Pages

Jan 20, 2012

Hamil : Temujanji Terakhir

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik. Pejam celik. Semalam, temujanji saya yang terakhir di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Tiba-tiba terasa begitu pantas masa berlalu. Awal-awal dahulu lemah lemau lembik nak pergi klinik sebulan sekali. Sejak balik Sarawak, saya diarahkan untuk pergi seminggu sekali sebab dah cukup bulan. Syukur Alhamdulillah, kat klinik kampung tak perlu nak tunggu berjam-jam. Kadang-kadang tak sampai setengah jam saya sudah balik ke rumah. Seronok kan? Hehe. Kalau di Ipoh, encik suami setia menemani saya. Tapi disini, mak usu saya setia menemani saya sehingga masuk ke dalam bilik pemeriksaan. (^_^).

Berat badan naik lagi 1kg dalam seminggu. *eyes strolling*. Angka pada jalur berat badan dalam buku merah jambu itu sangat mengerikan. Kalau bukan kerana angka itu dalam buku merah jambu, pastinya menimbulkan tekanan. Huhu. Semalam, BP saya agak tersasar dari biasa. 120/90. Kebiasaannya, 120/80. Nurse ulang semula periksa BP, Alhamdulillah kembali seperti biasa. Sebenarnya, sebelum ini pernah juga beberapa kali perlu repeat periksa BP sebab tiba-tiba ada sedikit naik BP. Alhamdulillah, back to normal bila dah rehat seketika. Nurse ada tanya, 'ada pening-pening ke?'. Saya mengaku, these few days memang ada pening-pening. Tapi tak ada pula berdebar-debar. Mak usu saya mula susah hati takut BP saya naik semasa nak bersalin. Haish! Semoga tidak. Semoga dipermudahkan oleh Allah.

Kemudian, misi check jantung si kecil seperti biasa. Heartbeat si kecil cantik. Hehe. Nurse cakap kepala si kecil memang dah engage. Dan si kecil  juga nampaknya lebih ke sebelah kanan. Sebelah kiri kosong. Ok, mesti ada yang mula meneka jantina si kecil saya dengan pernyataan ini kan? Kan? Betul tak Puan As? Haha. InsyaAllah sekejap lagi akan ada entri bab-bab jantina. Fuh! Fuh! Rajinlah. Rajinlah. Hehe. Since ada banyak masa yang terluang, godek-godek, jumpa macam-macam. So, saya ingat nak kongsi-kongsi sikit dekat sini. Itupun kalau rajin. =P

Kelakarnya, nurse tengok saya dengan muka yang ada sedikit cuak. 'tak ada tanda-tanda lagi ke?' Sambil gelak-gelak saya jawab, 'tak ada'. Nurse tengok buku merah jambu, tengok kalendar. '23 Jan, public holiday. 24 Jan, pun sama. bila nak suruh refer doktor ye?' Saya dan mak usu diam. Nurse cakap lagi, 'kalau tak bersalin lagi sampai 24 Jan, 25 Jan pergi hospital terus ok. jumpa doktor.' Saya? Cuak! Terus tanya, 'kalau jumpa doktor nanti dia buat apa?' Haha. Ok, macam soalan bodohkan? Nurse jawab, 'saya kurang pasti doktor akan buat apa. tapi doktor akan scan, check apa yang patut. kalau perlu, doktor akan masuk ubat.' Serius! Lagi cuak!!

Masuk ubat itu bersamaan dengan paksa yang dinamakan kelahiran induced. Apa itu induced? Dulu-dulu, saya memang tak tahu apa benda. Normal kan? Selagi tak mengandung, tak kisah sangat hal-hal ini semua. Kelahiran induced, ibu still bersalin secara semulajadi tetapi cuma memerlukan bantuan atau pertolongan. Kenapa ibu ini perlu dibantu? Ada beberapa punca atau sebab yang memerlukan bantuan : overdue (main cause), tumbesaran bayi yang tidak normal, darah tinggi, kencing manis, pendarahan pada faraj dan pecah air ketuban. Kerisauan yang jelas dan nyata bagi saya ialah : overdue. Huhu. Harapan : semoga paling lewat si kecil nak keluar ialah pada 25 atau 26 Jan. (^_^).

Makcik jiran sebelah rumah saya terus emosi bila dengar saya kena suruh jumpa doktor. Nenek juga. Haha. Ok, serius kelakar tengok muka diorang. Dua-dua tanya, 'kamu tak lambatkan ke tarikh period kamu? diorang ni sesuka hati je nak paksa-paksa. walhal memang budak tu belum time lagi nak keluarnya. mana boleh diorang buat macam tu.' Haha. Kelakar ok. Saya yang disuruh jumpa doktor tapi diorang yang emosi lebih. Saya acting cool sebenarnya. Dalam hati, cuak! Kalau memang dah terpaksa macam seorang kawan saya yang terlambat sehari, si kecil dia dah makan tahi dalam perut so kena emergency bedah - redhalah kan. Tapi kalau sengaja-sengaja nak paksa atau bedah saya, saya memang akan minta masa. Hihi. Kononlah. =P. Kita sama-sama tunggu harinya nanti.

p/s: tiket flight hari ini, esok dan lusa = TIADA. so, sekiranya saya bersalin dalam beberapa hari ini maknanya encik suami tidak akan ada disisi. encik suami cakap, 'kalau rasa nak beranak, tahan dulu.' haha. dalam mimpi, mungkin boleh tahan. realiti, memang tak boleh tahan-tahan. hihi. encik suami selalu pesan dalam apa juga situasi yang kami hadapi, 'Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah tahu apa yang telah Dia aturkan buat kita.' Kesimpulannya, kami redha.

2 comments

EdatUzair said...

hah..kena aje sy...tp mmg sy terlintas jantina bby kmu pn bl bc statement tuh... :-p well...tekaan sy dr dl Insyaallah betul kot...xpe, nk tggu betul @ x..tggu baby km lahir k..

D Yatie said...

haahahahahaha...tahu tak apa...part2 jantina ni pn mmg igt kamu pun... :D

Blog design by Rainy Day