Pages

Mar 13, 2012

Lima Hari Lagi!

Assalammualaikum. Hai.





Hati rasa sayu semacam jer tengok muka Arissa nih. Seperti biasa, saya nih memang selalu terover feeling sedikit. Ta-cing Ma-cing itu dah jadi habit. Arissa akan buat muka ceria secerianya bila bersama Nek Aki nya. Bila Nek Aki dia panggil dia 'cucu cucu cucu', Arissa akan ketawa dengan lebar tapi tidak lagi terbahak-bahak. Tehehe. Arissa kecik lagi nak ketawa ada bunyi. Meleret-leret tawa Arissa bila dengan Nek Aki dia. Arissa la penawar penat mereka sekarang. Bila balik kerja, Arissa yang menjadi penghibur.

Allah mengambil kembali Awang Firdaus dan meminjamkan kepada kami Nur Arissa Batriesya. Kehadiran Arissa menceriakan kembali rumah kami walaupun ingatan kami terhadap Firdaus semakin kuat. Awal-awal dahulu kerap juga saya mengalirkan air mata bila berdua dengan Arissa dan tengok gambar Firdaus. Awal-awal dahulu juga saya rasa macam seolah-olah si kecil yang berada disisi saya itu Firdaus. Kadang-kadang saya tersasul panggil Arissa 'bujang' - nama gelaran Firdaus. Kadang-kadang saya tersilap membahasakan diri saya sebagai 'kak long'. Tapi, itu awal-awal dahulu. Mungkin dalam tempoh penyesuaian.

Nek Wan Arissa pernah cakap, "Arissa ni tak boleh nak rapat-rapat sangat, kejap lagi dia tinggalkan kita", "sekarang Lee yang rindu dengan Arissa, kejap lagi kami yang akan rindu dia". Sedih ok! Dalam menaip ni pun saya sedih. Sedih sangat. Saya faham perasaan mak dan bapak saya. Tapi apakan daya saya. Saya juga tak sanggup nak berjauhan dengan Arissa, jadi tak mungkin untuk saya tinggalkan Arissa. Tapi saya juga rasa tak sanggup nak bawa Arissa jauh dari mak dan bapak saya. AllahhuAkbar. Sesak rasa dada nak tahan rasa sedih nih.

Lima hari lagi, Arissa akan terbang ke Ipoh. Lima hari je lagi untuk Arissa bermanja-manja dengan Nek Wan, Nek Aki, Mak Ngah, Mak Ude, Mak Udak, Nek Atok, Nek Udak, Nek Usu dan semuanya. Lima hari je lagi Arissa nak bergelak ketawa dengan diorang. Lima hari je lagi ada Arissa yang nak dipandang bila mak bapak keletihan. Lima hari je lagi mak bapak akan terjaga mendengar rengekan Arissa di tengah malam. Lima hari je lagi Arissa akan tidur bersama-sama Nek Wan. Lima hari je lagi mak Arissa dan Arissa bersama keluarga di Sarawak.

InsyaAllah, bulan 8 nanti Arissa akan balik Sarawak. Agak-agak Arissa dah boleh berjalan tak masa tu? Hihi. Berangan tapi Amin~~! Semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Semoga diperkenankan oleh Nya setiap doa yang dititipkan.

p/s: memikirkan Arissa yang akan berjauhan dengan Nek Wan dan Nek Aki nya, mak Arissa yang terover pilu + sayu. taip entri sambil kesat air mata.






p/s: Awang Firdaus: dik, kak long rindu daus. kak long doakan daus aman dan tenang disisi Allah. dan kak long yakin, daus lebih bahagia bersama Nya. daus dah jadi pak usu. mungkin bukan masa terdekat tapi satu hari nanti kak long akan bawa arissa jumpa daus. insyaAllah.

6 comments

Cik Saila said...

sedih sy bc entry dyg ni..bukan mudah nak hadapi perasaan sebak kan dyg..rasa sakit sgt2 kat dada. tp sabar ya..kalau kita sedang melalui satu fasa baru mmg susah..sabar byk2. saya pun kena byk2 bljr erti sabar.

arissa sgt comel bila senyum :D
semoga arwah daus tenang di sana :)

arissa, awk sgt comel! :D

D Yatie said...

@Cik Saila sangat sedih saila..perasaan yg sama seperti tahun lepas pada bulan yang sama..saila mmg perlu byk belajar bersabar..move one step ahead memerlukn byk pengorbanan...huhu...

arissa kata terima kasih auntie saila...nanti baby auntie mesti lagi comel! :)

Mimy Hamid said...

Al Fatihah buat Firdaus...muka Arissa ada iras sikit Firdaus..tapi tak sama...lepas rindu yer

D Yatie said...

@Mimy Hamid adik pergi sms sy hamil 6 bulan...lepas rindu kami..tp rasa semakin sebak bila nak bawa arissa jauh dari nek wan dan nek aki nya.. :(

aiza_aidir86 said...

Salam..yatie..nor kat opis ni..tetiba tahan airmata dr mengalir bila baca entry yatie kali ni. Kena kuat ok! Bukan x boleh sedih tapi kadangkala kita kena belagak kuat di hadapan org2 yg kita syg sbb kita xnak tunjuk yg kita ni lemah...Kadangkala,kehidupan ni tidak ada pilihan dan mahu atau tidak,kita mesti pilih satu jalan sahaja walaupun perit...:-)

D Yatie said...

@aiza_aidir86 wassalam nor...mmg kna kuat..pretend to be strong supaya smua yg d sekelilng kta tak ssh ht n turut bsedih krn kta..stipa jln yg kta pilih juga psti mnuntut satu pngorbnn.. :)

Blog design by Rainy Day