Pages

Jun 1, 2012

Dunia Office Ku!

Assalammualaikum. Hai.

Since dah jadi mak kepada budak musuk masam Nur Arissa Batriesya, rasanya untuk bercerita tentang mak tuh dah jadi tak fun. Jari-jemari tak hebat menari. Kalau cerita pasal anak, sebenarnya satu hari tak cukup masa untuk menaip. Ngeh3.

Awal-awal dahulu (lepas cuti bersalin), mati kutu otak cramp bila duduk office tak ada benda nak buat. Suddenly, bila hari pertama dapat kerja-an kemudian berduyun-duyun kerja-an datang sehingga ke hari ini. Haish! Tekanan! Tekanan bila kena buat kerja yang sama dua tiga kali lebih kurang sebijik macam masa mula-mula masuk kerja sini dulu. Argh! Stress mak!

Al-kisahnya, auditor datang. So, kena sorting the files lah kan. Memang 'semak' otak lah. Lagi 'semak' bila yang nak kau semak dan kemas itu datangnya dari orang yang memang suka buat 'semak'. Memang SEMAK!!! Benda dah berterabur sana-sini. Nasib baik company commenced on 2008. Tapi boleh tahan jugak lah. Auditor nak audit 2011, tapi nak kena sort since 2008. SAKIT HOTAK HAKU!

Actually tak sakit otak setakat nak buat sort. Tapi, masalahnya orang buat tiga orang. Kalau sistematik takpe. Ini tidak. Dalam saya buat yang 2009, yang sorang mintak. So, buatlah 2009 sorang lagi mintak. Tak ke sebenarnya nak mintak pelempang. Huhu. Bila kita bagitau kita punya pendapat, tak nak accept. Udah tu pulak pemindahan fail dari ring file kepada file tak ber'ring'. Dalam kau susun-susun dah nak siap tiba-tiba datang sorang bagi yang 2008 punya. Angin tak? Adoi la.

Saya PENAT lah. PENAT buat benda yang sama tak habis-habis. Akaun tolak tepi. Ada tiga company yang saya dipertanggungjawabkan untuk buat. Geram betul. Lagi geram bila..... Masuk topik lain...

Ini company keluarga. So, memang keluarga lah kerja sini. Kalau anak tokey, saya accept jugak. Tapi ini anak buah mak tokey. Okay. Mak tokey still tokey. But anak buah je kot. But masing-masing lagak macam anak tokey. Lagak macam tokey. Kalah anak tokey. Then, kalau boleh habis satu rumah nak angkut bawa kerja kat office.

Tak kisah. Tak kisah. Ini office family. So, hak you. Tapi, still staff kot. Currently, anak saudara tokey bawa sister in law masuk kerja tolong sort plus cop PAID kat bills. Then, dapat gaji RM50 sehari. Masuk pukul 11 balik pukul 5 (seminggu), kemudia masuk pukul 9 balik pukul 5 (2 minggu) TETAPI, dia tak nak sign the salary voucher kata gaji kecik sangat. HOTAK KAU!

Tau, this is your family business but still, kita sama-sama staff kot. Kalau yer pun sayang kata anak saudara yang malas (yes, serius malas) janganlah buat staff macam nih. We're not your family then you gedebuk segala file atas meja then kau bagi gaji gitu je. Naik sikit gaji hari ni, esok dah maki hamun staff (nasib baik masa tu saya tak ada). Ok. Bengang!

Siapa tak bengang kalau anak saudara perempuan dok bagi kat kite je kerja. Dia goyang ponggong plus kipas ponggong mak sedara kemudian nak 'cucuk' orang lain. Anak saudara lelaki pulak ikut suka dia ja nak datang office ke tak. Tak datang kang kata MC, tapi tak jumpa doktor. Mak sedara marah, marah depan kami staff je. Masuk office kerja nya naik turun macam busy tapi sebenarnya turun nak beli air dan merokok. Ipar anak saudara perempuan pulak dok kerja sort - sort, chop - chop. Gaji? Semua over 2K. Oh! Okay~ kau family!

satunotahati: TGIF! saya stress sekarang. geram. bengang. kadang-kadang rasa nak menangis. huk3. nasib baik saya kuat.

No comments

Blog design by Rainy Day