Pages

Apr 10, 2012

Tremendously Grateful

Assalammualaikum. Hai.

Pernah tak korang rasa macam cemburu dengan kelebihan orang lain? Admit, saya pernah. Tapi wajib bagi saya untuk beristighfar dan bermuhasabah diri. Cemburu itu tidak baik untuk dilayan. Isk. Isk. Isk. Saya selalu berpesan kepada diri saya sendiri:

Wahai diri. Jangan terlalu memandang atau mendongak mereka yang berada di atas kamu. Terlebih pandang, terlebih dongak akan membuatkan kamu cemburu dan seterusnya boleh menjerumuskan kamu kepada iri hati dan akhirnya dengki. Terlebih pandang, terlebih dongak jugak dikhuatiri kamu akan mempertikaikan apa yang kamu miliki dan akhirnya mengurangkan tahap kesyukuran kamu atas kurnia Nya. Nauzubillahiminzalik.

Wahai diri. Pandanglah selalu mereka yang berada di bawah kamu. Lantas, kamu bersyukur akan apa yang kamu miliki kini. Pastinya kamu akan berterima kasih atas nikmat kurnia yang telah Allah berikan buat kamu. Pastinya kamu tidak akan berlebih-lebihan dalam meminta malah kamu akan lebih kerap memberi. Hati kamu juga pasti akan lapang kerana hati kamu dipenuhi dengan rasa kesyukuran.

Sesungguhnya Allah Maha Adil. Allah tidak akan berat sebelah. Allah bagi pada orang itu begitu, Allah hadiahkan kita begini. Saya teringat kata bapa saya, "si polan tu senang. sakit pun tak apa. tak perlu nak kerja. tiap bulan ada pencen. ada duit masuk untuk belanja makan. kita ni?" Sebagai anak, saya sangat sedih mendengarkan kata-kata bapa. Bapa saya kata bukan nak merungut, tapi itu yang berada dalam fikirannya. Oh, bapa saya 52 tahun. Masih berkerja. Bukan makan gaji. Bekerja sendiri. 

Jawapan saya kepada buah fikiran bapa, "kita tak tahu apa yang sebenarnya diorang alami. masalah diorang. setiap seorang itu diuji dalam bentuk yang berbeza. kita nampak dia senang, sebab dah ada duit pencen bagai. itu hal duit. dia ada duit lebih, tapi dia sakit. bapa sakit juga tapi dia lagi sakit. seimbang kan. seperti kita, orang yang tak tahu kisah disebaliknya akan fikir kita senang dengan apa yang kita miliki. tapi realitinya, cuma kita yang mengetahui."

Bukanlah mahu menunjuk hebat atau pandai pada bapa sendiri. Kebiasaannya kami akan saling mengingati. Kami kerap berdiskusi tentang kehidupan, agama dan juga politik. Atas sebab itu saya sangat menghargai masa kami bersama tempoh hari. Saya amat merindui hari-hari saya bersama mak dan bapak yang entah bila lagi saya boleh meluangkan masa sepenuhnya berbulan-bulan bersama mereka. Alhamdulillah. Tempoh hari kami mengisi hari-hari kami dengan perkara yang baik. 

Kerap juga telinga ni dengar kata-kata yang tidak menyenangkan hati, "eh, dia tu. belajar sampai universiti. kerja tak gak dapat gaji macam anak aku. anak aku belajar takat tu je, gaji dah dekat nak sepuluh ribu". Eh? Kau apa kes kan? Masa aku belajar dulu, mak bapak aku yang sara aku. Dari aku kecik sampai aku besar. Tak mintak duit kau pun kan. Tetiba apa hal pulak kau nak compare sangat dengan anak kau. Apa kes? Aku susahkan kau ke? Dolar tukar dengan RM memang lah berganda kan. Rezeki kau dan anak kau. Ahamdulillah. Tak perlu nak mengata aku. (sedikit geram disini).

Rezeki Allah itu luas. Setiap seorang itu ada bahagiannya. Alhamdulillah bagi mereka yang dapat kerja elok, gaji besar. Syukur. Bertuah kamu. Saya? Biarpun gaji tak besar, kerja tak gah tapi saya bahagia. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan pada saya tidak ternilai, Nur Arissa Batriesya. Rezeki masing-masing. Allah beri kamu gaji besar, Allah beri saya cahayamata. Jadi, tidak ada alasan bagi saya untuk tidak mensyukuri akan nikmat yang Allah bagi. Kan? Part kerja, saya yakin akan tiba giliran saya. Allah pasti telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya sekeluarga.

Nur Arissa Batriesya
permata hati
bersyukur dengan kehadirannya

satunotahati: bertahun saya menunggu untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. dan ada juga bertahun-tahun menunggu untuk dianugerahkan Allah zuriat. rezeki masing-masing. bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. 

2 comments

Mimy Hamid said...

Arissa baru la gegirl dah pakai hairband..betul tu jgn samakan rezeki kita dg orang lain..Allah dah janji kan terbaik buat kita

D Yatie said...

@Mimy Hamidbetul tu. tu yg geram dgn sesetengah yang suka sangat nak banding2 bagai..huhu...

arissa memang gigirl la auntie..hehehe...

Blog design by Rainy Day