Pages

Jun 12, 2012

Kisah Empat Bulan Sudah

Assalammualaikum. Hai.

Masih panjang lagi masa bersama Nur Arissa Batriesya, InsyaAllah. Perjalanan yang kita tidak pasti bagaimana pengakhirannya mahupun perantaraannya. Perjalanan yang kita tidak tahu apa yang berlaku kemudian hari. Bukan mahu meneka atau mengagak masa depan, tapi ini segmen mengenang dan mengimbau. Hahaha.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah menganugerahkan saya seorang puteri yang sangat memahami pada perkiraan saya. Setiap kali saya disoal berkenaan kehamilan, kelahiran dan juga keibubapaan - saya menjawab dengan ikhlas serta jujur hati yang akhirnya membuatkan saya terdiam. Huhu. 'mungkinkah saya terlampau yakin atau seolah-olah bercakap besar?'

Q: Awak pregnant dulu ada morning sickness tak?
A: Alhamdulillah, tak ada langsung. 

Q: Sakit tak bersalin?
A: Kalau tak sakit bukan bersalin. Tapi, tak ada lah sampai nak mati. Huhu.

Q: Baby macam mana? Tak cukup tidur oh sekarang?
A: Alhamdulillah, baby ok. Tak pernah lagi saya tak tidur malam.

Bila saya menjawab, respons yang bertanya ialah 'senangnya', 'mudahnya'. Ya. Saya juga rasa begitu. Saya bersyukur Allah mempermudahkan segalanya. Tetapi, saya tidak tahu lagi akan 'kedua', 'ketiga', 'keempat' dan ke-duabelas seterusnya. Encik suami kata, "Allah belum lagi nak berikan kifarahnya pada awak". Ia berikutan dengan persoalan saya, "ramai yang kata sakit hinggakan ada yang berkata tak mahu lagi. bila baca dalam buku, isteri-isteri yang bersalin Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan kesakitan yang ditanggung. adakah saya tidak terpilih untuk dihapuskan dosa-dosa pada saat itu?" Sedikit tersentap saya memikirkan hal itu.

Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata):” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau membebani kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berikanlah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Saya berpegang teguh pada ayat itu. Allah Maha Mengetahui. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Tidak perlu untuk saya pertikaikan atau persoalkan. Semua itu sudah diaturkan oleh Allah. Allah tahu saya tidak kuat seperti wanita / isteri dan ibu yang lain. Allah tahu setakat mana kemampuan dan kekuatan saya. Allah beri saya 'peluang' kali ini supaya saya boleh bersedia pada masa akan datang.

Conversation hari ini bersama kawan sepejabat:

A: Masa kena gunting, rasa kan?
D: Serius, kite tak rasa. Kite tau kite kena gunting bila baby dah keluar midwife angkat gunting. Terus sentap.
A: Letih kan? Kakak saya kata letih. Dah tak heran dah.
D: Kite Alhamdulillah. Takder pulak. Elok je borak ngan midwife.

A: Dayang nih tak boleh nak tanya lah kisah dia. Senang sangat.
D: Haha. Alhamdulillah. 

Bukanlah nak berlagak SUPERWOMAN tapi itulah yang saya rasai dan alami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tidak tahu bagaimana harus saya ungkapkan kesyukuran saya ini. Allah Maha Mengetahui.

p/s: Cheq Sue, sesungguhnya Allah sedang menguji Sue. Sesungguhnya juga Allah mahu memberikan yang terbaik untuk Sue. Kita doakan semoga segera dikurniakan rezeki.

satunotahati: terkenang, mengenang dan seterusnya muhasabah diri.

Jenguk-Jenguk Sini Ye:

4 comments

Pinkbubblegumprincess said...

ieee mengutikkan!! hehe tktk dgr gunting2 ya haha

Kesuma Angsana said...

sentiasa jaga diri ye!

D Yatie said...

@Pinkbubblegumprincess hahaha. last time ia mengutikkan but at that time, i was a supermak. hahahaha.

D Yatie said...

@Kesuma Angsana insyaAllah, terima kasih..

Blog design by Rainy Day