Pages

Apr 13, 2012

Jangan Terlalu Puji

Assalammualaikum. Hai.

Dialog Ibu Arissa :

"alololo. budak buruk ni."
"siapa cakap dia comel. buruk ica ni."
"ala pandai ica nih. eh, tak la. buruk ica ni."

Mak Arissa sekadar senyum. Saya tak kisah pun. Biasa kot kalau main-main ngan baby akan ada wording macam 'budak busuk' 'budak macam' 'budak tombam' dan segala budak lah. Saya juga kebiasaannya akan cakap "mana busuk mak mana". Haha. Tak adalah nak cakap "mana cantik mak mana." Huhu. Tak ada lagi cakap macam tu kot. Tak tahu pulak tanpa sedar. Normally, saya cakap "subhanallah. cantiknya ciptaan Allah untuk mak". Yes! Itu ada. Dan Arissa akan senyum lebar.

Satu petang tuh masa ambil Arissa, agaknya Ibu Arissa takut saya terasa hati dengar dia cakap Arissa buruk maka Ibu Arissa pun bagitau, "orang tua kata jangan panggil comel semua. takut sakit. kata orang tua." Saya pun oh..sebab baru tahu juga ada pantang sedemikian rupa. Then, ada juga borak dengan Mak Mentua. Katanya, "memang orang tua pesan jangan selalu cakap dia ni budak baik, budak comel, budak pandai. nanti boleh meragam lah. macam ada je hal atau masalahnya kat budak tu. kata orang tua."

Saya pun curious dengan larangan yang tersebut. So, berdiskusi sedikit dengan encik suami.

Cik Isteri: 
Saya curious lah. Dalam Islam, kata-kata itu satu doa.
Encik Suami: 
Betul. Dalam Islam memang begitu.
Cik Isteri: 
Tapi saya tak kisah pun. Niat Ibu Arissa baik walaupun cam pelik.
Encik Suami: 
Tapi menurut Cikgu Azizi, ada benarnya benda-benda ini semua.
Cik Isteri: 
(diam).
Encik Suami: 
Kalau pernah dengar ceramah Ustaz Asri, setiap pujian perlu disandarkan pada sesuatu.
Cik Isteri: 
Maksud?
Encik Suami: 
Guna perkataan yang baik macam Allahhuakbar, Subhanallah, Masyaallah.
Cik Isteri: 
Oh..macam saya selalu cakap dengan Arissa lah.
Encik Suami: 
Ermm.

Pada pendapatan saya, orang tua dulu menyatakan larangan ini berdasarkan pengalaman. Dan semuanya mungkin secara kebetulan dan akhirnya berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain. Mungkin anak-anak kecil yang telah dipuji begitu banyak menjadi mengada-ngada. Yelah, dah kena puji cantik, kacak, comel bagai. Maunya tak budak-budak ni mendabik dada. Haha. Kononlah macam anak-anak kecil kita tu faham semua tu kan. Hahaha. Anggapan ku sahaja. Muahahaha.



satunotahati: Walau apa pun, semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT. Lafazkan apa sahaja yang baik-baik buat anak-anak kita. Alunkan ayat suci Al Quran dan Zikrullah buat halwa telinganya. Bisikkan doa pada telinganya. Dan jangan pernah berhenti dari memberi ciuman kasih saya serta dakapan yang menenangkan.

4 comments

suSuEmIMiE said...

Bila slalu bca psl arissa n tgk gbr dia..rase mcm nk je jmpa dia..even ngn mak arissa pn blm pernah jumpa..hehehe..

Subhanallah, mmg cantik ciptaan Allah khas buat mak arissa..

Mimy Hamid said...

teringat pulak kata mak bidan...dia kata kalau kat arab ..orang sana dia sebut tabarakallah masya Allah ...baru la diorang akan bg tunjuk muka anak diorang..kalau cakap sweet beautiful..tak layan eh

D Yatie said...

@suSuEmIMiE Alhamdulillah, terima kasih sue...

insyaAllah panjang umur, murah rezeki ada jodoh..nanti kita jumpa ye. insyaAllah kalau berkesempatan ke KL bawa Arissa, saya akan inform Auntie Zue Arissa & suh bawa Auntie Sue sekali jumpa ye.. =)

D Yatie said...

@Mimy Hamid yeke...tapi memang betul pun, bila tengok sesuatu yang cantik, indah dan juga musibah...kalimah Allah tu sewajarnya kita sebut sebab semuanya dari Allah. :)

Blog design by Rainy Day