Pages

Apr 5, 2012

Cemburu Kat Ibu Arissa

Assalammualaikum. Hai.


Mak Arissa: Arissa!!!
(tangan kiri kendong arissa, tangan kanan pegang handphone)


Arissa: Errrmmm!
(meneran)


Huk. Huk. Huk. Budak busuk saya buat muka 'comel' bila meneran. Alahai anak mak. Baru je mak nak posing dengan Arissa. Arissa m'brooot pula. Huhu. 

Nur Arissa Batriesya ada satu tabiat berak - diaper mesti kering baru boleh berak. Huhu. Pagi tadi, dah elok tukar baju dan tukar diaper sebelum pergi rumah ibu Arissa; tiba-tiba Arissa meneran. Mak Arissa terus cakap, allaammaaakkk! Haha. Bergegas salinkan diaper baru Arissa sebab jam dah tunjuk pukul 7.30am. Masuk kerja 8.30am tapi tak suka nak rushing. Tak suka nak melalui kesesakan. Huhu. At last hari ini, merempuh kesesakan yang tidak hebat seperti di KL. Terlewat sedikit. Tapi, tidak melepasi 8.30am. Hehe. Mak Arissa pekerja yang menepati masa. Cewah!

Each time ibu Arissa sambut Arissa di pintu pagar rumah, ibu Arissa suka panggil Arissa si 'busuk' si 'buruk'. Mungkin ibu Arissa takut saya berkecil hati maka ibu Arissa explain, 'orang dulu-dulu kata, kalau sentiasa sebut yang cantik-cantik nanti sakit.' Pelik juga tapi biarkanlah. Saya pula akan sebut yang baik-baik sahaja pada Arissa sebab kata-kata itu satu doa. Nak tegur ibu Arissa, tak pasal ibu Arissa tak nak jaga dah nanti. Hihi. Tapi apa pun, bagi saya niat ibu Arissa baik. Bukan tak baik. Cuma cara tu agaknya kurang tepat. Wallahhualam.

Eh? Apa yang cemburunya kat ibu Arissa? Huhu. Ok, begini. Pagi tadi ibu Arissa sempatlah borak. Ibu Arissa kata Arissa bijak. Rajin sembang macam budak besar walhal hari ini umur dia baru 2 bulan 11 hari. Bila sembang, macam orang mengerti. Berbunga-bunga hati saya mendengarnya. Bila tidur alahai, terpaksa main-main pipi dia kejutkan untuk bagi susu dan mandi. Menyusu, tidur. Itulah dia. Kadang-kadang ada nak kena riba sikit, lepas tu tidur. Tidur pulak dah pandai pusing. Cepat~! Itu kata kat ayah nya (suami ibu), kalau budak besar nih dulu letak atas sofa kita relaks. Tapi ica (nama gelaran Arissa) tak boleh biar gitu je.

Along Arissa (anak ibu Arissa) cakap, Arissa seronok dengar ibu mengaji. Ibu mengaji, mulut Arissa pun tak diam. Bila tengok ibu bagi anak-anak makan, Arissa pun buat aksi mengunyah. Kami cuma cakap kat Arissa, 'Arissa kecil lagi. tak boleh makan dulu.' Petang tadi masa ambil Arissa pun ibu Arissa cakap Arissa sangat bijak. Baik. Comel. Mak Arissa berkata dalam hati, 'aamiin. semoga Allah memperkenankan kata-kata sekalian saudara yang menyebut perkara baik tentang Arissa.' Dan hati mak mana yang tidak berbunga-bunga mendengarkan kata-kata begitu? Alhamdulillah. Semoga Arissa terus begitu.

Nur Arissa Batriesya
Cahaya - Keazaman/Kekuatan - Cerdik/Pandai

Cemburu bila mendengar perkembangan Arissa dari mulut pengasuh. Alangkah seronok sekiranya saya boleh melihat sendiri perkembangan Arissa. Sedangkan Arissa membuat 'pusingan' dalam tidur saya masih tidak berkesempatan untuk melihat. Di rumah, tak cukup ruang agaknya sebab Arissa tidur between mak dan ayah. Hehe. Walau apa pun, saya berterima kasih kepada ibu Arissa sebab ibu Arissa jaga Arissa macam anak sendiri. Mandi pagi, ibu berikan. Mandi malam juga ibu berikan. Alhamdulillah. Ringan sikit rasanya kerja mak. Tapi, rindu jugak nak mandikan Arissa. Huhu.

p/s: hujung minggu ini plan nak ke JJ baru. dah bagitau ayah Arissa. harap menjadi sebab mak nak kasut baru. pastu mak nak belikan Arissa baju. ngeh3. 

1 comment

Mimy Hamid said...

baby memang faham je apa kita nak cakapkan..kalaulayans embang best...lagi pulak dia bersuara kalau kita cakap..

Blog design by Rainy Day