Pages

Feb 25, 2012

Allah Sayang Sebab Itu Allah Uji

…………………………………………………………………………….

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.”
(Surah al-Mukminun: 62)

…………………………………………………………………………….

23 Februari 2012,

6.46am
Alhamdulillah..fida selamat melahirkan baby boy kul 3.54 tadi..dengan berat 3.1kg :)

6.49am
Alhamdulillah.. Tahniah fida.. :D Selamat berpantang.. :D Sihat nanti share2 pengalaman ye.. ;)

6.50am
Tq Dyg..nanti kte share2 ye.. :)

Saya dapat merasai kebahagiaan teman saya, Rafida Shaharuddin serta suami ketika memaklumkan kepada sahabat handai akan kelahiran cahayamata pertama. Saya telah melalui hari sebulan yang lalu. Perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Saya juga turut gembira dan bahagia mendengar perkhabaran gembira ini.


24 Februari 2012

11.30am
Hati tergerak untuk melihat dinding mukabuku Rafida. Tersentak! 5 minit sebelum itu kakak kepada Rafida iaitu Rahayu menulis pada dinding mukabukunya :

Al- fatihah buat baby kepada Rafida yg telah pegi mengadap ilahi pg td...allah lebih sygkan die....baby tertelan air ketuban bercampur taik semasa dlm perut ibunye...sempat hidup sehari je....tabahkan hatimu adikku...berat betul ujian Allah padamu namun redha la..setiap kejadian ada hikmahnya...die telah menunggumu di pintu syurga ...amin...

Kaku. Diam. Sayu. Sedih. Menangis. Kalimat pertama, “Ya Allah”. Seakan tak percaya. Saya baca berulang kali. Dan kemudian, “Innalillahiwainnailaihirojiun”. Besarnya dugaan buat kamu Fida. Saya peluk erat Nur Arissa Batriesya. Mungkin inilah yang dikatakan naluri seorang ibu. Sungguh, saya tidak berada ditempat Fida. Sungguh, saya tidak dapat merasai apa yang Fida rasa. Sungguh, cuma Fida lebih tahu. Namun, saya dapat merasai kesedihan itu.

Saya mengenali Fida pada pertengahan tahun 2010 ketika kami sama-sama menjadi jurulatih PLKN di Kem PLKN Tegas Mesra. Jarak waktu majlis perkahwinan kami cuma selang seminggu. Begitu juga dengan kehamilan kami. Atas sebab itu kami banyak berkongsi cerita. Tentang persiapan majlis, kehamilan dan kelahiran. Tidak dapat online awal-awal berpantang, kami berbalas mesej untuk berkongsi cerita kelahiran. Sangat tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama Fida.

There’s no best word to say. Dan perkataan sabar itu mudah untuk diungkapkan tetapi sebenarnya tidak mampu mententeramkan hati. Makanya,

24 Februari 2012

11.40am
Salam Fida, salam takziah dari saya sekeluarga.. Semoga Fida dan suami tabah dalam berdepan dengan ujian Allah.. Sesungguhnya dia menanti kamu berdua di pintu syurga.. Amin..

Allah lebih mengetahui akan kemampuan Fida dan suami. Allah sayang Fida, sebab itu Allah uji. Dan Allah lebih sayangkan Muhammad Adam Khalif. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat cahayamata Rafida, Muhammad Adam Khalif.

p/s: doa saya semoga Rafida tabah dan tidak terganggu emosinya semasa berpantang. semoga fida dijauhkan dari 'baby blues'. semoga Rafida dikurniakan cahayamata akan datang.

3 comments

cheq sue dieyha said...

beratnya ujian...saya kehilangan baby sebelum saya rasa baby menendang,belum saya sediakan semua kelengkapan utk baby.ya allah...ringankanlah beban fida,semoga beliau sentiasa kuat!

D Yatie said...

sangat berat buatnya...insyaAllah teman saya tabah dan kuat..amin...sama2 kita mendoakannya...

Mimy Hamid said...

Ujian dari Allah...sseharusnya kita mensyukuri nikmat Allah..salam takziah yer buat ur fren

Blog design by Rainy Day