Pages

May 18, 2012

Orang Kata: Beralih Bulan

Assalammualaikum. Hai. 

Beberapa hari sahaja lagi Nur Arissa Batriesya akan menginjak usia 4 bulan. Tapi, walau segigih mana Arissa sebelum ini mahu meniarap - hingga sekarang dia tak lulus lagi. Bila dah penat usaha, Arissa akan marah. Bila marah tak berhasil, Arissa akan menangis. Terpaksa mak Arissa tolak-tolak punggung Arissa yang 'berat' itu. Haha. Bila dah berjaya meniarap, apa lagi mulut tak dok diam bercerita versi Arissa. Tangan memang dah cukup kuat untuk menompang badan. Kepala toksah kata, memang dah kuat sangat. Anak oh anak... =D

Since Rabu, Arissa tiba-tiba demam. Kalau orang demam yang sikit-sikit tuh kebiasaannya kami usik demam nak bertunang. Agagaga. Tapi, bila budak kecik comel macam Arissa orang kata nak beralih bulan. Maksudnya, ada yang dia akan pandai. Cam nak pandai meniarap ke, merangkak, berjalan dan bercakap. Err? Hehehe. Cakap tuh saya saja tambah. =P.

Btw, saya sangat susah hati bila Arissa demam. Huhu. First time nak handle sendiri dan ini 2nd time Arissa demam. Syukur Alhamdulillah Arissa cuma demam yang sikit-sikit je. Tak ada nak meragam bagai. Mengada-ngada nak manja-manja ngan mak nya nih memang ada. Ibu bagi makan ubat, elok je dia. Bila part mak bagi makan ubat, macam orang kena cubit kena pukul gayanya. Pandai lagi bijak luahkan balik ubat yang dah telan. Adeh! 

Kepala memang tampal koofever. Then, saya akan lap satu badan. Semalam Arissa bangun dalam pukul 12 nak susu, saya bagi makan ubat. Kemudian lap satu badan. Dalam lap badan, muka ceria mengalahkan Astro Ceria. Dan mulutnya kecoh! Ayah Arissa pula sejak Arissa demam memang akan accompany kami kalau Arissa bangun. So, kecoh juga ayahnya bagitau, "Arissa, sekarang pukul 12 malam. bukan siang." Dan Arissa non-stop talking sampai lebih kurang pukul 2 pagi. Haha. Ayah Arissa kena temankan Arissa sampai Arissa nak susu. Muahaha.

The hardest part for me was yesterday. Masa nak tinggalkan Arissa kat rumah pengasuh. She's act lain macam tak macam selalu mengiringi kepergian saya dengan senyum sampai telinga. Muka memang ketat tak mau senyum walhal dalam keta muka sengih macam orang tak demam. Huhu. Tapi, nak buat macam mana. Kena pergi kerja juga untuk mencari rezeki. Tapi, hati tarak senang lah kan. Dok teringat aje kat anak. Syukur sangat ibu Arissa kata Arissa ok, suhu dah turun. 

senyum sampai ternganga itu wajib kasi hati mak senang

ini cenyum-cenyum ayu
ibu kata cenyum macam ni jangan sampai besar
nanti ramai yang terluka
eh?
hahahaha


Nur Arissa Batriesya pesan: Galeri Arissa sekarang ada offer cadar 3 set RM110 je. Meh cepat grab kat page mak kita create. Comel-comel kite tengok. Dah comel macam kite dah rupa cadar tuh. Hehe. Meh nak tunjuk sikit kat auntie-auntie gambar cadar.


4 comments

farah keifli said...

kesiannya budak comel ni demam yea..bila ada anak baru tahu maksud 'beralih bulan'..

Mimy Hamid said...

risau anak demam tau...mmg terpaksa EL la..fayel demam dah 2x ..nasib 1 hari dah baik...Arissa dah meniarap cepat nya..fayel lambat la ..mengiring pun takde..hihi

D Yatie said...

@farah keifli tu pasal...haha...klo x beranak smpai ke sudah tak tau ap benda lah... :p

D Yatie said...

@Mimy Hamid sama la dengan arissa...nih masuk 2 kali...huhuhu...fayel nt terus jalan...hik3

Blog design by Rainy Day