Pages

May 24, 2012

Anak Demam, Mak Ayah Susah Hati

Assalammualaikum. Hai.

Ica tak sihat minggu lepas. Ica demam. Badan Ica mak ayah trace panas masa hari Rabu. Tapi, tak panas sangat. Ica okay je. Masih sengih-sengih kalau ambil gambar. Klik sini. Ekceli, Ica suka sengih kat mak sebab tak nak mak susah hati nak tinggalkan Ica. Mak kan nak cari duit untuk beli baju baru untuk Ica. Jadi, Ica kena lah bekerjasama. 


Ica malu kalau mak ambil gambar candid. Ica jadi kurang comel. Hari tu kan, Ica tak nak mak pergi kerja. Masa ibu pegang, Ica tak senyum kat mak. Ica buat muka simpati kat mak. Tapi, mak masuk juga dalam raksasa besar berwarna putih itu. Ica kata, tak apa lah. Mak nak cari duit untuk beli seluar baru Ica.


Petang, mak bagi Ica pakai 'topi' baru. 'topi' tu lembab. Sejuk-sejuk Ica rasa kat dahi. Ica tengok je mak. Ica rindu mak 8 jam tak jumpa. Ekceli, Ica pun dah rasa tak berapa sihat dah. Tapi, Ica boleh tahan lagi. Ica kan kuat macam mak.


Ica pasrah je bila mak tiba-tiba bungkus Ica. Macam Ica kecik-kecik dulu. Ica rimas, tapi Ica tak mau susahkan mak. Kesian mak baru balik kerja. Ica tidur dalam bedung dengan tuala. Hihi. Mak ada beli banyak blanket tapi entah kenapa tuala pulak jadi pilihan mak. Topi dah tak ada sebab ayah belikan koolfever. Tepek kat dahi. Senang. Tapi, rimas.


Pagi Jumaat, badan Ica mak kata ada panas-panas lagi tapi Ica ok je. Mak kata Ica tetap aktif. Dalam raksasa putih mak selalu nasihat. Kali ni, melebih-lebih pulak. Jangan mengada-ngada. Jangan nangis. Jangan nak buat hal. Itu ibu, bukan mak. Ica dah hafal dah dialog mak pagi-pagi. Huhu.


Petang, mak ayah bawa Ica pergi Klinik Kembar. Masa ni, Ica dah tak boleh control. Mak terkejut bila doktor cakap suhu badan Ica 39++dc. Masa ni, Ica memang rasa tak stabil. Bila doktor pegang, Ica nangis. Bila pembantu doktor pegang, Ica nangis juga. Ica dah tak boleh pretend yang Ica sihat. Ica dah sedaya-upaya tak nak buat mak susah hati. Ica nampak mak panik masa doktor bagitau suhu Ica dah dekat nak 40. Doktor masukkan ubat demam melalui dubur kat Ica. 


Balik rumah, mak terus bogelkan Ica dan balut Ica dengan tuala basah. Ica kesian tengok mak letih. Ica nak jadi anak yang baik tak merengek, tak menangis. Ica terima je apa mak buat kat Ica. Ica tau mak ayah panik sebab dalam masa tak sampai 2 jam je suhu Ica naik mendadak dari 38.4dc ke 39++dc. Bukan mak ayah sengaja nak lambatkan tapi, masa tu cuma nak tunggu ayah mandi dan bersiap.


Ica dah mula rasa ok pagi Sabtu. Kesian mak ayah sepanjang malam tak lena tidur walaupun Ica tak ganggu pun diorang. Mak ayah bangun bergilir-gilir untuk lap badan Ica. Mak ayah cakap, "nasib baik hari ini hari Sabtu. mak ayah boleh teman Ica 24 jam." Mak ayah tak tinggalkan Ica pun hari tu. Ica pun seksi aje. Hehehe.


Ica sangat tak suka makan ubat. Bila tengok mak bawa syringe tu, Ica dah mula tutup mulut. Ica kena makan dua ubat. Satu ubat demam, satu antibiotik. Satu lagi ubat cucuk kat dubur kalau terlebih panas. Mak selalu paksa Ica makan. Part ini Ica tak boleh bantu mak. Mungkin sebab ikut perangai mak kot. Mak pun suka ngelat makan ubat. Hihi. 


Ica suka  meniarap. Tapi, Ica tak boleh nak meniarap sendiri. Puas Ica cuba, tapi tak boleh. Mak terpaksa tolak punggung Ica. Kalau mak tak tolak, Ica akan menangis. Bukan Ica sengaja, tapi Ica letih baring je. Kalau meniarap, Ica dah macam orang terror. Cuma perlu bantuan mak. Mak hantar gambar kat atas ni kat nek wan. Nek wan ingatkan kita dah betul-betul pandai meniarap sebab Ica macam 'terror' meniarap. Ica memang dah terror cuma Ica tak boleh nak meniarap sendiri. Huhu.


Ica dah sihat. Alhamdulillah. Suhu Ica normal cuma mak nak pastikan Ica lebih sihat sebab itu Ica kena tampal pada dahi. Tarik sama itu haba. Hehe. Ica tidur aje petang, mak ayah pun ikut sekali tidur. Hehe. Mak suka ngelat. Ayah offer mak makan kat luar. Eh, ayah Ica kan janji kat Ica macam-macam kalau dah sihat. Ayah janji nak bawa jalan-jalan Padang Polo, amik gambar guna D90 ayah. Hehe. Sebab itu Ica nak sihat cepat. Hehe.


Lepas mak tengok Nona, kami siap-siap nak keluar. Oh, masa ni Ica pakai topi baru. Hehe. Ica seronok la nak keluar dengan mak ayah. Ayah lama dah tahan lapar tapi mak nak tengok Nona. Mak semangat nak tengok anak Angkasawan Negara, Bella berenang. Mak cakap kat Ica, "Arissa nanti berenang kat Sungai Chepor lah ye". Hihihi. 


Ini ayah Ica. Mak ayah Ica pergi makan kat Kenny Rogers. Ica happy dapat luangkan masa dengan mak ayah. Lagi-lagi bila Ica dapat perintah berkurung. Hujung minggu Ica harang duduk rumah. Minggu ini sepatutnya pergi Batu Kurau dan Hutan Melintang, tapi tak pergi pun. Kena duduk rumah.


Ayah Ica kata Ica memahami sebab Ica diam aje masa mak ayah makan. Hehe. Ica kan anak yang baik. Ica tak nak ganggu mak ayah makan. Dah la malam mak ayah tak berapa lena. Takkan nak ganggu. Tapi Ica memang telan air liur tengok mak ayah makan. Sedap tuh ayam nyer. Tunggu la sikit lagi. Mak ayah kena kongsi makanan tu dengan kite. Ngee.


Pagi Isnin, Ica dah sihat. Tapi mak ayah masa susah hati. Petang nanti mak ayah nak bawa Ica jumpa doktor lagi. Mak pesan kat Ica supaya terus sihat sebab weekdays Ica ibu yang jaga. Ibu memang baik. Tapi ibu bukan mak. Tak sama. Ica tau. Ica boleh cium bau badan mak. 


Petang jumaat. Doktor sahkan Ica dah sihat. Suhu normal. Dah tak demam. Ica dapat tengok wajah mak ayah yang lega. Ica pun sama happy sebab Ica tak payah makan ubat demam. Ica kena habiskan antibiotik. Dan Ica dapat satu ubat baru. Ubat alahan. Grrr. Ica ada ruam sikit kat pipi. Orang kata ruam susu. Tapi, doktor suruh makan ubat alah dan mak sapu krim kat pipi. 

SatuNotaHati: agak-agak Nur Arissa Batriesya memang cakap macam ni tak? hehe. Alhamdulillah Arissa tak ada pun merengek-rengek. Arissa tak susahkan kami pun. Cuma kami kena jaga-jaga dengan suhu Arissa. Masa demam, kami tak rasa dia demam sebab dia sangat aktif. Mulut tak dok diam, plus asyik nak meniarap. :)

p/s : Sekarang, supplier cadar sedang bagi promosi sampai 30 June. Cadar-cadar murah ada di ARISSA'S GALLERY. Ada yang 3 Set, RM110 sahaja. Ada juga set King 360 Threads, RM260. Queen Comforter, RM130. Itu cadar, Pre Order Dress pun ada. Eh, macam-macam ada! =)

4 comments

amal said...

panik kan bila anak demam ni. shaheem pun dah demam dah haritu tapi mujola demam tak panas sangat dan sehari je. tu pun dah cukup buat mama dan abahnye gelabah hehehe.. alhamdulillah ica dah sihat :)

Mimy Hamid said...

demam upah meniarap ni..waaa arissa dah meniarap la..Fayel gak lum ada tanda lagi...berat bontot Fayel ni hihih..melonjak je lebeh...tinggi demam arissa...risau anak demam ni..sanggup EL..

armouris said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

man said...

siannya dia deman

Blog design by Rainy Day