Pages

May 10, 2012

PAC Perangkawan Day 2

Assalammualaikum. Hai.

Huhu. Bagi sesiapa yang menunggu update hari kedua PAC Perangkawan, maaf lambat. Tak sempat nak menulis. Isk. Isk. Isk. Dengan kesibukan di office pertengahan tahun terkejar-kejar dengan akaun. Kerja hakiki sebagai admin pulak yang turut menimbun. Hoish! Plus mak Arissa baru mula menapak dalam business online yang diberi nama Galeri Arissa.

Pengucapan umum merupakan aktiviti terakhir pada hari pertama. Balik bilik yang mewah itu (bilik saya 406), solat, mengepam dan baring sekejap. Yes, sekejap. Sebab nak prepare untuk Public Speaking esoknya. Public Speaking lagi tension kot. Haha. Kalau tak tau sesuatu perkataan, teruslah kaku membatu mengeras kat depan. (oh! itu saya, bukan anda yang fluently in english).

Agak lewat juga tidur dan terlewat juga bangun. Huhu. Pengumuman breakfast disediakan cuma sayup-sayup. Tak sempat nak minum turun bawah. Dok minum nescafe dalam bilik sambil makan biskut tiger dan menelaah public speaking yang direka. Haha. Bergerak awal dari bilik sebab tak nak jadi candidates yang terakhir lagi. Malu doh!

Bilik untuk Public Speaking ditukar. Maka panel pun tak sama. Dalam bilik kali ini ada 3 orang panel yang judge, 2 fasilitator dan 2 orang pemerhati. Kelakarnya, saya ngam-ngam 5 minit buat conclusion. Itu pun sebab saya ada terlupa apa point kat tengah-tengah. Kalau tak memang lebih lima minit lagi. Haha. (bunyi cam hebat tapi errmm...ahhh yang lebih nya pun. =_='.)

Selesai public speaking semua dok hati lega konon aktiviti seterusnya tak buat stress walhal langsung tak tahu apakah aktiviti tersebut. Aktiviti yang diberi nama simulasi. Semua breakfast dengan senang hati dan ceria. Besar sungguh effect public speaking kepada candidates. Masa ni lah dok borak beria. Jumpa budak sama UUM, satu fakulti tapi berlainan course. Dok cerita hal kawan2 je lah.

Aktiviti simulasi. Masuk dalam bilik tuh masing-masing tertanya dan akhirnya tergelak. Semua tak tau. Tak boleh bayang. Haha. Dok berkenalan dalam tuh sementara panel tak sampai. Out of 9, rasanya kalau tak silap 6 orang dari UUM. Tapi, cuma seorang yang saya kenal. Haha. Ada yang senior. Ada yang junior. Ada yang dari fakulti yang berbeza. Fakulti sama pula tak sama course. Tehehe.

Simulasi. Tak susah. Bahasa Melayu. Tapi, hampir jugalah tak mengikut arahan yang diberi kumpulan saya itu. Huhu. Saya dapat rasakan yang kebanyakan mereka melawan arus yang sepatutnya. (bukan tak mahu menegur tapi tak sempat untuk menegur kerana semuanya dinilai. perbincangan santai-santai juga dinilai ok). Dan saya akhirnya tetap mengikut arus yang sepatutnya. (entah-entah saya yang melawan arus. huhu.)

Berakhirnya simulasi, berakhirnya program. Hoyeah! Serius tak sabar jumpa Nur Arissa Batriesya. Lunch provided. Saya makan dulu sebab encik suami, mentua, adik ipar dan anak tak sampai lagi. Segala penat lelah, dan tekanan terus menghilang bila lihat wajah budak busuk nih. (^_^).


All the best to candidates yang akan pergi weekend nih. Prepare yourself with general knowledge ok. It wasn't too hard and not to easy. Moderate! Best of luck to all of us! Tehehe.

1 comment

suSuEmIMiE said...

Arissa pn snyum smacam sbb mak dia dh blk..blh dpt susu ori..hihihi

Blog design by Rainy Day