Pages

Apr 2, 2012

Hari Pertama Ibu Berkerjaya

Assalammualaikum. Hai.

Sedikit hampa sebab bluetooth notebook office tak berfungsi dan tak bawa card reader untuk letak gambar Nur Arissa Batriesya pagi tadi. Hoho. Arissa kan model tetap blog ini. Kalau boleh, setiap entri kena ada gambar baru beliau. Barulah ceria blog mak Arissa. Oooohhhoooiii!~~~

Atas sebab hari pertama. Mak ai!~ Kelam kabut semuanya. Serba tak kena nak buat itu buat ini. Encik suami boleh pulak tak kejutkan cik isteri yang sedang nyenyak tidur. Cik isteri bangun, encik suami dah bersiap-siap. Kot yer pun encik suami kesian kat cik isteri sampai tak nak kejutkan, sila kesian kat cik isteri yang kena siapkan Arissa, nak hantar pergi rumah ibu Arissa. Huhu. Nasib baik encik suami dah kemaskan barang-barang Arissa dalam bag. Dah siap-siap letak kat satu tempat, cuma tinggal angkat bawa masuk kereta je. Bangun-bangun tidur terus cakap kat encik suami, 'tolong sidaikan baju ye'. Hoho.

 
Arissa yang kacak bergaya bila tidur. Haha.

Bila encik suami dah pergi kerja, susukan Arissa. Arissa dah bangun awal jugak. Lepas susukan Arissa, ngelat sekejap baring ngan Arissa main gomol-gomol. Haha. Pastu borak-borak pesan supaya jadi budak baik tak susahkan ibu. Tak meragam. Tak demand. Arissa pulak hamboih! Bukan main syok dia menyembang apa tah dengan muka cerianya. Tersengih-sengih bukan main. Tambah lagi dengan mulut angry bird dia. Haha. Tipulah kalau mak sendiri 'dera' anak dengan memberi ciuman yang kuat. Lalala. Btw, sengih-sengih Arissa itu yang buat saya rasa sedih-sedih sayu nak tinggalkan dia. Huhu.

 
Fokus pada mulut: Bukti si mulut becok. Mak cakap, Arissa pun nak cakap. =D

Tak mau cerita pasal office yang tiada kerjaan hari ini. Boring yang teramat. Balik dengan rasa tidak sabar nak jumpa Arissa. Sampai rumah, berebut dengan encik suami nak gomol-gomol Arissa. Haha. Suka sangat bila ibu Arissa kata Arissa tidur lena je. Bangun nak menyusu je. Bunyi bising pun dia tak hairan, tak peduli. Tidur aje. Alhamdulillah. Arissa dengar cakap mak. Bila mak puji-puji Arissa, Arissa pun menjawab jugak. Entah apa yang Arissa cerita  tentang diri dia hari ini. Rancak saya borak, rancak jugak dia menjawab.

 
Balik dari rumah ibu, seronok dapat borak dengan mak ayah.

Lebih comel bila nak tidurkan dia dalam pukul 8.30pm, saya alunkan Subhanallah, Walhamdulillah, Allahhuakbar dan kemudian Asmaul Husna - Arissa dengan rancaknya juga mengalunkan zikrullah. Bila saya berhenti, Arissa juga terdiam. Bila saya sambung, temuncung-muncung mulutnya. Bila dah rasa letih, mata mula terpejam. Puting mengambil alih tugas mak. Bila puting dah jatuh keluar dari mulut. Taraaa~! Arissa sudah tidur dengan nyenyaknya. Ketika entri ini ditulis, Arissa masih tidur. Tehehe. Sayang Arissa sangat-sangat!

 
pandangan mata arissa bersama dengan senyuman nipis itu sangat membahagiakan

satunotahati: tajuk entri tak boleh blah. jam menunjukkan pukul 12.33am. tapi saya akan set entri still on 2nd April. haha. boleh? boleh aje. duniawi. :p

6 comments

deno said...

comelnya!!!!!!!!!!!!! ^^

thezaila said...

comel nya arissa... =)
first day of work lepas cuti bersalin, mmg sangat bosan... =)

D Yatie said...

@deno
Arissa said: terima kasih auntie deno~ :)

D Yatie said...

@thezailaarissa said: terima kasih...hehe... mak arissa kata: memang sangat bosan. feeling new staff pulak. :p

Cik Saila said...

kita mmg wajib tgk arissa..kalau dyg post psl arissa msti nk tgk..best je tgk baby gelak kan.. :))

D Yatie said...

@Cik Sailahehehe. best sangat tengok baby gelak. hati kita pun senang. lapang. hilang segala penat.

Blog design by Rainy Day