Pages

Apr 6, 2012

Healthiness After Childbirth

Assalammualaikum. Hai.

How healthy are you after childbirth? 
And the most favourite question is, how about your weight? 
LOL!

Hari ini nak cerita pasal mak Nur Arissa Batriesya pula. Hehe. Masa Arissa check up sebulan, mak Arissa juga buat check up. Biasalah, timbang berat dan BP. So, Alhamdulillah. Berat saya turun kepada 62.8kg setelah put on weight sampai 70++ kg tapi less than 75 kg lah. Lupa pulak last weight before deliver berapa. Hehe. So, memang Alhamdulillah sangat sebab berat normal saya sejak habis belajar dalam 63kg begitu. Muahaha. Eh, sebelum kena cop sebagai obesiti saya nak bagitau, ketinggian saya 164 cm ok. Haha. Tak pernah lagi BMI show overweight. Ngeh3.

 

Selasa lepas, saya buat check up di Klinik Prime Care Health. FREE! Sponsor by my mak boss. Dah itu klinik anak dia. Huhu. By the way, sangat thankful jugak lah sebab dapat buat detail check up dengan percuma. So, check fizikal dan jugak blood serta urine. Hari ni nak cerita pasal fizikal result dulu sebab result blood & urine ada di rumah. Oh! Sangatlah free saya di office sekarang kan? Tell you, sekarang saya memang feeling-feeling pekerja baru. Meja kosong tak ada kerja. Tak ada fail yang melambai-lambai untuk di belai. Hihi.

Height : 164 cm
Weight: 60 kg
BMI: 22.3

 

Body fat: 25.8%

 
Visceral fat: 4

 
Body age: 31

Haha. Okay. Serius sedih bila body age berusia lima tahun lebih tua dari yang sebenar. Errkk?! Tigapuluhsatu. Angka 3 tuh. Walhal ada 4 tahun lagi nak menuju ke angka tersebut. Tetapi, secara keseluruhannya normal. Alhamdulillah. Part 60 kg memang excited lah. Haha. Dah lama tak dapat berat macam tuh. Masa zaman belajar berat around 57kg macam tu kot, tapi muka memang macam orang sakit dengan pipi cengkung dan muka yang sememangnya dah pale sentiasa. Huhu. Azam nak maintain dengan 60kg sebab pipi tak lah nampak cengkung sangat. Huhu. Azam jer lah. Makan boleh tahan jugak macam orang tak makan berhari-hari. Dush! Tumbuk lembut muka sendiri. Muahaha.

Blood Pressure: 106/72 mmHg
Pulse Rate: 84/min

Overall, NORMAL. Alhamdulillah. Thanks Allah.




tarrrraaaaa!!!

 Arissa hisap jari ke hisap tangan?

satunotahati: Kan dah kata tak sah kalau tak ada muka Arissa.

No comments

Blog design by Rainy Day