Pages

Jan 18, 2012

Hamil : Menghitung Hari - IBU!!!

Assalammualaikum. Hai.

Saya nak menulis. Saya nak bercerita. Tapi, sejak kebelakangan ini saya tak tahu mahu menulis bagaimana. Ke-Tak! Ke-Tuk! Ke-Tik! Dan akhirnya saya padam semula. Ke-Tak! Ke-Tuk! Ke-Tik! Kemudian simpan sebagai draf. Haish!

Saya sedang menghitung hari. Menghitung hari untuk menjadi seorang ibu secara rasminya. Sekarang saya juga sudah jadi ibu sebab si kecil saya sedang membesar dengan sihat InsyaAllah dalam rahim saya. Cuma kini saya menunggu masa untuk si kecil lahir ke dunia untuk bersama-sama dengan ibu dan ayahnya. Selama lebih 9 bulan ini saya cuma dapat rasa pergerakannya yang sangat aktif dan tengok beberapa kali di skrin pengimbas. Sejujurnya, saya tak sabar untuk tengok, cium dan peluk si kecil saya ini. Ehe~~

Tetapi, pada masa yang sama saya juga ada rasa takut. Sebenarnya, bukanlah takut sangat tapi cuak. Eh? Tak sama kan? Hehehe. Tipulah kalau tak ada rasa takut-takut, resah-resah dan cuak-cuak. Apatah lagi ini yang sulung. Banyak persoalan tak berjawapan dalam fikiran saya. Tak ada jawapan sebab semua orang melalui pengalaman yang berbeza. Apabila sudah terlalu banyak berfikir, akhirnya semua itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Alhamdulillah setakat ini mimpi-mimpi itu tidak menakutkan malahan mimpi-mimpi itu telah membuatkan saya tersenyum. Mimpi yang terindah ialah apabila saya bangun dari tidur, menoleh ke sebelah dan melihat seorang bayi perempuan. Adakah ini petanda jantina si kecil saya? Sama atau bertentangan? (^_^)

Dua orang sepupu saya telah selamat melahirkan putera dan puteri sulung masing-masing. Si putera telah dilahirkan secara normal pada 1 Jan 2012, 10 hari lebih awal dari EDD. Si puteri dilahirkan pada 13 Jan 2012 dengan kaedah pembedahan. Begitu juga dua orang emak saudara saya yang masing-masingnya putera. Kedua-duanya juga terlebih dari EDD, seorang dipaksa dan seorang lagi saya kurang pasti. 15 Jan 2012, isteri kawan saya juga telah selamat melahirkan anak sulungnya sebelum sempat mereka balik ke kampong. EDD isteri kawan saya ialah pada 5 Feb 2012. Dan saya? EDD saya ialah pada 23 Jan 2012 ini.

Si kecil saya nampaknya tertinggal di belakang. Agaknya si kecil saya mahu duduk lama lagi dalam perut ibu dia. Atau mungkin si kecil saya sememangnya nak tunggu ayah dia ada di Sarawak. Atau perkiraan yang salah kira. Atau. Atau. Atau. Ok. Persoalan tiada jawapan lagi. Sepatutnya, mengikut perancangan encik suami akan balik ke sini semalam. 18 Januari 2011. Tapi, atas sebab semua orang cakap saya tak ada tanda-tanda lagi – makanya kami ambil keputusan supaya encik suami balik lambat sedikit. Dengan izin Allah, encik suami akan bersama kami pada saat kelahiran cahayamata kami. Sekiranya tidak, kami redha. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Apa yang penting ialah si kecil saya selamat dan sihat. Cuma mungkin ayahnya lambat sedikit jumpa si kecil kami. :) 

Sehingga hari ini, semua cakap perut saya tak nampak ‘jatuh’ lagi yang khabarnya membawa maksud – mungkin lambat lagi. Kaki bengkak iaitu apabila isi yang ditekan lambat atau tidak kembali kepada asal juga tidak ada lagi. Kalau kerap buang air kecil, buang air besar, buang angin dan rasa sakit perut memulas itu memang ada. Tanda-tanda yang jelas nyata macam keluar lendir, darah atau pecah air ketuban itu tak ada lagi. Sakit belakang? Ho-yeah! Memang ada lah kan. Tidur memang mengiring saja. Apatah lagi sekarang si kecil dah kurang bergerak. Jadi, cara yang terbaik bagi saya untuk rasa pergerakan si kecil ialah dengan baring mengiring. Hehe. Cuak kalau tak rasa si kecil ini bergerak. 

Esok, check up saya yang terakhir sebelum due. Semoga baik-baik sahaja. Semoga tiada cadangan-cadangan mahu di ‘paksa’ atau di ‘bedah’. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 

p/s: dengan rendah hati saya memohon doa dari teman-teman sekalian.

p/s: dengan rendah hati juga saya mohon ampun dan maaf atas segala salah, silap dan khilaf saya terutamanya kepada mereka yang mengenali saya di luar (khusus) dan semua (umum). saya mohon dihalalkan semuanya apa yang terlebih dan terkurang.

Nota kaki: panjang umur, kita jumpa lagi nanti. (^_^)

5 comments

ciksuen said...

i ble da ujung2 ni rase mcm nk je suh baby kuar cepat2. xsaba nk pegang, nk peluk nk cium segala bagai la. hehe..

EdatUzair said...

sy doakam km & bby selamat...

Cik Saila said...

saya doakan supaya semuanya baik-baik saja dyg..insyaallah semuanya okay..
xsabar nk tgk baby dyg juga :)

ejdeejasmi said...

selamat datang ke dunia wahai si baby kecik... semoga ibu si baby kecik ini tabah melalui saat2 manis..semua orang xlalui perkara yang sama tapi mungkin semua orang dapat menikmati indahnya menjadi seorang ibu...

chaiyok2 yea...doa byk2..insyallah

D Yatie said...

cik suen : betul. betul. betul. kte pn berperasaan macam tu. hehehehe.

puan as : terima kasih dear.

cik saila : terima kasih saila. amin. semoga begitulah hendaknya.

puan ejdee : terima kasih. insyaAllah. semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya. ye, pengalaman yang berbeza tapi keindahan yang sama. :))

Blog design by Rainy Day