pun)
huhuhu

ini budak geram tengok makanan tapi tak ley makan
hahahaha

hohoho
each time dengan ayah
muka musyuk masyam mesti tak semengah
:p

ada budak dok panjat
saya yang ketar lutut
(=_=)

see! told you. bila ngan ayah je muka tak cun. :p

macam lah muka musyuk masyam cun sangat ngan mak kan. hoho.

cantik kan pemandangan belakang tu?

view from above. bawah tu tempat parking ok. mau x mengah?

musuk masyam sudah hilang fokus.

mak tetap possing. hoho.

subhanallah.

musyuk masyam dah bosan dah ni. jenuh jerit panggil. huhu.

motif gambo nak tunjuk cafe kat atas nun ha.

subhanallah. ciptaan Allah sangat indah.

ayah~! jom la balik. tak sabar nak tido dah ni.

Serius. Masuk je kete, jalan tak jauh lagi. Musyuk masyam dah tidur. Shopping sayur & buah untuk mentua, ipar dan ibu Arissa - dia tetap tidur. Letih sangat gamaknya seharian tak baring. Siap shopping, on the way balik dia pulak segar bugar dalam seat. (mak & anak duduk jadi bos kat belakang. =P)

p/s:btw, it was a day trip before Ramadhan & before mak move alone ke KL. (T__T)

p/s:encik suami, thanks for this day. we enjoyed spend time together. mother, father and daughter. love two of you so much. and will miss both of you so much later. (T_T).

July 18, 2012

Cameron Highlands: MARDI Agrotechnology Park

Assalammualaikum. Hai.

Destinasi seterusnya setelah ke Bharat, kami pergi MARDI Agrotechnology Park. Most strategic place to spend your time with family. Sebab kat MARDI nih boleh dikatakan semua ada. Jom layan gambar~!

musyuk macam yang sangat excited tengok bunga-bunga 'bergayut'

mak, kenapa bunga ni warna biru?

ee geramnya tengok bunga kebangsaan nih..

kawasan je sedang diracun, signboard ni tak. :p

eeee...tantek nyer mak~~

mak saya nak tu! janganla tahan tangan ica. 

eh~! ayah bawa big gun. lol.

kah kah kah. mari gelakkan ayah sama-sama mak.. :p

mak: ngaper ica comel sangat?
ica: hoho..sebab mak comel.

BIG LOL! :P

mak, ica dah letih lah. huhuhu.

eh apa ni? takder bunga. bukan teh bunga kan? :p

uhuk uhuk uhuk. bau bunga nih ica tak tahan. 

ica tdo dulu mak. jap lagi kita sambung jalan ye. 

hahaha. ica dah segar balik! meh sengih-sengih~

bunga ni musyuk tapi warna cantik. mak kata bunga taik ayam.

weee~~~! tingginya!!!

ini bunga lavender.

fly so high
jom nyanyi lagu butterfly

finally, gambar bertiga
sorry mak sorry ayah
muka ica tak semengah
:p

Gambar ayah dengan Nur Arissa Batriesya takder?

mak: ayah tak nak ke gambar ngan ica?
ayah: ish. pantang seorang photographer amik gambar.
mak: poyo!

Cameron Highlands : Bharat Cameron

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu lepas, encik suami bawa kami anak-beranak naik Cameron. Dah lama dah teringin nak pergi bila tengok ramai momies bawa anak pergi kan. Ngeh3. Tak pernah pergi bertiga. :p Dekat je pun deknon. Tak sampai 2 jam, dah sampai. Ronda Cameron pun tak sampai 5 jam, dah settle. Saja nak jalan bawa musyuk masyam. Tak sangka juga encik suami betul-betul bawa. Ingatkan main-main. =P.

Lokasi pertama kami : Bharat Cameron Bharat Tea Plantation. At first plan nak pergi hi-tea kat situ. Tapi, dah terlajak drive. Nak ke Boh Plantation pulak 15km ke bawah. Tak larat pula rasanya. Singgah di Bharat cuma ambil gambar. Hoho. Perut dah kenyang kot sebab dah makan nasi kat Tanah Rata. Hihi. Perut diutamakan. Lalalala.

Bharat Cameron Plantation Tea

tengok view semata-mata
tak berani nak turun
risiko

musyuk masyam was seriously crazy with colorful flower

one of her naughty face caught by encik suami
geeerrraaammmm

she's attracted with the flowers
meanwhile others are attracted with the flower on her head
hihihi

bukti itu bharat
signboard di belakang
hahaha

soul of my heart
errr
our heart
(kecik hati ayah kang)
Ada banyak keping lagi gambar, tapi malas nak edit walaupun sekadar resize. Kui3. Sekejap je kat situ, then kitorang terus gerak ke MARDI Agrotechnolgy Park, Cameron Highlands. Next entry~! Bye~!

p/s: jangan lupa jenguk ARISSA'S GALLERY okay~! =D

Blog design by Rainy Day