Pages

Feb 18, 2012

Jaundis - Petua Orang Kampung

Assalammualaikum. Hai.

Saya tahu tentang jaundis pada tahun 2000. Jaundis yang telah memberikan satu kenangan yang agak menyedihkan apabila adik keempat saya terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Sedih sebab hari itu ialah hari terakhir berpuasa – esoknya hari raya. Sedih ok. Cuma tinggal saya, kak ngah, imani dan juga bapak. Bapak yang siapkan juadah hari raya. Dan petang itu, kami berbuka bersama dengan linangan air mata. (T_T).

Ok. Enough with the intro yang merepek entah apa-apa. Apa itu jaundis? Jaundis itu juga demam kuning. Nak tahu bayi kena kuning atau tidak, kita tengok kulit dan juga mata bayi. Part tang mata tu kalau tak silap bila tahap jaundis bayi agak tinggi. Saya set dalam minda, kalau si kecil saya terkena jaundis – itu normal. Sebab 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga dan akan hilang selepas seminggu. Tapi, itu bukan bermakna saya tidak risau. Risau juga tapi orang kata, mild je. InsyaAllah si kecil saya ok-ok sahaja.

27 Januari, bawa Nur Arissa Batriesya ke KKIA Sematan. Arissa kena cucuk dekat tapak kaki. Kesian sangat dekat Arissa bila dia menangis kena cucuk. Nak sangat marah kat orang tu. Tapi, bukan saya yang dukung Arissa bawa pergi cucuk. Saya menunggu di luar makmal. Tak sanggup ok. Bangganya dengan Arissa, dia menangis sekejap aje. Orang makmal dan nek usu Arissa kata, Arissa menangis bila sarung kaki di buka – sejuk kena air-cond. Masa kena cucuk tu Arissa tak nangis pun. Kesimpulannya, Arissa kuat macam mak dia. Hik. Hik. Hik.

Hari itu, tahap bilirubin Arissa – 9.3 mg/dl. Bagi kami, tahap itu memang dah agak tinggi. Nek wan, nek aki, nek usu, nek udak dan nek atok Arissa memang risau sangat. Lagi risau bila nak fikirkan kalau lagi tinggi bacaan, kena masuk wad. Atas sebab bacaan yang agak tinggi, Arissa perlu melawat KKIA setiap hari yang bermaksud saya sebagai emak perlu merelakan tapak kaki Arissa dicucuk lagi. Hari-hari seterusnya, 28 Januari – bacaannya meningkat ke 10.8 mg/dl, 29 Januari – 10.9 mg/dl dan 30 Januari – 9.6 mg/dl. Bila tahap bilirubin menurun, Arissa diarahkan untuk pergi selang sehari. Makanya, 1 Februari – 8.3 mg/dl, 3 Februari – 7.8 mg/dl dan 5 Februari – 6.1 mg/dl. Alhamdulillah. Dah tak perlu ke klinik lagi. =)

Ada banyak petua yang diberikan oleh pakar perubatan moden dan juga pakar perubatan kampung. Hihi. Saya ikutkan sahaja asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada Arissa. Lagipun, nek wan, nek aki dan nek atuk Arissa banyak makan garam. Selain dari usaha, berdoa dan bertawakal. So, saya sebenarnya nak kongsikan petua-petua ini. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.
  • Mandikan si kecil dengan air ‘amben buah’ yang direbus bersama daun belimbing tunjuk. Warna air mandian – kuning.
  • Titiskan air anggur hijau ke dalam mulut si kecil – kuantiti tak kisah. Cuma jangan terlalu banyak, khuatir si kecil sakit perut. Arissa beberapa titis je nek aki bagi. Belinya satu kilo. Mak saudara Arissa yang seronok habiskan. =P
  • Mandikan si kecil dengan air kelapa dari kelapa gading. Kelapa yang kulitnya berwarna kuning. Arissa cuma dimandikan sekali sahaja.
  • Mandikan si kecil dengan air tepung beras. Petua ini agak lambat dapat tahu dan Alhamdulillah, entah kebetulan atau sememangnya mandi air beras ini berkesan – tahap bilirubin Arissa menurun setelah dimandikan dengan air ini.
  • Jangan ‘bungkus’ si kecil. Arissa cuma dipakaikan bedung dan lampin kain sahaja. Tapi, pagi-pagi janganlah biar si kecil tu kesejukan. Huhu.
  • Si ibu juga jangan makan jamu-jamu dan makanan berlada terlebih dahulu. Tahu, semua nak sihat. Tapi pastikan si kecil sihat dahulu. Sejak dari hari pertama Arissa sehinggalah Arissa sudah berusia 12 hari, saya cuma makan nasi putih berlaukkan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak. Demi anak. :)
  • Si ibu juga perlu susukan si kecil dengan susunya sendiri dengan lebih kerap. Arissa, siang-siang dia tidur dengan nyenyaknya. Saya akan kejutkan Arissa setiap 2 jam untuk diberi susu.
  • Jangan sesekali nak jemur si kecil ok. Dulu, berkesan sebab udara ‘cantik’ lagi. Sekarang? Lain pula jadinya nanti.

Itulah sedikit sebanyak yang saya nak share. Ada orang kata, jangan biar si kecil guna selimut kuning lah, tengok warna kuning lah. Tehehe. Rumah nek wan dan nek aki Arissa fully cat kuning ok dalam rumah dan even dalam bilik. Takkan nak tukar cat sebab Arissa kena demam kuning. Hihi. Saya sebenarnya nak highlight petua-petua kampung. Sebab, petua perubatan moden memang kita akan dapat dari nurse dan doktor nanti tanpa diminta.

Walaupun kadang-kadang saya rasa macam tak logik kena mandi dengan air-air yang telah disenaraikan (tak pasti bagaimana air mandian itu bertindak mengurangkan kuning), tapi pengalaman orang lama tidak boleh juga diperlekeh. Asalkan tidak memudaratkan si kecil. InsyaAllah. Apa yang pasti, kalau si kecil kerap berak dan kencing – InsyaAllah segeralah kuningnya berkurangan. Arissa kerap berak. Setiap malam kena bangun lebih dari dua kali untuk ‘disalin’.

p/s: kita berdoa, kita berusaha dan seterusnya tawakal. saya dan Arissa doakan semoga kawan-kawan Arissa semua sihat sejahtera hendaknya.

No comments

Blog design by Rainy Day