Pages

Mar 31, 2012

Nur Arissa Batriesya [2]

Assalammualaikum. Hai.

Terimbau kembali bertapa aktifnya Arissa di dalam perut mak. Agaknya begitulah tangan dan kaki Arissa di dalam ruang yang sempit hinggakan mak susah hati dan terkadang geli hati. Saat itu mak tak sabar nak Arissa berada di sisi mak. Walaupun hakikatnya mak susah hati memikirkan bagaimana agaknya keadaan mak hendak melahirkan Arissa. Mampukah mak tabah? Bolehkah mak kuat? Dan hari ini, mak rasa rindu pula saat-saat mak mengandungkan Arissa. Saat Arissa menendang-nendang kuat perut mak. 


Pejam celik, Nur Arissa Batriesya sudah 2 bulan. Arissa semakin aktif. Kaki tangan Arissa tidak pernah diam walaupun sekadar baring. Mulut Arissa sering membuahkan butir bicara bahasa Arissa sendiri yang tidak mak dan ayah fahami. Arissa juga sering menghadiahkan mak dan ayah senyuman yang paling manis dalam dunia. Senyuman yang sangat menyenangkan hati tatkala mata terbuka di waktu pagi. Senyuman yang menghilangkan penat lelah ayah balik dari bekerja dan mak setelah membuat kerja rumah (buat masa ini sahaja). 

  
Wajah ceria Arissa pada pagi Jumaat, semalam.

Dua hari Arissa dihantar ke rumah pengasuh buat hati mak gundah. Mungkin lebih terasa apabila mak bersendirian di rumah. Mungkin akan sedikit kurang terasa apabila mak sudah mula bekerja nanti. Rasa rindu yang menerjah memang tak mampu ditahan. Tapi mak terpaksa. Ayah kata, "untuk kebaikan Arissa". Dan dalam terpaksa mak tinggalkan Arissa. Sedih bila tengok muka Arissa yang ditinggalkan walau sebenarnya Arissa masih tidak mengerti. Saat itu mak terfikir, 'indahnya jika mak boleh menjaga Arissa sepenuh masa'.

 
Setelah dijemput dari rumah pengasuh.

Beberapa hari ini, Arissa sudah mula menunjukkan kelainan yang pada mulanya buat hati mak ayah gusar. Huhu. Pada hari pertama Arissa di rumah pengasuh, malamnya Arissa sudah tidur dalam pukul 9 malam dan hanya bangun untuk menyusu pada pukul 4 pagi. Mak ayah pelik sebab kebiasaannya Arissa akan bangun lebih kurang pukul 12 malam dan seterusnya setiap 2 jam. Dan pada hari kedua pula, Arissa tidur pukul 6 petang dan cuma bangun pukul 12 malam untuk menyusu. Ini semua adalah luar dari kebiasaan Arissa.

Dan! Arissa sudah pandai hisap jari-jemari dengan jayanya. Tetapi! Mak tak berapa suka sebab muka Arissa sangat comot bila hisap jari. Orang-orang tua kata kalau baby pandai hisap jari itu bagus. Maknanya baby pandai bawa diri. So, Arissa pandai bawa diri dah kan? Tehehe. Ini yang mak super duper bangga. Baru dua hari rumah pengasuh dah pandai bawa diri bersamaan berdikari sama macam mak. Mak tau, Arissa mesti boleh punya sebab mak boleh. 

 
Arissa hisap jari.

Arissa, mak ayah tak sabar nak tunggu Arissa pandai meniarap. Pastikan Arissa membesar secara berperingkat ok. Tak mahu lah Arissa 3 bulan nanti dah pandai jalan pulak. Tak glamor masuk Harian Metro pun tak apa yang penting Arissa membesar mengikut perkembangan yang betul supaya minda Arissa juga berkembang dengan baiknya. Hihi. 

satunotahati: mak ayah sayang Nur Arissa Batriesya sangat-sangat.!

4 comments

Mimy Hamid said...

Arissa suka senyum je mukaaa...Fayel masih bersampul tangan nya sebab kuku panjang takut nak potong

D Yatie said...

@Mimy Hamidhehehe..Fayel kena belajar dari Arissa nih.. :D Arissa ada gak potong kuku tapi tetap tajam. tu bukak sekejap kasi hisap jari. tak lama pastu...huhu..cedera kat muka sikit.. :(

suSuEmIMiE said...

makin besar, makin comel n kiut la arissa ni..:)

D Yatie said...

@suSuEmIMiE Alhamdulillah..hehehe..terima kasih auntie sue.. :)

Blog design by Rainy Day