Pages

May 6, 2012

PAC Perangkawan - DAY 1

Assalammualaikum. Hai.

Hujung minggu lepas saya menghadiri Program Penilaian Pusat Kompentensi bagi jawatan Perangkawan E41 dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai. Program dua hari itu sudah tentu akan memisahkan saya dan Nur Arissa Batriesya selama lebih kurang 50 jam. Huhu. Serius! Sedih. Bila malam, sangat rindu dengan budak busuk tuh. Siang, bukan tak rindu. Tapi, fokus plus tak menyempat. 

28 April, Sabtu. Encik suami, ayah mentua dan adik ipar yang bongsu hantar saya ke ILSM, Sungkai. Kami bertolak pukul lebih kurang pukul 6.15 pagi usai solat Subuh. ILSM tak jauh sangat tapi ILSM tempat baru, dalam Google Map pun takder. (=_='). So, haruslah kami bergerak awal. Kami sampai di ILSM dalam pukul 7.30 pagi. ILSM tak jauh pun. Huhu. Oh, Arissa tak ikut. Kesian kat budak busuk tuh. Arissa tinggal dengan Mak Tok nya.

Almost 8 am saya masuk dalam untuk bertanya. Ingatkan nak daftar terus kalau boleh tapi facilitators cadangkan supaya saya pergi sarapan. Sebab once dah daftar, tak boleh turun lagi katanya dan nak tunggu breakfast yang disediakan ialah pada pukul 10.30 pagi. So, nak elak daripada perut kriok kriekk maka kami pergi breakfast tak jauh dari ILSM. Canai satu! Teh tarik satu! =P

Selesai sarapan, saya terus pergi daftar. Bawa beg sekali. Baju yang dok elok tergantung simpan elok-elok dalam beg roda. Ada satu bilik khas yang disediakan khusus untuk letak beg. Simpan beg terlebih dahulu dan naik atas untuk mendaftar. Sebelum naik, sudah tentu bersalam-salaman dulu kan. Tehehe. Masa daftar, saya diberi nombor 41 sebagai pengenalan diri sepanjang tempoh program dan satu borang profil 1. Then, bagi salinan transkrip dan seterusnya ambil gambar bersama nombor tersebut.

Then, masuk dewan dan menunggu. Fasilitator memberikan taklimat ringkas dan kemudian kami diberi ujian personaliti / sahsiah untuk dijawab dalam tempoh masa 45 minit. Kami diarahkan untuk sentiasa merujuk sudut info untuk sebarang maklumat pembahagian kumpulan, bilik mana serta senarai tajuk-tajuk bagi pengucapan awam dan public speaking. Part2 public speaking nih agak membuatkan saya sedikit seriau. Dah lama tak bercakap depan orang ramai. Huhu.

Selesai exam, kami minum pagi dan masing-masing dok bersedia nak buat aktiviti berkumpulan. Semua tertanya-tanya, apa agaknya aktiviti tersebut. Huhu. Alhamdulillah. Rasanya tidak begitu susah cuma memerlukan kita melontarkan buah fikiran yang bernas. Dan! Kenalah bersaing untuk expose diri sendiri. Huhu. APTB! Kena interrupt secara bersopan atau kita akan akhirnya terus diam. Aktiviti ini yang pertama dalam bahasa melayu dan kedua inggeris.

Pukul 1 tengahari. Lunch time! Tehehe. Ini yang seronok. Tapi sebelum makan ambil kunci bilik dulu. Saya hantar beg masuk bilik kemudian baru turun makan. Makan dengan 2 orang budak Penang. Sorang cool, sorang dah tak lalu makan memikirkan aktiviti-aktiviti seterusnya. Hehe. Roommate saya, budak KL / Selangor (kompius pulak) - adik Ian (Roziana). Adik Ian ini sangat cool okay. Budak bijak. =D

Dalam tempoh rehat 1 jam setengah itu nak check in bilik, makan, mengepam, mandi, solat dan buat preparation untuk pengucapan awam. Itu pun saya merupakan orang terakhir yang masuk dalam bilik sindiket. (=_='). Pengucapan awam, tajuk-tajuk telah disenaraikan pada sudut info. Berbeza dengan PAC bagi PTD, tajuk adalah dipilih secara random (cabutan) tapi ini kita boleh memilih tajuk yang kita berkenan. Syukur. Huhu. 

Aktiviti petang merupakan kajian kes dalam BM dan BI jugak. Dalam satu kumpulan ada 9/10 orang candidates. Sama seperti aktiviti pagi, kita kena bersaing untuk melontarkan pendapat atau lebih mudah rasanya untuk saya katakan, kita perlu bercakap. Panel dan fasilitator akan memberi markah sepanjang perbincangan dan pembentangan. Dan nombor yang dipakai adalah wajib untuk kita pamerkan.

Selesai aktiviti petang, riadah. Dup dap dup dap takut lari 2.6km. Haha. Alhamdulillah tak ada. Tapi lari juga pusing padang bola keranjang 3 kali. Serius, seluruh tubuh badan terkejut sebab dah lama sangat tak bersenam. Setahun lah kot rasanya. Masa ngandung mana ada nak berlari-lari. Hihi. Ada dua orang akak yang baru sahaja betul-betul habis pantang, tetap gigih. Saya baby dah 3 bulan, takkan tak boleh. Yer dak? Dok bagi semangat buat diri sendiri. =P.

Dalam lebih kurang 1 - 2 jam selepas riadah, itulah masanya untuk makan malam, solat, mengepam, mandi dan get ready for pengucapan awam. Encik suami call untuk membantu memberikan maklumat serta buah fikiran yang boleh di-guna-pakai untuk pengucapan. Alhamdulillah. Rasa macam overload bila encik suami dok cakap-cakap pong pong pang. Encik suami merupakan sumber rujukan pengetahuan semasa saya. Heehe. Serius, banyak membantu saya. :)

8.30..bermulalah sesi berucap di hadapan lebih kurang 40 candidates, di adili oleh 2 orang panel dan diperhati oleh 3 facilitators. Dalam dok dup dap dup dap, ada jugak terkelu lidah. Tak ingat. Bila tak ingat terngiang-ngiang suara encik suami. Hihi. Tak dibenarkan untuk bawa sebarang material pun. Dok menggoreng jer la kat depan sampai habis tempoh masa 5 minit. Huhu. 5 minit rasa macam berbelas-belas minit tau. Tunggu habis tak habis-habis masa. Tapi saya terlebih. Banyak sangat goreng. =P.

Urm. Ok lah...cukup sedikit review hari pertama. Esok sambung hari kedua. Kot-kot boleh memberi bayangan pada yang bakal pergi PAC minggu depan. Hehe. Saya hari tu memang target macam PTD. Almaklumlah, jadi candidates yang pertama kali untuk PAC perangkawan. Kan? Ada juga experience pergi PAC. Dah buat yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah SWT. Allah tahu apa yang baik buat hamba-hambaNya. =).

memohon : 7,302
ujian SPA : 1,185
hadir ujian : 723
lulus : 413
PAC sesi 1 ILSM : 70
hadir PAC : 62
kekosongan 1 malaysia : 50

satunotahati: redha dengan apa jua yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. (^_^)

4 comments

Mimy Hamid said...

Insya Allah...kalau dapat dah tentu rezeki Arissa

Cik Saila said...

semoga dyg berjaya :)) pengalaman plng berharga bila kita join program2 mcm ni.. sy pun dh lama x apply jwtan2 lain..huhu :(

suSuEmIMiE said...

Insyaallah ada rezeki tu..mana tahu tuah arissa..:)
Gud luck ya!!..

ein-bunn said...

alhamdulillah dah lepas PAC..saya akan menghadiri PAC pada sabtu ni di ILSM jgk..boleh bagi tips?hehe untuk public speaking apa tajuk yang diberikan?nervousnya..

Blog design by Rainy Day