Pages

Jan 1, 2012

Hidup : Ucapkan HELLO kepada 2012!



31.12.11. Hari ini genap adik bongsu saya Awang Firdaus berusia 9 tahun (hanya jika beliau masih bersama kami). Hari ini saya masakkan bubur kacang durian untuk disedekahkan kepada anak-anak kecil. Tak ramai. Cuma anak-anak kecil jiran yang terdiri daripada saudara sendiri juga. Hihi. Comel-comel semua anak-anak kecil itu bila diajak bersama-sama membacakan Al-Fatihah buat arwah adik. Semoga adikku Awang Firdaus ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

31.12.11. Tiba masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011. Bila tahun ini berakhir dan tahun depan bakal bermula, ramai yang akan bercerita tentang 2011 yang bakal ditinggalkan dan seterusnya menyatakan azam untuk tahun yang akan datang. Kadang-kadang, saya merasakannya sebagai sesuatu yang ‘oh, very cliché’. Tapi, sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari ‘mengenang’ dan ‘merancang’, saya juga memilih untuk menyimpan semua memori itu disini selain terpahat dalam ingatan kita sendiri. Suka, duka, tangis, tawa. 

2011. Sesungguhnya setiap apa yang telah kita lalui telah tertulis dalam aturan Allah. Allah telah mengatur kehidupan kita dengan sebaiknya cuma mungkin kita tersilap memilih lorong ketika kita berdepan dengan lebih dari satu lorong yang lurus. Realitinya, kehidupan ini tidak lurus seperti pembaris yang digunakan untuk membuat garis lurus pada sehelai kertas. Kehidupan ini juga tidak mempunyai serakan taburan normal sentiasa seperti dalam data-data yang terdapat dalam buku ketika membuat taburan statistik. Walaubagaimanapun, terima kasih dan rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat kurniaNya yang dipinjamkan. Setiap rasa suka, duka, tangis dan tawa merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kerana setiap satu rasa itu menjadikan diri kita pada hari ini iaitu si tabah, si cekal, si kuat, si gagah, si berani, si pengasih, si penyayang, si pemurah dan segala si yang positif. 

2011. Usia menginjak suku abad, 25 tahun. Alhamdulillah. Janji dan harapan seorang kekasih untuk mengakhiri hubungannya dengan ikatan perkahwinan tercapai. 25 Mac 2011, saya telah dinobatkan sebagai seorang isteri kepada encik Mohd Fadhlil Rahman yang dikasihi. Alhamdulillah. 29 Mei 2011, saya secara rasminya disahkan hamil setelah buat pemeriksaan di Klinik Lee & Lee walaupun pada 27 Mei 2011 saya sudah buat pemeriksaan UPT sendiri. Allah menganugerahkan kami suami isteri si kecil yang bakal mewarnai kehidupan. Alhamdulillah. Allah juga telah menjemput kembali adik saya Awang Firdaus untuk berada disampingNya setelah hampir 9 tahun bersama kami. Akhirnya, adik terlepas dari menanggung derita kerana penyakitnya biarpun kini kami sangat merindui dia. Inilah Qada’ dan Qadar Allah yang wajib kita terima walaupun adakalanya agak perit untuk kita terima. Apa yang nyata, setiap apa yang Allah turunkan pada kita walaupun tidak semuanya indah tetapi sebenarnya yang tidak indah itu merupakan antara nikmat dan kurnia Allah yang tidak ternilai.

2012. Tahun baru. Azam baru. Azam? Tiada azam disini. Telah berazam pada 1 Muharram yang lalu. Semoga tercapai. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan olehNya. Pastinya, bermula tahun ini ramai yang menghitung hari. Menghitung hari untuk menjadi seorang nenek / atuk / ibu / ayah / isteri / suami / tunangan seseorang. Menghitung hari untuk memulakan hidup baru bersama yang dicintai / buku yang digilai / sesi persekolahan yang digemari / musim bekerja yang disayangi. Ramai yang menghitung hari bagi sesuatu yang pasti. Namun hakikatnya, tiada apa yang pasti biarpun untuk tempoh satu jam lagi. Mungkinkah kita akan berdepan dengan satu kisah gembira atau sebaliknya? Atau masihkah ada satu jam lagi untuk kita pinjam di dunia ini? Wallahhualam. Sesungguhnya semua itu adalah dari Dia yang Maha Berkuasa. Allahhuakbar.

01.01.12. Semua orang mengharapkan permulaan hari pertama di tahun baru yang terbaik. Diwarnai dengan warna-warna ceria, suka dan tawa. Namun, siapalah kita untuk menolak takdirNya seandainya kita berdepan dengan perkara yang membuatkan kita kecewa. Yakinlah bahawasanya pasti setiap apa yang Allah turunkan pada kita merupakan salah satu cara untuk menguji kita sebagai tanda bertapa Dia menyayangi dan mengasihi kita. Jangan pernah sesekali lupa, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Jangan pernah sesekali berburuk sangka terhadapNya.

01.01.12. Inilah saya. Seorang isteri kepada suami yang dicintai, Encik Mohd Fadhlil Rahman. Menghitung hari untuk secara rasmi menjadi ibu kepada anak Encik Mohd Fadhlil Rahman. Buat pertama kalinya berjauhan bagi tempoh masa yang lama membuatkan saya tanpa segan silu mengatakan bahawasanya saya kini amat merindui Encik Mohd Fadhlil Rahman. Sekarang, saya sedang bersenang-lenang sambil menghitung hari di rumah bersama mak, bapak, adik-adik, nenek dan saudara-mara yang dikasihi. Apa yang penting? Paling penting sekali saya bahagia dan bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah pinjamkan kepada saya. 

p/s : tiada doa dan harapan yang terbaik selain mendoakan diri sendiri bersama-sama mereka yang dicintai dan disayangi akan terus menjalani kehidupan ini dengan jayanya tanpa menoleh ke belakang. semoga juga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kami serta mempermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat. akhir kata, selamat tinggal 2011. (^_^). 

1 comment

Mimy Hamid said...

salam semoga tahun baru memberikan seribu rahmat dan nikmat rezeki buat awak sekeluarga...selamat menempuh alam keibubapaan jugak soon :))

Blog design by Rainy Day