Pages

Apr 8, 2012

Lima Jam Stuck di Jusco!

Assalammualaikum. Hai.

Di Ipoh, tidak ada shopping complex sebesar Mid Valley mahupun Sunway Piramid apatah lagi KLCC. So, bila dah lama tak bersiar-siar di shopping complex besar seperti itu maka saya juga beria-ia mahu meneroka AEON Ipoh Station 18 (Jaya Jusco) yang baru buka 29 Mac lepas. Dah lama kot tak window shopping tempat besar. Haha. Kesian giler kat diri sendiri. =P.

 
cik anak muka masam agaknya fikir bila nak sampai. :p

Terima kasih banyak-banyak dekat encik suami yang tidak keberatan bawa cik isteri dan cik anak. Dengan penuh semangat kami sampai di JJ pada pukul 10.30 am. Haha. Tak mau bertemu dengan kesesakan dan kepayahan mendapatkan parking. Ingatkan kami yang awal tapi rupanya ramai lagi yang awal. Terbaekk betul. Huhu. Actually, cik isteri bukanlah nak pergi setakat cuci mata. Cik isteri nak cari kasut kerja. Hoho. Then, nak tambah baju cik anak.

 
dah sampai alolo buat muka manja
nak ngorat baju lettteew!

Far from my expectation, 5 jam pada hari Sabtu saya sepenuhnya di JJ. Bukanlah JJ tu besar sangat sampai 5 jam tak habis ronda. Bila dah berjalan bersama-sama cik anak, wajib akan ada masa selingan buatnya. Nak menyusu. Nak salin pampers. Serta cik isteri dan encik suami duduk rehat sebab lenguh kaki. Ngeh3. Tambah pulak nak pilih kasut / sandal yang berkenan di hati itu sangatlah susah. Ini nak. Itu nak. Ini selesa. Itu selesa. Haish! Rasa nak ambil semua!!~ Dan juga, satu jam masa digunakan untuk makan.

 
cik isteri syok sendiri tengok library

Dalam 5 jam itu, successfully mendapatkan kasut kerja cik isteri dan baju cik anak. Encik suami? Tehehe. Bukan rezeki dia hari ini. Rezeki cik isteri dan cik anak. Perut juga sudah kenyang. Terlebih kenyang. Ada korang pernah minta nasi tambah di Kenny Rogers? Haha. Kami add on a bowl of aromatic rice. Mahunya tak terlebih kenyang? Huhu. By the way, Arissa sangat understanding. Tak meragam langsung. Mungkin itu penyebab cik mak dan encik ayah kepada Arissa tak sedar diri dah 5 jam bertapa di situ. =P.

 
encik suami baik hati
InsyaAllah

AEON Ipoh Station 18? Shopping complex terbesar di Ipoh. Bila dah besar, banyaklah kedainya. Bila banyak kedai, banyaklah barangnya. Bila banyak barang, banyak juga duit yang keluar. Haha.

satunotahati: sangat rambang mata bila tengok barang-barang Nur Arissa Batriesya.

No comments

Blog design by Rainy Day