May 30, 2012

Wordless Wednesday 9

Assalammualaikum. Hai.

Mengantuk tak? Mengantuk kan? Huhuhu. Saya serius sangat sangat sangat mengantuk. Letih satu badan. Cuaca lately pun tak menentu. Dan suhu bumi sangat tinggi. Bahaya betul kalau berdiri di tengah panas. Macam manalah agak-agaknya para tentera kena berlatih kawat kan? Huhu. So, apa korang buat kalau mengantuk? Hehehe.

Saya mengantuk saya tengok muka budak musuk masam ini!


Hoyeah! Terus mata segar hati tak sabar nak balik rumah cium budak musuk masak demok debab.

satunotahati: ada siapa2 berminat dengan topi eksklusif Nur Arissa Batriesya pakai tuh? Hehehe. Ada banyak design. Akan open order once the stock ready. Sangat limited ok. Murah aje. Tak sampai RM20 satu topi. Hehehe. So, jenguk-jenguk lah ke GALERI ARISSA selalu. Promosi cadar masih berlansung sehingga 30 Jun nanti. (^___^).

May 24, 2012

Anak Demam, Mak Ayah Susah Hati

Assalammualaikum. Hai.

Ica tak sihat minggu lepas. Ica demam. Badan Ica mak ayah trace panas masa hari Rabu. Tapi, tak panas sangat. Ica okay je. Masih sengih-sengih kalau ambil gambar. Klik sini. Ekceli, Ica suka sengih kat mak sebab tak nak mak susah hati nak tinggalkan Ica. Mak kan nak cari duit untuk beli baju baru untuk Ica. Jadi, Ica kena lah bekerjasama. 


Ica malu kalau mak ambil gambar candid. Ica jadi kurang comel. Hari tu kan, Ica tak nak mak pergi kerja. Masa ibu pegang, Ica tak senyum kat mak. Ica buat muka simpati kat mak. Tapi, mak masuk juga dalam raksasa besar berwarna putih itu. Ica kata, tak apa lah. Mak nak cari duit untuk beli seluar baru Ica.


Petang, mak bagi Ica pakai 'topi' baru. 'topi' tu lembab. Sejuk-sejuk Ica rasa kat dahi. Ica tengok je mak. Ica rindu mak 8 jam tak jumpa. Ekceli, Ica pun dah rasa tak berapa sihat dah. Tapi, Ica boleh tahan lagi. Ica kan kuat macam mak.


Ica pasrah je bila mak tiba-tiba bungkus Ica. Macam Ica kecik-kecik dulu. Ica rimas, tapi Ica tak mau susahkan mak. Kesian mak baru balik kerja. Ica tidur dalam bedung dengan tuala. Hihi. Mak ada beli banyak blanket tapi entah kenapa tuala pulak jadi pilihan mak. Topi dah tak ada sebab ayah belikan koolfever. Tepek kat dahi. Senang. Tapi, rimas.


Pagi Jumaat, badan Ica mak kata ada panas-panas lagi tapi Ica ok je. Mak kata Ica tetap aktif. Dalam raksasa putih mak selalu nasihat. Kali ni, melebih-lebih pulak. Jangan mengada-ngada. Jangan nangis. Jangan nak buat hal. Itu ibu, bukan mak. Ica dah hafal dah dialog mak pagi-pagi. Huhu.


Petang, mak ayah bawa Ica pergi Klinik Kembar. Masa ni, Ica dah tak boleh control. Mak terkejut bila doktor cakap suhu badan Ica 39++dc. Masa ni, Ica memang rasa tak stabil. Bila doktor pegang, Ica nangis. Bila pembantu doktor pegang, Ica nangis juga. Ica dah tak boleh pretend yang Ica sihat. Ica dah sedaya-upaya tak nak buat mak susah hati. Ica nampak mak panik masa doktor bagitau suhu Ica dah dekat nak 40. Doktor masukkan ubat demam melalui dubur kat Ica. 


Balik rumah, mak terus bogelkan Ica dan balut Ica dengan tuala basah. Ica kesian tengok mak letih. Ica nak jadi anak yang baik tak merengek, tak menangis. Ica terima je apa mak buat kat Ica. Ica tau mak ayah panik sebab dalam masa tak sampai 2 jam je suhu Ica naik mendadak dari 38.4dc ke 39++dc. Bukan mak ayah sengaja nak lambatkan tapi, masa tu cuma nak tunggu ayah mandi dan bersiap.


Ica dah mula rasa ok pagi Sabtu. Kesian mak ayah sepanjang malam tak lena tidur walaupun Ica tak ganggu pun diorang. Mak ayah bangun bergilir-gilir untuk lap badan Ica. Mak ayah cakap, "nasib baik hari ini hari Sabtu. mak ayah boleh teman Ica 24 jam." Mak ayah tak tinggalkan Ica pun hari tu. Ica pun seksi aje. Hehehe.


Ica sangat tak suka makan ubat. Bila tengok mak bawa syringe tu, Ica dah mula tutup mulut. Ica kena makan dua ubat. Satu ubat demam, satu antibiotik. Satu lagi ubat cucuk kat dubur kalau terlebih panas. Mak selalu paksa Ica makan. Part ini Ica tak boleh bantu mak. Mungkin sebab ikut perangai mak kot. Mak pun suka ngelat makan ubat. Hihi. 


Ica suka  meniarap. Tapi, Ica tak boleh nak meniarap sendiri. Puas Ica cuba, tapi tak boleh. Mak terpaksa tolak punggung Ica. Kalau mak tak tolak, Ica akan menangis. Bukan Ica sengaja, tapi Ica letih baring je. Kalau meniarap, Ica dah macam orang terror. Cuma perlu bantuan mak. Mak hantar gambar kat atas ni kat nek wan. Nek wan ingatkan kita dah betul-betul pandai meniarap sebab Ica macam 'terror' meniarap. Ica memang dah terror cuma Ica tak boleh nak meniarap sendiri. Huhu.


Ica dah sihat. Alhamdulillah. Suhu Ica normal cuma mak nak pastikan Ica lebih sihat sebab itu Ica kena tampal pada dahi. Tarik sama itu haba. Hehe. Ica tidur aje petang, mak ayah pun ikut sekali tidur. Hehe. Mak suka ngelat. Ayah offer mak makan kat luar. Eh, ayah Ica kan janji kat Ica macam-macam kalau dah sihat. Ayah janji nak bawa jalan-jalan Padang Polo, amik gambar guna D90 ayah. Hehe. Sebab itu Ica nak sihat cepat. Hehe.


Lepas mak tengok Nona, kami siap-siap nak keluar. Oh, masa ni Ica pakai topi baru. Hehe. Ica seronok la nak keluar dengan mak ayah. Ayah lama dah tahan lapar tapi mak nak tengok Nona. Mak semangat nak tengok anak Angkasawan Negara, Bella berenang. Mak cakap kat Ica, "Arissa nanti berenang kat Sungai Chepor lah ye". Hihihi. 


Ini ayah Ica. Mak ayah Ica pergi makan kat Kenny Rogers. Ica happy dapat luangkan masa dengan mak ayah. Lagi-lagi bila Ica dapat perintah berkurung. Hujung minggu Ica harang duduk rumah. Minggu ini sepatutnya pergi Batu Kurau dan Hutan Melintang, tapi tak pergi pun. Kena duduk rumah.


Ayah Ica kata Ica memahami sebab Ica diam aje masa mak ayah makan. Hehe. Ica kan anak yang baik. Ica tak nak ganggu mak ayah makan. Dah la malam mak ayah tak berapa lena. Takkan nak ganggu. Tapi Ica memang telan air liur tengok mak ayah makan. Sedap tuh ayam nyer. Tunggu la sikit lagi. Mak ayah kena kongsi makanan tu dengan kite. Ngee.


Pagi Isnin, Ica dah sihat. Tapi mak ayah masa susah hati. Petang nanti mak ayah nak bawa Ica jumpa doktor lagi. Mak pesan kat Ica supaya terus sihat sebab weekdays Ica ibu yang jaga. Ibu memang baik. Tapi ibu bukan mak. Tak sama. Ica tau. Ica boleh cium bau badan mak. 


Petang jumaat. Doktor sahkan Ica dah sihat. Suhu normal. Dah tak demam. Ica dapat tengok wajah mak ayah yang lega. Ica pun sama happy sebab Ica tak payah makan ubat demam. Ica kena habiskan antibiotik. Dan Ica dapat satu ubat baru. Ubat alahan. Grrr. Ica ada ruam sikit kat pipi. Orang kata ruam susu. Tapi, doktor suruh makan ubat alah dan mak sapu krim kat pipi. 

SatuNotaHati: agak-agak Nur Arissa Batriesya memang cakap macam ni tak? hehe. Alhamdulillah Arissa tak ada pun merengek-rengek. Arissa tak susahkan kami pun. Cuma kami kena jaga-jaga dengan suhu Arissa. Masa demam, kami tak rasa dia demam sebab dia sangat aktif. Mulut tak dok diam, plus asyik nak meniarap. :)

p/s : Sekarang, supplier cadar sedang bagi promosi sampai 30 June. Cadar-cadar murah ada di ARISSA'S GALLERY. Ada yang 3 Set, RM110 sahaja. Ada juga set King 360 Threads, RM260. Queen Comforter, RM130. Itu cadar, Pre Order Dress pun ada. Eh, macam-macam ada! =)

May 18, 2012

Orang Kata: Beralih Bulan

Assalammualaikum. Hai. 

Beberapa hari sahaja lagi Nur Arissa Batriesya akan menginjak usia 4 bulan. Tapi, walau segigih mana Arissa sebelum ini mahu meniarap - hingga sekarang dia tak lulus lagi. Bila dah penat usaha, Arissa akan marah. Bila marah tak berhasil, Arissa akan menangis. Terpaksa mak Arissa tolak-tolak punggung Arissa yang 'berat' itu. Haha. Bila dah berjaya meniarap, apa lagi mulut tak dok diam bercerita versi Arissa. Tangan memang dah cukup kuat untuk menompang badan. Kepala toksah kata, memang dah kuat sangat. Anak oh anak... =D

Since Rabu, Arissa tiba-tiba demam. Kalau orang demam yang sikit-sikit tuh kebiasaannya kami usik demam nak bertunang. Agagaga. Tapi, bila budak kecik comel macam Arissa orang kata nak beralih bulan. Maksudnya, ada yang dia akan pandai. Cam nak pandai meniarap ke, merangkak, berjalan dan bercakap. Err? Hehehe. Cakap tuh saya saja tambah. =P.

Btw, saya sangat susah hati bila Arissa demam. Huhu. First time nak handle sendiri dan ini 2nd time Arissa demam. Syukur Alhamdulillah Arissa cuma demam yang sikit-sikit je. Tak ada nak meragam bagai. Mengada-ngada nak manja-manja ngan mak nya nih memang ada. Ibu bagi makan ubat, elok je dia. Bila part mak bagi makan ubat, macam orang kena cubit kena pukul gayanya. Pandai lagi bijak luahkan balik ubat yang dah telan. Adeh! 

Kepala memang tampal koofever. Then, saya akan lap satu badan. Semalam Arissa bangun dalam pukul 12 nak susu, saya bagi makan ubat. Kemudian lap satu badan. Dalam lap badan, muka ceria mengalahkan Astro Ceria. Dan mulutnya kecoh! Ayah Arissa pula sejak Arissa demam memang akan accompany kami kalau Arissa bangun. So, kecoh juga ayahnya bagitau, "Arissa, sekarang pukul 12 malam. bukan siang." Dan Arissa non-stop talking sampai lebih kurang pukul 2 pagi. Haha. Ayah Arissa kena temankan Arissa sampai Arissa nak susu. Muahaha.

The hardest part for me was yesterday. Masa nak tinggalkan Arissa kat rumah pengasuh. She's act lain macam tak macam selalu mengiringi kepergian saya dengan senyum sampai telinga. Muka memang ketat tak mau senyum walhal dalam keta muka sengih macam orang tak demam. Huhu. Tapi, nak buat macam mana. Kena pergi kerja juga untuk mencari rezeki. Tapi, hati tarak senang lah kan. Dok teringat aje kat anak. Syukur sangat ibu Arissa kata Arissa ok, suhu dah turun. 

senyum sampai ternganga itu wajib kasi hati mak senang

ini cenyum-cenyum ayu
ibu kata cenyum macam ni jangan sampai besar
nanti ramai yang terluka
eh?
hahahaha


Nur Arissa Batriesya pesan: Galeri Arissa sekarang ada offer cadar 3 set RM110 je. Meh cepat grab kat page mak kita create. Comel-comel kite tengok. Dah comel macam kite dah rupa cadar tuh. Hehe. Meh nak tunjuk sikit kat auntie-auntie gambar cadar.


May 16, 2012

Wordless Wednesday 8

Assalammualaikum. Hai.


Maaf wahai readers (budget macam ada readers). Haha. Dah lama tak update blog kesayangan cerita pasal anak kesayangan. Budak busuk saya ini semakin mengada-ngada which is actually manja. Muahaha. Bikin susah hati. Bikin hati suka. Eh, macam-macam ada! 
(^___^)


Nur Arissa Batriesya pesan, "meh la jenguk Galeri Arissa. ada barang baby, barang mak baby and barang rumah mak ayah baby. hehehe. mak kite baru nak mula. kalau tak beli, like pun boleh. sangat kite hargai."


satunotahati: semoga usaha berhasil. aamiin.

May 10, 2012

PAC Perangkawan Day 2

Assalammualaikum. Hai.

Huhu. Bagi sesiapa yang menunggu update hari kedua PAC Perangkawan, maaf lambat. Tak sempat nak menulis. Isk. Isk. Isk. Dengan kesibukan di office pertengahan tahun terkejar-kejar dengan akaun. Kerja hakiki sebagai admin pulak yang turut menimbun. Hoish! Plus mak Arissa baru mula menapak dalam business online yang diberi nama Galeri Arissa.

Pengucapan umum merupakan aktiviti terakhir pada hari pertama. Balik bilik yang mewah itu (bilik saya 406), solat, mengepam dan baring sekejap. Yes, sekejap. Sebab nak prepare untuk Public Speaking esoknya. Public Speaking lagi tension kot. Haha. Kalau tak tau sesuatu perkataan, teruslah kaku membatu mengeras kat depan. (oh! itu saya, bukan anda yang fluently in english).

Agak lewat juga tidur dan terlewat juga bangun. Huhu. Pengumuman breakfast disediakan cuma sayup-sayup. Tak sempat nak minum turun bawah. Dok minum nescafe dalam bilik sambil makan biskut tiger dan menelaah public speaking yang direka. Haha. Bergerak awal dari bilik sebab tak nak jadi candidates yang terakhir lagi. Malu doh!

Bilik untuk Public Speaking ditukar. Maka panel pun tak sama. Dalam bilik kali ini ada 3 orang panel yang judge, 2 fasilitator dan 2 orang pemerhati. Kelakarnya, saya ngam-ngam 5 minit buat conclusion. Itu pun sebab saya ada terlupa apa point kat tengah-tengah. Kalau tak memang lebih lima minit lagi. Haha. (bunyi cam hebat tapi errmm...ahhh yang lebih nya pun. =_='.)

Selesai public speaking semua dok hati lega konon aktiviti seterusnya tak buat stress walhal langsung tak tahu apakah aktiviti tersebut. Aktiviti yang diberi nama simulasi. Semua breakfast dengan senang hati dan ceria. Besar sungguh effect public speaking kepada candidates. Masa ni lah dok borak beria. Jumpa budak sama UUM, satu fakulti tapi berlainan course. Dok cerita hal kawan2 je lah.

Aktiviti simulasi. Masuk dalam bilik tuh masing-masing tertanya dan akhirnya tergelak. Semua tak tau. Tak boleh bayang. Haha. Dok berkenalan dalam tuh sementara panel tak sampai. Out of 9, rasanya kalau tak silap 6 orang dari UUM. Tapi, cuma seorang yang saya kenal. Haha. Ada yang senior. Ada yang junior. Ada yang dari fakulti yang berbeza. Fakulti sama pula tak sama course. Tehehe.

Simulasi. Tak susah. Bahasa Melayu. Tapi, hampir jugalah tak mengikut arahan yang diberi kumpulan saya itu. Huhu. Saya dapat rasakan yang kebanyakan mereka melawan arus yang sepatutnya. (bukan tak mahu menegur tapi tak sempat untuk menegur kerana semuanya dinilai. perbincangan santai-santai juga dinilai ok). Dan saya akhirnya tetap mengikut arus yang sepatutnya. (entah-entah saya yang melawan arus. huhu.)

Berakhirnya simulasi, berakhirnya program. Hoyeah! Serius tak sabar jumpa Nur Arissa Batriesya. Lunch provided. Saya makan dulu sebab encik suami, mentua, adik ipar dan anak tak sampai lagi. Segala penat lelah, dan tekanan terus menghilang bila lihat wajah budak busuk nih. (^_^).


All the best to candidates yang akan pergi weekend nih. Prepare yourself with general knowledge ok. It wasn't too hard and not to easy. Moderate! Best of luck to all of us! Tehehe.

May 9, 2012

Arissa Dah Ada Galeri! ;D

Assalammualaikum. Hai. 

Hehehe. Nak promote Galeri Arissa jap. Tak ada banyak barang lagi. Baru menapak kata orang. By the way, barang pertama ini rasanya very attractive kot (seperti saya yang ter'attract'). 


Saya sekali tengok dah berkenan. Hihihi. Untuk kekemasan penyimpanan diapers si budak debab, Nur Arissa Batriesya. (^_^).

Jenguk-jenguklah kat sini ye.

May 8, 2012

Arissa Check Up Tiga Bulan

Assalammualaikum. Hai.

30 April 2012 hari tu bawa Nur Arissa Batriesya pergi check up yang ketiga bulan. Nak kena cucuk lagi. Appointment pukul 10 pagi. Maka mak dan ayah Arissa sama-sama ambil cuti untuk bawa Arissa ke klinik. Saya pun semangat juga hari itu sebab konon nak bawa ke KKIA Greentown. Ceria jer muka mak anak. Huhu. Arissa tak payah cakap. Sentiasa senyum ketawa. Bangun tidur je terus melebar senyumnya. Hehe.

See! Arissa ceria je walhal nak kena cucuk. :p

Btw, kita merancang Allah yang tentukan. Kami bergerak terus ke KKIA Greentown. Masalah berpunca dari seorang nurse di KKIA Simee yang konon macam very strict tak nak bagi Arissa buat check up 'luar kawasan'. Bila sampai kat KKIA Greentown, semua dok kalut. Pelik. Ke hulu ke hilir bawa Arissa pasal nak check up. 

At last, "memang kalau ikut alamat ni, kami yang handle tapi kena tunggu lama. lama sangat tunggu orang lain habis. kami cuma dua orang nurse yang bertugas hari ni. kalau tak pun datang pukul 2. kena sharp lah. baru boleh awal." Dalam hati saya, "otak hang!" Huwwwaaa! Geram kot.

Actually tak salahkan diorang pun sebab setiap KKIA dah ada appointment masing-masing. Cuma geram kat nurse yang konon strict tuh. Yelah, kalau dah tak bagi Arissa check up kat KKIA Simee at least bagilah information kat KKIA Greentown. Mahunya tak terkejut diorang tiba-tiba je datang bagi kad. Hot tuh memang tak boleh cakap lah. Hot & Spicy! Huhu. Sangat membuang masa kami anak-beranak. Geram. 

So, saya bawa encik suami ke KKIA Simee. Luar kawasan. Tak banyak songeh pun. Nurse yang konon strict tuh tak ada pulak. Kalau ada, memang saya nak berleter depan dia. Menyusahkan orang. Minta appointment pukul 8 tak bagi. Alasannya, semua orang baru nak masuk kerja masa tuh. Hampeh tak? Walhal pukul 8 dah mula kerja, bukan masuk kerja. (=_=').

Giliran Arissa setelah agak lama menunggu finally tiba. Hihihi. Semangat sebab nak tengok berat Arissa. Hahaha. Dan keputusannya membuatkan saya senyum gembira. Anak sudah semakin membesar. Meninggi dan membulat. Hihihihi. 

Berat : 5.7kg (memberat 1.1kg lagi)
Tinggi: 59cm (meninggi 4cm)
BMI: 16.4

Jumpa nurse. Nurse tanya Arissa dah pandai apa. Penyusuan macam mana. Dan check suhu sebab nak cucuk. Then, kat termometer nurse tunjuk suhu Arissa 37 celcius. Nurse kata Arissa demam sebab menghampiri 37.2 celcius tapi badan Arissa tak panas pun. Cuma termometer tunjuk. Nurse kata tak boleh cucuk. Saya akur. Nurse bagi ubat syrup untuk Arissa. Rugi encik suami tak boleh tengok Arissa cucuk. Huhu. Seronok lah encik suami.

Ini muka budak nakal seronok tak kena cucuk.
Macam tau-tau je Arissa nih.
(O_o)

Then, mak dan ayah Arissa pergi carik makan. Arissa sentiasa kenyang. Ber'oz2 dia dah minum. Mak ayah dia yang keriok keriuk perut berbunyi. Hihi. Tapau bawa rumah mentua. Makan dengan adik encik suami yang sedang terlantar sakit kat rumah. Dah sudah bawa Arissa shopping ke Tesco. Hihi. Ayah Arissa tiba-tiba offer nak masakkan spaghetti untuk makan malam. Muahahaha. 

Ayah belikan Arissa Teether Fisher Price. 
Semangat walaupun Arissa belum kukuh memegang.
(^_^)

Arissa dimandikan setelah seharian tidak di rumah.
Manakala ayah....



Masak spaghetti seperti yang dijanjikan!
Hoyeah!

Arissa sangat memahami mak ayah nak makan malam. Arissa tidur sebaik sahaja lepas mandi. Letih gamaknya. Hihihi. Dan esok, 9 May 2012 : Arissa perlu pergi cucuk. Huhu.

satunotahati: sangat gembira melihat perkembangan Arissa. :)

May 6, 2012

PAC Perangkawan - DAY 1

Assalammualaikum. Hai.

Hujung minggu lepas saya menghadiri Program Penilaian Pusat Kompentensi bagi jawatan Perangkawan E41 dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai. Program dua hari itu sudah tentu akan memisahkan saya dan Nur Arissa Batriesya selama lebih kurang 50 jam. Huhu. Serius! Sedih. Bila malam, sangat rindu dengan budak busuk tuh. Siang, bukan tak rindu. Tapi, fokus plus tak menyempat. 

28 April, Sabtu. Encik suami, ayah mentua dan adik ipar yang bongsu hantar saya ke ILSM, Sungkai. Kami bertolak pukul lebih kurang pukul 6.15 pagi usai solat Subuh. ILSM tak jauh sangat tapi ILSM tempat baru, dalam Google Map pun takder. (=_='). So, haruslah kami bergerak awal. Kami sampai di ILSM dalam pukul 7.30 pagi. ILSM tak jauh pun. Huhu. Oh, Arissa tak ikut. Kesian kat budak busuk tuh. Arissa tinggal dengan Mak Tok nya.

Almost 8 am saya masuk dalam untuk bertanya. Ingatkan nak daftar terus kalau boleh tapi facilitators cadangkan supaya saya pergi sarapan. Sebab once dah daftar, tak boleh turun lagi katanya dan nak tunggu breakfast yang disediakan ialah pada pukul 10.30 pagi. So, nak elak daripada perut kriok kriekk maka kami pergi breakfast tak jauh dari ILSM. Canai satu! Teh tarik satu! =P

Selesai sarapan, saya terus pergi daftar. Bawa beg sekali. Baju yang dok elok tergantung simpan elok-elok dalam beg roda. Ada satu bilik khas yang disediakan khusus untuk letak beg. Simpan beg terlebih dahulu dan naik atas untuk mendaftar. Sebelum naik, sudah tentu bersalam-salaman dulu kan. Tehehe. Masa daftar, saya diberi nombor 41 sebagai pengenalan diri sepanjang tempoh program dan satu borang profil 1. Then, bagi salinan transkrip dan seterusnya ambil gambar bersama nombor tersebut.

Then, masuk dewan dan menunggu. Fasilitator memberikan taklimat ringkas dan kemudian kami diberi ujian personaliti / sahsiah untuk dijawab dalam tempoh masa 45 minit. Kami diarahkan untuk sentiasa merujuk sudut info untuk sebarang maklumat pembahagian kumpulan, bilik mana serta senarai tajuk-tajuk bagi pengucapan awam dan public speaking. Part2 public speaking nih agak membuatkan saya sedikit seriau. Dah lama tak bercakap depan orang ramai. Huhu.

Selesai exam, kami minum pagi dan masing-masing dok bersedia nak buat aktiviti berkumpulan. Semua tertanya-tanya, apa agaknya aktiviti tersebut. Huhu. Alhamdulillah. Rasanya tidak begitu susah cuma memerlukan kita melontarkan buah fikiran yang bernas. Dan! Kenalah bersaing untuk expose diri sendiri. Huhu. APTB! Kena interrupt secara bersopan atau kita akan akhirnya terus diam. Aktiviti ini yang pertama dalam bahasa melayu dan kedua inggeris.

Pukul 1 tengahari. Lunch time! Tehehe. Ini yang seronok. Tapi sebelum makan ambil kunci bilik dulu. Saya hantar beg masuk bilik kemudian baru turun makan. Makan dengan 2 orang budak Penang. Sorang cool, sorang dah tak lalu makan memikirkan aktiviti-aktiviti seterusnya. Hehe. Roommate saya, budak KL / Selangor (kompius pulak) - adik Ian (Roziana). Adik Ian ini sangat cool okay. Budak bijak. =D

Dalam tempoh rehat 1 jam setengah itu nak check in bilik, makan, mengepam, mandi, solat dan buat preparation untuk pengucapan awam. Itu pun saya merupakan orang terakhir yang masuk dalam bilik sindiket. (=_='). Pengucapan awam, tajuk-tajuk telah disenaraikan pada sudut info. Berbeza dengan PAC bagi PTD, tajuk adalah dipilih secara random (cabutan) tapi ini kita boleh memilih tajuk yang kita berkenan. Syukur. Huhu. 

Aktiviti petang merupakan kajian kes dalam BM dan BI jugak. Dalam satu kumpulan ada 9/10 orang candidates. Sama seperti aktiviti pagi, kita kena bersaing untuk melontarkan pendapat atau lebih mudah rasanya untuk saya katakan, kita perlu bercakap. Panel dan fasilitator akan memberi markah sepanjang perbincangan dan pembentangan. Dan nombor yang dipakai adalah wajib untuk kita pamerkan.

Selesai aktiviti petang, riadah. Dup dap dup dap takut lari 2.6km. Haha. Alhamdulillah tak ada. Tapi lari juga pusing padang bola keranjang 3 kali. Serius, seluruh tubuh badan terkejut sebab dah lama sangat tak bersenam. Setahun lah kot rasanya. Masa ngandung mana ada nak berlari-lari. Hihi. Ada dua orang akak yang baru sahaja betul-betul habis pantang, tetap gigih. Saya baby dah 3 bulan, takkan tak boleh. Yer dak? Dok bagi semangat buat diri sendiri. =P.

Dalam lebih kurang 1 - 2 jam selepas riadah, itulah masanya untuk makan malam, solat, mengepam, mandi dan get ready for pengucapan awam. Encik suami call untuk membantu memberikan maklumat serta buah fikiran yang boleh di-guna-pakai untuk pengucapan. Alhamdulillah. Rasa macam overload bila encik suami dok cakap-cakap pong pong pang. Encik suami merupakan sumber rujukan pengetahuan semasa saya. Heehe. Serius, banyak membantu saya. :)

8.30..bermulalah sesi berucap di hadapan lebih kurang 40 candidates, di adili oleh 2 orang panel dan diperhati oleh 3 facilitators. Dalam dok dup dap dup dap, ada jugak terkelu lidah. Tak ingat. Bila tak ingat terngiang-ngiang suara encik suami. Hihi. Tak dibenarkan untuk bawa sebarang material pun. Dok menggoreng jer la kat depan sampai habis tempoh masa 5 minit. Huhu. 5 minit rasa macam berbelas-belas minit tau. Tunggu habis tak habis-habis masa. Tapi saya terlebih. Banyak sangat goreng. =P.

Urm. Ok lah...cukup sedikit review hari pertama. Esok sambung hari kedua. Kot-kot boleh memberi bayangan pada yang bakal pergi PAC minggu depan. Hehe. Saya hari tu memang target macam PTD. Almaklumlah, jadi candidates yang pertama kali untuk PAC perangkawan. Kan? Ada juga experience pergi PAC. Dah buat yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah SWT. Allah tahu apa yang baik buat hamba-hambaNya. =).

memohon : 7,302
ujian SPA : 1,185
hadir ujian : 723
lulus : 413
PAC sesi 1 ILSM : 70
hadir PAC : 62
kekosongan 1 malaysia : 50

satunotahati: redha dengan apa jua yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. (^_^)

May 1, 2012

Arissa sudah.......

Assalammualaikum. Hai.


TAAAARRRRAAA!!!
Nur Arissa Batriesya sudah botak!

Ramai yang kata Arissa dah macam boy.
Bila pakai baju girl mak Arissa kata macam pondan pulak.
(^_^)

Hehehe. Tak lah. Nur Arissa Batriesya anak gadis tulen. Cuma biasalah baby. Kadang-kadang yang girl orang kata dah macam muka boy. Boy pula sebaliknya. Jangan perangai macam boy sudah. Nauzubillah. Huhu. Sebenarnya, Arissa dah botak 5 hari yang sudah. Kekangan masa buat saya tak sempat nak update blog. Kebetulan pulak pada hari kejadian, opah encik suami meninggal dunia. (Al-Fatihah). 

25 April. Arissa genap 3 bulan.
Sleepy birthday girl in the car~

Kerutan dahi menunjukkan reaksi pelik.
Mak asyik cakap wat mata Shinchan kat ayah.
25hb setiap bulan.
Hari gaji ayah.
Lalallalala.

Sehari sebelum kejadian, 'ayah' Arissa (suami kepada ibu Arissa - penjaga) ada bertanya tentang perihal rambut Arissa. Kesian katanya. Cuaca panas, rambut tebal. Arissa bertambah-tambah rimas. Apatah lagi Arissa kuat peluh. Soalannya sudah tentu bila nak cukur rambut Arissa. Saya maklumkan sahaja bahawa tiada siapa yang boleh diharapkan. Tok & Ayah Arissa tidak berani. Kemudian, ringan sahaja mulut berkata "kalau pakcik pandai & berani, pakcik tolong cukur kan". 'ayah' Arissa pun menjawab, "insyaAllah tengok lah esok-esok".

Wajah budak notty!

Seperti kebiasaan, hobi terbaru setiap pagi mesti ambil gambar Arissa. (nasib baik). Haha. Aktiviti di pejabat juga seperti kebiasaannya. Cuma tiba-tiba dalam pukul 3 petang, encik suami call memaklumkan opah meninggal dunia. (Al-fatihah). Saya minta kebenaran balik pukul 4.30 petang dan terus SMS ibu Arissa nak ambil Arissa awal. Then, balasan SMS ibu Arissa 'K, Arissa dah mandi dah cukur pun'. Zupp! Terkejut saya korang. Terus rasa tak sabar nak tengok rupa budak buruk tuh. Terus SMS ayah Arissa bagitau ada surprise. Haha.

Budak botak tidur sesaje.
Huhuhu.

Ayah Arissa macam tak surprise sangat sebab maybe dah expect 'botak' itu yang surprisenya. And both of us sangat GERAM tengok Arissa. Arissa nampak bertambah-tambah tembam pulak. Tengok lah gambar kat bawah tu. Huhu. Nek Wan Arissa kata, "kesian tengok muka Arissa dah botak". Haha. Malam itu, di rumah Mak Long encik suami, Arissa menjadi tumpuan. Ramai yang kata macam anak orang jepun. Macam anak cina. (=_='). Ini anak saya lah. Pure Malaysia. Huhuhu.

Budak tembam hari-hari buat mak geram.

Muka Arissa setelah botak seolah-olah tak berapa nal ada feeling. Mungkin janggal rasanya bila rambut yang lebat itu telah tiada maka kepala menjadi ringan. Haha. Kesian anak mak. Jumaat, saya ambil cuti 'segera'. Bersantailah kami bersama-sama Arissa. (^_^).


Tidur. Tidur. Tidur.

Tapi, ini sehari itu je. Sekarang, she's back to normal. Anak gadis yang murah dengan senyuman, ceria dan manis. (insyaAllah). Semoga peribadi seindah wajahnya. Aamiin. Sekarang Arissa akan 'bertudung' bila keluar rumah. Hik3. Malu lah baby girl botak. Kan? 

satunotahati: ada banyak benda nak cerita. tentang anak. tentang pengalaman baru. tentang kerja. tentang dia. eh? :p

Blog design by Rainy Day