Pages

Jun 19, 2012

Demam Lagi

Assalammualaikum. Hai.

Malam tadi, tiba-tiba rasa kepala Nur Arissa Batriesya panas semacam. Mula gelabah minta encik suami ambilkan termometer. Oh, kami ada dua termometer. Satu digital, dan satu lagi yang tepek dekat dahi. Semuanya sebab musuk masam demam hari tu. Tak puas hati dengan satu, tambah lagi satu. Kot tak puas hati lagi nanti, kena tambah lagi lah. =P.

selingan: gambar hari Ahad
kenduri cukur jambul

Demam. Susah hati dibuatnya. Demam datang hinggap pun tanpa di duga. Tiba-tiba aje panas nye. Huhu. Menci! Mak menci! Anak demam, mak demam sekali ok. Serik tak nak macam last time happen lagi. Tiba-tiba suhu musuk masam naik mendadak sampai kena cucuk montot plus musuk masam dah tak bermaya. Oh! Sedih. Tak mau ingat dah.

Pagi ini, persetankan dengan mulut-mulut longkang yang bakal mengata mahupun mencucuk. Saya mesej senior bagitau datang lambat sebab anak demam. 8.30 am, kami berdua keluar rumah. Sasaran nak pergi Klinik Kembar yang letaknya di seberang taman je. Senang apa2 hal. Sampai kat situ, Doc tak datang lagi. 9.40am katanya. Frust giler.

Saya sambung drive tanpa arah. Nak ke mana? Drive dan terus drive. Nak ke Klinik 1 Malaysia ke? Tapi, service mesti lambat. Drive lagi. Singgah cucuk duit. Haha. Pastu sebelah bank tu ada satu klinik, Klinik Manalan. Last time (2009), pernah pergi situ ambil MC. Hehe. Jumpa doc :

Doc: Siapa sakit?
Mak: Anak.
Doc: Oh. (angguk2.)
Mak: Badan dia panas.
Doc: Sejak bila?
Mak: Rasa macam pagi tadi. Tapi mungkin jugak malam.
Doc: Susu ok?
Mak: Ok.
Doc: Aktif?
Mak: Aktif... (jawab dengan yakin.)

Tiba-tiba,

Musuk masam bukan main lagi rupa menggeletik badannya dengan sengih nyer dengan macam nak melompatnya.

Doc: Terlebih aktif ni.
Mak: (gelak.)
Doc: (check suhu tepek dahi.)
Anak: (pusing kepala kiri dan kanan.)
Nurse: (terpaksa tahan kepala anak.)
Doc: Baru nak demam. Takper, I bagi ubat.
Mak: Oh, baru nak demam.
Doc: Yup. Early stage.

selingan: gambar pagi ini

Bertapa gelabahnya saya. Jelas terpancar di wajah Doc anak saya tak berapa nak demam. Huhu. Serik! Dan Alhamdulillah. Musuk masam dah sihat. Petang, dia dah elok. Tak panas pun. Ramai yang kata sebab beralih bulan. Nak pandai apa lagi agaknya musuk masam saya tuh. Hihi. Sekarang dok sibuk nak angkat montot. :p

Blog design by Rainy Day