Pages

Apr 26, 2012

SuperMak Arissa!

Assalammualaikum. Hai.

Siapa kata Nasha Aziz je boleh jadi SuperMak? Nasha Aziz tu berlakon jek!~ Tapi, tetiba sekarang berangan pulak kalau boleh jadi 'SuperMak Nasha Aziz' yang ada keistimewaan desap desup berlari pantas. Hebat kau! Bukan setakat jaga anak, malahan jaga keamanan negara gittew. Boleh setiap kali lunch pergi rumah pengasuh Arissa. Berangan sampai tahun depan sekali pun memang tak akan jadi realiti. =P

 
si busuk 
Nur Arissa Batriesya

Tanpa sedar, samada diiktiraf orang lain atau tidak - kita telah menjadi supermak kepada anak kita sendiri. Betul tak? Dan kita sendiri juga memiliki SuperMak kita sendiri iaitu mak kita. Tiba-tiba saya teringat akan wajah mak saya yang bersusah-payah membantu bapa membesarkan kami adik-beradik. Mak pergi tadika awal pagi, balik tengahari uruskan rumah dan buat kuih untuk dijual. Kalau ada tempahan banyak, mak akan buat kuih dari petang sampai dekat nak Subuh kadang-kadang. Bapa akan tolong mak. Super kan?

 
Arissa dan SuperMak!

Saya tertanya-tanya, 'mampukah saya untuk menjadi super seperti mak saya?' Alhamdulillah. Berkat usaha dan doa mak bapa membesarkan saya, mendidik saya, memaksa saya - saya bekerja dalam sebuah pejabat yang ada penghawa dingin. Alhamdulillah, saya berjaya seperti apa yang mereka harapkan walaupun saya tak menjadi seseorang yang seperti mereka mahukan. (maafkan kak long mak, pak. T_T. sedih pulak.) Dulu, mak bapa selalu cakap supaya tidak menjadi seperti mereka.

Bersyukurnya saya sekarang. Balik bekerja cuma menguruskan rumah, anak dan suami. Terima kasih yang tidak terhingga buat mak dan bapa. Pengorbanan yang tidak mampu saya balas. Cuma saya perlu mencorakkan anak saya seindah corak yang mereka lukiskan untuk saya. (eh? saya indah? haha.) Saya perlu mejadi SuperMak kepada Nur Arissa Batriesya dan adik-adiknya (suka sangat sebut pasal adik-adik Arissa kan? huhu.) Saya dapat rasakan saya sememangnya SuperMak untuk Arissa. Ngeh3.

 
Arissa dan SuperMak lagi!

Kenapa saya kata saya SuperMak Arissa? Hehe. Kita mulakan pada detik 12 malam. Arissa kebiasaannya akan bangun pada jam itu untuk menyusu. Makanya, bukanlah ayah yang dicari Arissa. Semestinya mak Arissa gigih bangun  menyusukan anak sampai tersengguk-sengguk. Kalau nasib baik, pukul 5 / 6 baru bangun nak menyusu lagi. Kalau tak, dalam pukul 3 kena bangun semula. Kemudian baru pukul 5 / 6. Jujur, setakat ini saya tak pernah mengeluh. Saya bangun dengan senang hati malah sangat susah hati kalau anak tak bangun menyusu.

Lepas encik suami pergi kerja, saya akan membuat kerja rumah sebanyak mana yang boleh sementara Arissa tidur. Lebih kurang pukul 7, samada Arissa masih tidur atau sebaliknya saya akan kemas Arissa. Tukar pampers, pakaian dan sarung kaki tangan. Pakaikan bedak dan cologne. Kemudian angkut segala beg masuk dalam kereta, tutup semua suis yang ada dan angkat Arissa bawa masuk dalam kereta. Tutup pintu, tarik jeriji besi dan tarik pagar yang berat. Pffft.

 
Lagi?
Hik3.

Lepas tu, bermulalah pemanduan saya hantar Arissa ke rumah ibunya. Memandu, bawa anak di sebelah itu sangat mencabar okay! Tak risaukan diri sendiri, tapi otak fikirkan anak kat sebelah. Bila sampai tempat kerja, pong pang pong pang selama 8 jam. Balik ambil Arissa. Sampai rumah, encik suami sambut Arissa dan saya bergegas bersihkan diri, kemudian solat Asar. Selesai solat, saya akan bersilat di dapur sambil pasang telinga dengar drama Cinta Buat Emelda. (hebat tak? haha.)

Kebiasaannya, dalam pukul 8.30 saya dan encik suami dah makan malam. Lepas siap semuanya, baru boleh duduk rehat dengan Arissa yang dah tidur dan encik suami. Kadang-kadang Arissa merengek sebab panas (tak selesa) dan juga sekarang, Arissa kerap nak susu ori. Arissa akan melalak selagi tak dapat susu ori. Makanya, saya juga penyelamat. Takkan ayah Arissa pulak kan? Hihi. Dah selesai semuanya, barulah boleh tidur atau duduk depan pc atau tv.

 
Ok. Last SuperMak perasan.

Saya tidak pernah menjangka yang saya akan boleh begini. Kitaran kehidupan sehari-hari yang sama. Tanpa rasa jemu, mengeluh mahupun marah. Walhal sebelum ini, pantang buat kerja lebih sikit saya akan merungut. Haha. See!!! I suddenly became a SuperMak to a little daughter!~ Tepuk tangan pada diri-sendiri. Hehe. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Fasa demi fasa yang dilalui secara automatik mendidik diri menjadi lebih matang dan lebih POWER!

ini muka budak busuk masuk umur tiga bulan
(25.04.2012)
(^_^)

satunotahati: mesti korang pun sama kan? bersyukur kerana encik suami banyak sangat membantu. terima kasih sayang. 

8 comments

Cik Saila said...

dyg sedang lalui dunia supermak. dan tetiba saya rasa 'aku boleh ke?' huhuhu :'(

D Yatie said...

@Cik Saila InsyaAllah..saila pasti boleh..semua orang akan boleh saila...automatik... :)

farah keifli said...

mencabar kan jadi supermak! tapi rasa bangga boleh buat benda yang sebelum ni kita rasa tak mampu nak buat!

Mimy Hamid said...

automatik rutin dah lain..dulu takde anak terpikir boleh ke tak buat...dengnan sndiri baby ada ok je..yg pntg suami tolong...i tak sampai tahap super mak lagi...sbb mandi pun gayat ..i bg gelaran tu kat my husben..dia mmg super dad...

D Yatie said...

@farah keifli sangat mencabar dan sangat bangga...! hehehe. walaupun cuma supermak anak sendiri.. ;)

D Yatie said...

@Mimy Hamid hehehe...tak apa..lambat laun nanti leh jadi supermak jugak...tp betul...adanya suami yang ringan tulang buat kita rasa macam lega sangat.. :)

PUAN SUE said...

arissa awak ni cmei la..anty geram tau..meh kawan ngan aqilah tau

Nurul Aziz said...

Beza lahir sehari dengan Ayra, nama pun lebih kurang ;) Hehe! Arissa Batriesya.. Ayra Batrisyia.

Blog design by Rainy Day