Pages

Feb 16, 2012

Push Itu Meneran

Assalammualaikum. Hai.

Saya tak pernah menghadiri mana-mana kelas antenatal. KKIA Simee tak provide kelas agaknya sebab they never mentioned pun. Dan tak pernah walaupun indirectly nak explain tentang meneran. Teran oh teran. Bila tanya mak, mak cakap teran macam nak berak. And I was thinking, ada teran lain ke selain nak teran berak? =P So, the day saya bersalin - saya agak 0 knowledge dalam berteran. Pernah baca sekali tentang teran di Adrinis.com. Tahu serba sedikit bila dok mengalami kontraksi yang semakin kerap dalam bilik bersalin. Hoho.

How to teran?

1. Baring atas katil dengan keadaan kaki dinaikkan. Tak tahu the best word to describe. Rasanya boleh agak kan? Dan of course kaki kita perlu dibuka seluasnya.

2. Kedua-dua tangan kita pula diletakkan pada pangkal paha / punggung dengan tujuan untuk membantu kita menahan punggung dari terangkat semasa meneran serta membuka paha.

3. Kita hanya boleh mula meneran bila kontraksi tiba. Tak ada kontraksi, teran pun tak guna. Teran sehingga tidak ada lagi rasa sakit dan teran lama-lama.

4. Semasa meneran, kita kena pastikan kepala kite diangkat dengan dagu mencecah dada dan pandangan mata ke arah perut kita. Part ini saya terlupa hinggakan nurse yang tolong angkatkan kepala. Haha.

5. Teran dalam satu nafas. Kalau nak tarik nafas pun kena guna teknik curi nafas. Kesian baby sebab kalau kita tarik nafas masa meneran, baby akan masuk balik. Salah satu kesilapan saya.

6. Please listen to your midwife and nurses. Dengar baik-baik arahan mereka cause it won't harm you. Sudah tentu mereka nak memudahkan kita. Kan?

Itulah serba sedikit ilmu meneran yang diberitahu pada saya sebelum saya meneran. Dan inilah yang saya aplikasikan. Dalam meneran midwife suruh teran dalam satu nafas bila saya suddenly berhenti meneran dan tarik nafas semula bila rasa baby belum keluar sebenarnya. Oh. My fault! Saya ingatkan bila midwife cakap dah nampak kepala, nampak rambut yang lebat means baby saya dah selamat. Tapi bila saya stop, tak keluar lagi. Huhu. Cetek ilmu sungguh masa itu! :(

Alhamdulillah. Biarpun saya agak terlambat tahu akan ilmu ini tapi saya bersyukur kerana semuanya juga telah selamat dan saya dapat berkongsi ilmu ini dengan kawan-kawan. =) Semoga dipermudahkan semuanya.

p/s: buat Ima, congratulations dear! Comel baby boy, 3.69kg!. Nanti kongsi-kongsi cerita di YM yer. hehe. :D

4 comments

amal said...

kira hebatla awak dapat lahirkan baby dengan selamat tanpa ilmu di dada ehehe.. kuasa Allah kan, Dia tolong kita insyaallah :)


yang part curi nafas tu la saya tak reti.. takut terlebih curi anak masuk balik pulak huhuhu

D Yatie said...

hahaha. tak ada lah hebat. kalau anything happen, i'll blame myself jugak kan. better ada ilmu itu before bersalin. cuma, saya sentiasa keep dalam hati Allah ada. Alhamdulillah. kuasaNya. anugerahNya. amanahNya.

insyaAllah nanti kamu pandai lah. sebab hari tu sy juga berjaya curi nafas. tarik nafas sebentar dan terus teran. kesian kat baby. semoga urusan amal ini dipermudahkan oleh Nya.

Ly.Z said...

akan saya cuba praktikkan:)
thanx for sharing ya..!!~

cheq sue dieyha said...

masa baca kronologi yatie bersalin dlu,mcm mudah je yatie bersalin..yg biasa kita dgr bersalin anak sulung ni susah.smpai belas2 jam kontraksi.tqvm sbb sudi berkongsi,nt blh bc blik bila nk bersalin nnti.hehehe...:)

Blog design by Rainy Day