Pages

May 8, 2012

Arissa Check Up Tiga Bulan

Assalammualaikum. Hai.

30 April 2012 hari tu bawa Nur Arissa Batriesya pergi check up yang ketiga bulan. Nak kena cucuk lagi. Appointment pukul 10 pagi. Maka mak dan ayah Arissa sama-sama ambil cuti untuk bawa Arissa ke klinik. Saya pun semangat juga hari itu sebab konon nak bawa ke KKIA Greentown. Ceria jer muka mak anak. Huhu. Arissa tak payah cakap. Sentiasa senyum ketawa. Bangun tidur je terus melebar senyumnya. Hehe.

See! Arissa ceria je walhal nak kena cucuk. :p

Btw, kita merancang Allah yang tentukan. Kami bergerak terus ke KKIA Greentown. Masalah berpunca dari seorang nurse di KKIA Simee yang konon macam very strict tak nak bagi Arissa buat check up 'luar kawasan'. Bila sampai kat KKIA Greentown, semua dok kalut. Pelik. Ke hulu ke hilir bawa Arissa pasal nak check up. 

At last, "memang kalau ikut alamat ni, kami yang handle tapi kena tunggu lama. lama sangat tunggu orang lain habis. kami cuma dua orang nurse yang bertugas hari ni. kalau tak pun datang pukul 2. kena sharp lah. baru boleh awal." Dalam hati saya, "otak hang!" Huwwwaaa! Geram kot.

Actually tak salahkan diorang pun sebab setiap KKIA dah ada appointment masing-masing. Cuma geram kat nurse yang konon strict tuh. Yelah, kalau dah tak bagi Arissa check up kat KKIA Simee at least bagilah information kat KKIA Greentown. Mahunya tak terkejut diorang tiba-tiba je datang bagi kad. Hot tuh memang tak boleh cakap lah. Hot & Spicy! Huhu. Sangat membuang masa kami anak-beranak. Geram. 

So, saya bawa encik suami ke KKIA Simee. Luar kawasan. Tak banyak songeh pun. Nurse yang konon strict tuh tak ada pulak. Kalau ada, memang saya nak berleter depan dia. Menyusahkan orang. Minta appointment pukul 8 tak bagi. Alasannya, semua orang baru nak masuk kerja masa tuh. Hampeh tak? Walhal pukul 8 dah mula kerja, bukan masuk kerja. (=_=').

Giliran Arissa setelah agak lama menunggu finally tiba. Hihihi. Semangat sebab nak tengok berat Arissa. Hahaha. Dan keputusannya membuatkan saya senyum gembira. Anak sudah semakin membesar. Meninggi dan membulat. Hihihihi. 

Berat : 5.7kg (memberat 1.1kg lagi)
Tinggi: 59cm (meninggi 4cm)
BMI: 16.4

Jumpa nurse. Nurse tanya Arissa dah pandai apa. Penyusuan macam mana. Dan check suhu sebab nak cucuk. Then, kat termometer nurse tunjuk suhu Arissa 37 celcius. Nurse kata Arissa demam sebab menghampiri 37.2 celcius tapi badan Arissa tak panas pun. Cuma termometer tunjuk. Nurse kata tak boleh cucuk. Saya akur. Nurse bagi ubat syrup untuk Arissa. Rugi encik suami tak boleh tengok Arissa cucuk. Huhu. Seronok lah encik suami.

Ini muka budak nakal seronok tak kena cucuk.
Macam tau-tau je Arissa nih.
(O_o)

Then, mak dan ayah Arissa pergi carik makan. Arissa sentiasa kenyang. Ber'oz2 dia dah minum. Mak ayah dia yang keriok keriuk perut berbunyi. Hihi. Tapau bawa rumah mentua. Makan dengan adik encik suami yang sedang terlantar sakit kat rumah. Dah sudah bawa Arissa shopping ke Tesco. Hihi. Ayah Arissa tiba-tiba offer nak masakkan spaghetti untuk makan malam. Muahahaha. 

Ayah belikan Arissa Teether Fisher Price. 
Semangat walaupun Arissa belum kukuh memegang.
(^_^)

Arissa dimandikan setelah seharian tidak di rumah.
Manakala ayah....



Masak spaghetti seperti yang dijanjikan!
Hoyeah!

Arissa sangat memahami mak ayah nak makan malam. Arissa tidur sebaik sahaja lepas mandi. Letih gamaknya. Hihihi. Dan esok, 9 May 2012 : Arissa perlu pergi cucuk. Huhu.

satunotahati: sangat gembira melihat perkembangan Arissa. :)

4 comments

Lina Kah said...

Comelnya ;DD happy family.

Nurul Aziz said...

Baby bila takde rambut nampak bulat je kan.. Hehehe...

Mimy Hamid said...

comel gegirl...gambo ceria aje anak dara ni...nasib Fayel demam lepas cucuk 3 bulan...risau gak 4 hari sebelum dah demam...

amal said...

berat n tinggi arissa sama macam shaheem! tapi shaheem baru 2 bulan. macamana tuh? hehehe.. comel la arissa ;)

Blog design by Rainy Day