Pages

Dec 28, 2012

Hidup : Ada Apa Dengan Pangkat

Assalammualaikum. Hai.

Encik Suami sangat jarang to express his appreciation kepada Cik Isteri secara terang-terangan. At the moment he did, hati Cik Isteri melting sungguh. Haha. Thanks sayang!


Nur Arissa Batriesya tidak sihat lagi. Alhamdulillah esok Jumaat. Petang esok dah balik Ipoh, InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan. Tadi, encik suami balik awal untuk bawa Arissa ke Poliklinik Kembar lagi. Ada sedikit infection pada kerongkong yang membawa kepada batuk dan suhu badan lebih sedikit dari paras normal - lebih kurang panas suam kuku. Tapi, masih juga aktif dan kuat berpeluh. Sekadar memerlukan perhatian lebih dari semua orang - kerap merengek.

Saya simpati dengan Encik Suami. Bukan senang untuk menjaga anak kecil yang sakit. Lelaki tetap lelaki walaupun diberi gelaran Mr. Mama. Lelaki tak sama dengan perempuan. Saya tahu Encik Suami mesti letih meladeni karenah anak kesayangannya. Apakan daya, inilah yang harus kita tempuh sayang. Inilah juga ujian yang Allah berikan pada kita sekeluarga yang menjadikan kita lebih berpengalaman, matang, kuat, tabah dan sentiasa sabar. Tak semua orang boleh berada dalam posisi kita sekarang, kan? 

Saya teringat akan perbualan ringkas kami tempoh hari,

Cik Isteri : Awak ingat saya suka ke sorang-sorang kat sana. Tak ada siapa-siapa. 
Encik Suami : Dan awak ingat saya suka ke saya sorang kat sini dengan Ica, awak tak der.

*tersebak : ini sebenarnya bukan mudah bagi kami suami isteri*

merujuk kepada ayat dalam gambar tersebut


Inilah kami. Tidak akan berada dalam mode serius bagi satu tempoh masa yang lama terutamanya Encik Suami. Nak berlebih-lebih bukan di muka buku lah kan. Kalau terlebih di muka buku ada pula yang tak pasal sentap mak jemah. Kan ke haru? Hehe. Saya tidak akan bertanggungjawab dengan orang yang sentap mak jemah nih. Lagi-lagi kalau spesis mak jemah yang nak tahu tentang kita lepas tu sentap dalam diam bila kita dah bagitahu tentang kita. Faham tak? Tak faham sudah. Huhu.

Ok, back to the topic. Encik Suami tidak miskin kerana beliau telah menyediakan segala keperluan kami dengan hasil titik peluh sendiri. Rumah tempat berteduh atas nama beliau. Kenderaan untuk bergerak atas nama beliau. Keperluan asas makan minum dan pakai. Sejak saya telah bekerja tetap, ada mulut berkata "duit bini lah tu" bila Encik Suami beli motosikal baru tempoh hari. Walhal, Encik Suami menggunakan duitnya sendiri. Mungkin ada banyak lagi kata-kata yang dilontarkan oleh kebanyakan orang tapi Encik Suami sering mengingatkan saya untuk membiarkan.

Tapi, kalau betul sekalipun itu duit Cik Isteri - so??! Kan? Suami isteri susah senangnya bersama. Kalau rezeki saya lebih, apa salahnya saya membantu dalam perbelanjaan keluarga. Encik suami dah sediakan rumah, kenderaan dan keperluan yang lain maka saya perlu membantu dari sudut yang lain. Pangkat mahupun status saya di pejabat akan tinggal di pejabat. Once saya melangkah keluar dari pejabat, sayalah Cik Isteri kepada Encik Suami dan Puan Mak kepada Cik Anak. Wajib bagi saya untuk mentaati suami. Wajib juga bagi saya untuk ke dapur untuk juadah suami.

Toleransi dalam sebuah rumahtangga itu penting. Saya tidak pernah membawa watak saya di pejabat dengan di rumah. Walaupun sebenarnya di pejabat saya sangat tidak pandai mengarah orang walaupun pengagihan tugas. Kebiasaannya, staffs saya yang tahu-tahu / pandai-pandai memilih task yang perlu mereka buat. Alhamdulillah. Walau siapa pun kita di pejabat, jangan sesekali kita membiarkan perwatakan di pejabat itu bersama suami. Saya sangat menjaga perkara ini sebab saya tidak akan membiarkan Encik Suami saya terguris hatinya. 

p/s : Ya Allah. sihatkanlah suami dan anak tuan rumah ini. sembuhkanlah mereka dengan penyembuhan Mu. penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. aamiin.

Dec 26, 2012

Hidup : Manusia Merancang

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu yang lepas kami merancang untuk pergi kenduri teman saya, Arina Mohd Rosli di KL. Kesihatan puteri hati seorang tidak begitu baik setelah berjaya menapak lebih kurang 10 langkah pada hari sebelumnya. Kali ini saya beranggapan mungkin ada benarnya Arissa demam nak berjalan. Hehe. Arissa muntah dan suhu agak suam-suam kuku, 38dc. Ralat sebab Arina sanggup terbang ke Sarawak untuk menghadiri kenduri kami tahun lalu. Tapi lagi ralat sekiranya saya bawa Arissa jalan jauh ketika kesihatannya tidak begitu baik.

Ahad. Demam masih suam-suam kuku. Tak muntah. Tak meragam. Tetap aktif. Kami pergi membuat sistem barter di AEON (kertas dan barang :p). Niat asal nak beli barang untuk diri sendiri. Tapi. Seperti kebiasaan. Satu botol Mag Mag Pigeon, satu permainan Leap Frog Dinasour dan dua pasang baju Arissa nilainya hampir bersamaan dengan nilai sepasang kasut / seutas bag yang idaman hati. Hati lebih dari gembira bila melihat anak begitu asyik dengan musik ABC dari Dinasour sambil minum dengan botol Mag Mag.

Beranggapan Arissa sudah beransur sihat, kami merancang ke LWOT pada hari Isnin. Bangun pagi, saya rasa seakan-akan badan Arissa panas sedikit. Kami ke rumah Mak Tok Arissa. Ayah Arissa pergi mencari barang untuk kereta tok Arissa. Saya ambil kesempatan pergi ziarah ibu Arissa dan hantar barang-barang yang telah dibeli untuk ibu. Petang kami ke Parade untuk mengintai SALES sambil saya mengintai barang idaman hati. Arissa dengan tiba-tiba muntah lagi. Tanpa menunggu lama kami balik. Singgah pasar malam Tasek. Arissa lepas muntah terus selesa.

Selasa. Arissa tak sihat lagi. Kami bersantai di rumah. Masak bubur berlaukkan brokoli, kobis, lobak merah dan ikan merah. Lebih dari biasa sebab 25 Disember bermaksud Arissa sudah 11 bulan. Saya perasan Arissa ada sedikit batuk-batuk. Lepas makan, dia batuk dan muntah. Petang sebelum ke rumah mak tok, kami singgah makan di Ayam Penyet. Arissa tiba-tiba muntah lagi selepas batuk kecil. Bergegas balik bawa Arissa ke Poliklinik Azhar dan Rakan-Rakan. Doktor kata demam Arissa tidak sampai tahap perlu antibiotik dan ada sedikit kahak sahaja. Tidak serius.

Alhamdulillah. Sepanjang 11 bulan Arissa bersama kami, ini kali pertama Arissa batuk. Batuk dan termuntah itu normal bagi saya. Anak kecil usianya 11 bulan tak tahu bagaimana untuk mengawal batuk sendiri. Sedangkan kita adakalanya gatal-gatal tekak tak tertahan rasanya. Apatah lagi Arissa. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan menjaga Arissa ketika kesihatannya tak begitu baik setelah sejak lebih 4 bulan yang lalu saya kehilangan saat-saat begini. Saya yakin Arissa boleh melawan anasir-anasir yang tidak baik itu dengan pantas.

Arissa dah boleh menapak beberapa langkah. Semoga segala yang dirancang untuk akan datang berjalan dengan lancar. Dalam tempoh sebulan, Arissa InsyaAllah dah boleh berjalan penuh yakin. Hehe. Semoga kesihatan Arissa juga mengizinkan dan saya mendapat kelulusan cuti. InsyaAllah. Sesungguhnya, perancangan Allah itu lebih baik.

p/s: 2012 tak habis lagi dah fikir pasal tahun depan. hehe. haruslah kan~! 2 Januari terus mohon cuti. Ngeeee.

p/s/s: mak doakan Arissa sihat sentiasa sayang.

p/s/s/s: love and hugs to ayah Arissa dan Arissa. wink!!!

Dec 24, 2012

Milestone : 10 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Esok NAB dah 11 bulan! Hoyeah! Kali ini mak Arissa update lebih awal sebab mak Arissa ada sedikit masa lapang. Mak Arissa cuti hari ini. Arissa tengah tidur. Ayah Arissa pun tak balik lagi dari mencari barang untuk tok nya. Sekejap lagi Arissa nak sambung shopping. Muahahaha.

Dalam usianya 10 bulan, ada beberapa perkara baru yang Arissa buat sampaikan saya rasa nak cium-cium dia sepanjang masa setiap kali balik Ipoh. Geram kot! Huhu. Seronok tengok perkembangan Arissa. Well, everyone does. Right? Bukan saya seorang ada anak yer dak? Hoho.

Arissa dah boleh faham kalau kita kata, "sayang mamak ca..or sayang ayah ca..." She'll came to us and gave her lovely kiss with the sound mmuahh. How sweeet~!! Bila kita suruh dia buat lagi dan lagi... Last sekali dia akan gigit mana-mana bahagian yang dia cium tuh! Padan muka mak ayah dia. Tak faham dia letih asyik nak kena sayang mak ayah dia. Hehe.

Arissa juga dah boleh bersalam. Bila cakap salam sambil hulur tangan, Arissa akan sambut tangan kita dan dengan pantas bawa ke mulut, kiss dan terus lepas ibarat sepantas kilat. Auw~! Bagi lagi tangan, cukup tiga kali habislah jari-jemari awak kena gigit. Huhu. Memang anakanda seorang itu cepat bosan. Kerjanya pun nak menggigit saja. 

Arissa juga dah boleh sebut perkataan Allah bila dia jatuh. Jatuh je Allah. Tapi, kalau dah malas memang tak lah kan. Mintak mahap la nak cakap apa. Nangis cepat sikit mak ayah pergi respond. Kah3. Kalau ayahnya solat, Arissa akan pergi dekat dengan sejadah ayahnya. Bila ayahnya sujud, Arissa turut sujud dengan menonggeng depan ayahnya. Haha. 

Dan pencapaian terbesar sebelum usianya 11 bulan. Arissa dah melangkah beberapa tapak! Weeehuuuu! Mak Arissa yang happy sangat-sangat plus teruja gila. Wakaka. Belek-belek handphone ayahnya on the way balik rumah Jumaat lepas nampak video Arissa bertateh, Allahhuakbar. Memang rasa nak melompat time tu jugak. Happy giler. Hihihihi. Over mak Arissa kan? Hihi.

Semalam shopping dalam Arissa separa demam. Yes! Betul kot demam nak berjalan. Hihi. Beli kan Leapfrog Dinasour ABC. Bukan main lagi Arissa bergoyang bila dengar lagu ABC. Hehe. Arissa kena belajar betul-betul tau. Bukan harganya 7 ringgit. Haha. (mak berkira sungguh! lalalala.)

Ok. Arissa nak pergi memborong dengan duit ayah lak. Hihi. Bye!

Dec 17, 2012

Terima Kasih Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan menyebut asmaMu ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
Puji syukurku atas segala nikmatMu untuk ku
Telah kau berikan aku seorang pendamping hidup
Yang sentiasa menjaga dan melindungiku
Berjalan sejajar dengan ku
Yang dengan cinta dan sayangnya mampu menghapus segala lara
Yang segala hidupnya diserahkan untuk menyayangiku
Yang dengan cintanya padaMu mampu mengecup hatiku ketika ku berduka
Ya Allah ku mohon padaMu
Kini berilah ia kemudahan dalam melangkah
Berjuang mencari keredhaanMu
Berjuang menjemput rezeki yang Kau takdirkan untuknya
Berjuan untukku dengan cintanya padaMu
Ya Allah Maha pengabul doa
Terimalah berjuta doa dan harapku
Balaslah segala keluhuran dan kesabarannya
Balaslah segala kebaikan juga amarahnya
Dengan cintaMu
Ya Allah sang pemilik hati
Sampaikan berjuta sayangku untuknya
Sampaikan sejuta cintaku padanya
Dan sampaikan terima kasihku yang sangat untuknya
Kerana telah bersedia menyatu dalam satu rasa
Dengan segala macam kunci syurga yang Kau pilihkan untukku
Ya Allah sampaikan salamku pada baginda Rasulullah
Yang telah begitu banyak mengajarkan cinta dan kasih sayang
Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati
Maka kabulkanlah doaku
Amin ya Rabbal A'lamin

Dec 14, 2012

Milestone : 9 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Lebih kurang dua minggu lagi nak masuk 11 bulan. Mak baru nak cerita pasal 9 bulan. Sampai rasa terlupa perkembangan sebenar. Entah-entah yang dalam fikiran nih perkembangan pasal 8 bulan dulu atau 10 bulan. Hihihi. Banyak makan semut gamaknya mak Arissa nih. Muahahah.

Arissa masih lagi berdiri. Dah boleh berdiri sendiri. Tapi tak lagi punya keberanian atau mungkin malas mahu cuba melangkah. Agaknya selesa dengan merangkak. Lebih pantas bergerak. Style merangkak pun dah berbeza. Dah macam ketam pulak kami tengok. Hahaha. Merayap serantau alam. 

Tempoh hari atuk Arissa masuk hospital. Encik suami SMS, "siaplah awak. arissa dah kenal orang. atuk tak jumpa dua hari pun dia nangis tak nak. apatah lagi awak". Wakaka. Dengan yakin saya membalas, "dengan saya mesti okay punya". Encik suami, "kenapa". "the bond of mum and daughter". Haruslah kan. Kalau tiba-tiba Arissa tak nak kat saya, memang sentap mak jemah lah. Huhu. Eh. Pandai apa ni? Hehe. Dah kenal orang sangat. ;D

Atas sebab Arissa rajin sangat nak bergerak dengan menolak kerusi plastik kecik mak tok, kami beli Push Walker. Tolak kerusi kan tak selamat. Bahaya. Bila ada Push Walker konon biarlah dia pusing serata rumah dengan benda beroda. Tapi!!! Non Hado! Sekejap je dia tolak. Sekejap je dia tekan-tekan punat yang ada kat depan tu dengar bunyi. Lepas tuh, kat bilik tempatnya. Nasib baik ayah tak bagi mak beli Fisher Price idaman tau. Kalau tak lebih kurang macam ni mata mak -> $__$. Eh, bukan Fisher Price pun dekat nak 100 jugak. Isk. Isk. Isk. Cukup time nak jual pre-loved. Lalalalala.

Obviously, Arissa kenal kucing. Haha. Sebenarnya, takut kucing. Tengok dari jauh bukan main excited. Bila dekat, terangkat-angkat kaki. Hari tu pergi zoo, bila tengok harimau dia terlebih excited. Tunjuk-tunjuk siap buat bunyi lagi. Agaknya nak bagitau itu kucing kat kami kot. Kucing saiz besar. Keh3. Alang-alang cerita pasal zoo, Arissa jatuh dari katil masa pergi Muar hari tu. Baru sekejap kami terlepas pandang, dah gedebuk. Nangis sekejap pastu mula balik ligat atas katil. Hihihi.

Oh, pada usia 9 bulan juga Arissa dah kenal nama dia. Bila sebut nama penuh, semangat angkat tengan. Tapi Arissa jarang sekali nak buat bila saya yang sebut nama. Kalau dengan ayah dia amboih~! Jeles mak tengok video si anak bersama ayah. Anakku oh anakku.

Apa lagi eh? Ha..baru teringat. Kalau anak kawan encik suami tahu mana nak tunjuk gigi. Arissa pulak, hahahaha. "ica...mana baby ica mana?" Soalan spontan dari saya ketika kami dalam perjalanan ke Muar. Terkejut kami bila Arissa bersungguh-sungguh mengintai bawah kerusi, celah-celah kerusi, kerusi belakang, intai pulak dekat pintu dan lepas tuh tengok muka saya. Hahahaha. Kelakar. Kenal pulak dia baby. Lagi kita tanya mana baby, sian baby ica tinggal, tah kat mana la baby. Lagi dia berpusing-pusing mencari. Haha.

Ok lah. Entri caca merba dah nih. Tah yang mana satu dulu, mana satu kemudian saya pun tak pasti. Hahaha. Kena catat betul-betul nih. Hihihi. Ok, bye!

p/s: memikirkan sambutan ulangtahun pertama N.A.B. it might be no such party, but insyaAllah will try make it as a special day for her. arissa kena dah boleh jalan tau masa tuh. baru lebih special. semoga cuti tidak dibekukan bulan depan. huhu.

Anak : Anak Lembu?!

Assalammualaikum. Hai.


Eh? Tak perasan muka FB sendiri pun kena highlight merah. Hahaha. 

Orang ini buat saya betul-betul aaaannngggiiinnn di tengah-tengah malam. Terus naik geram baca. Siapa entah yang anak lembu?! Sebelum ini baca kisah orang je, tapi kali ini dalam komen yang ada diri saya jugak. Haa... Nasib baik saya masih mengekalkan sikap bersopan. Kalau jenis anak lembu macam tu agak-agak nak bersopan tak? Geram betul!

Bukan nak cakap la. Tapi pengalaman la sepanjang lebih 10 bulan jadi mak nih kan. Ramai yang tak menjaga sangat tutur kata / penggunan bahasa. Sebab tu saya suka nak remind family saya dan close friends, "jangan bermain kata. nanti terkena kat muka. kelu lidah tak terkata. orang bukan sengaja ketawa suka. tapi padan muka". 

Hamba Allah yang kat atas tuh, baru sahaja bergelar ayah seminggu yang lepas. Anak sulung. Anak fresh lagi. Susu isteri tengah melimpah-ruah lagi. Itu gamaknya berani benar nak buat statement macam tuh. Bercakap / Menaip perlu tengok kiri kanan dan sensitiviti orang. Kalau setakat kata jangan malas nanti anak malas jugak saya boleh terima. Tapi, part tiba-tiba nak kata anak manusia anak lembu....

Nak jugak tengok sampai rezeki anak awak tu nanti dengan susu ibu sampai umur berapa. Kita kena tau rezeki Allah bagi pada setiap anak tu tak sama. Kang terkedu tak sampai sebulan dah kena bagi susu lembu. Baru tau langit tu tinggi ka rendah. Ha.. Geram dah ni. Time macam ni sepatutnya solat tengah malam tapi dia buat pasal pulak.

Gurau? Ada cara lain kot nak gurau! Ok lah! Semoga Allah mengurniakan susu ibu yang melimpah ruah buat anaknya. Aamiin.

Dec 13, 2012

Anak : Tak Bersedia?


Assalammualaikum. Hai.

Seronok bila dengar para ibu mengandung lagi. Anak belum sampai setahun dah mengandung anak yang kedua. Murah rezeki. Alhamdulillah. Jujur, kadang-kadang saya rasa macam 'NAK JUGAK'. Hehe. Eh, naluri hati seorang perempuan - itu normal. Tapi, itulah. 

Buat masa ini saya macam belum bersedia. Fizikal insyaAllah bila-bila masa. Ecewah! Eh, ini bukan ayat penyata yang riak tapi mengikut rasa sihat tubuh badan insyaAllah dah bersedia. Hehe. Walaubagaimanapun, persediaan mental rasanya tidak mencukupi lagi. Eh! Haha. Macam nak mengandung esok pulak ye. 

Kami suami isteri merancang untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Tapi, sejak saya berseorangan di KL dan keputusan kami untuk duduk berjauh maka kami rasa mungkin lebih lagi. Ok! Bukan lah sepenuhnya kami, tapi saya. Ikutkan encik suami, lagi cepat lagi baik.

Seandainya Allah anugerahkan juga, kami terima dengan hati yang terbuka dan saya juga akan kata yeay! Nak dapat baby lagi. Fitrah seorang mak dan ayah suka menerima cahayamata. Kan? Ye lah, sebaik mana kita merancang Allah perancang terbaik. So, kita merancang dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.

Kenapa tak bersedia lagi? Alasan pertama sejak awal-awal lagi; saya nak tumpukan sepenuh perhatian terlebih dahulu kepada N.A.B. Kononnya kesian anak kecik lagi dah nak dapat adik. Takut nanti terbiar. Kurang perhatian. Tak cukup kasih sayang. Ok fine! Saya memiliki sedikit pemikiran tipikal. Ini kes nak kata bagi selang 2 tahun.

Alasan kedua, alasan terakhir - kes mungkin selang lebih dari 2 tahun; saya tak dapat bayangkan kalau saya mengandung lagi. Duduk KL seorang diri, turun dari tingkat 8 berjalan menuju ke LRT, berhimpit-himpit dalam LRT, naik turun jejantas, berjalan lagi ke bangunan tinggi naik tingkat 16 bawa perut ke depan. Tak sanggup nak bayang. T___T

Bayangkan, hidup sebatang kara. Balik kerja tengok dinding. Balik kerja penat-penat, tengok muka kawan serumah. Kalau sakit-sakit pinggang, siapa nak tolong urutkan? Kalau masa emosi tak stabil, siapa nak tolong tenangkan? Kalau kaki kejang, nak menangis-nangis kejutkan siapa? Kalau teringin nak makan apa-apa tengah malam, siapa nak tolong belikan? 

Ok, sekarang pun air mata dah mengalir. Apatah lagi kalau betul-betul mengandung. Sedih bila membayangkan, sedih lagi bila mengenangkan. Lebih haru bila nanti dah melahirkan, anak dah cukup tiga bulan saya kena tinggalkan dia untuk bekerja. Agak-agak mungkin boleh meroyan akibat tertekan. Isk. Isk. Isk. Nauzubillahhiminzalik.

Ehem. Ehem. Macam saya seorang yang duduk berjauh dengan suami dan anak? Kecoh sekampung? Rata-rata yang berjauhan, mereka dekat dengan keluarga yang lain sekurang-kurangnya. Rata-rata yang berjauhan, anak mereka ada bersama mereka. Bezanya dengan saya, saya sememangnya bersendirian. Tak ada saudara mara yang terdekat. 

Kalau apa-apa jadi pada saya sekarang pun memang mengharap ihsan kawan serumah semata-mata. Oleh sebab ini jugalah kami suami isteri membuat keputusan untuk duduk berjauhan dahulu. Kalau tiba-tiba saya ada urusan luar dan encik suami pula sibuk, N.A.B macam mana? 

Sekadar dua alasan kenapa saya tidak bersedia. Tetapi, jangan salah faham. Saya tahu para ibu semua mampu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Tidak kira jarak yang dekat mahupun jauh. Cuma, saya ingin nasihatkan janganlah sesekali abaikan anak. Saya melihat dengan mata, mendengar dengan telinga - pengalaman yang terpampang jelas di depan saya.

Alasan saya berdasarkan 'drama' yang saya tonton secara 'live' serta 'drama' kehidupan saya sendiri yang berjalan atas kaki sendiri di bumi orang. Tapi, saya tak sabar jugak nak ada next baby! Nak tengok N.A.B sayang adik-adik sendiri. Sekarang kerja nak cium adik cousinnya dan 'baby' dia. Alolololo. 

p/s pernah tersentap lewat period. wakakakakaka. 

Dec 12, 2012

Hidup : Jawapan Kepada Persoalan

Assalammualaikum. Hai.

Kebelakangan ini, saya sering dihujani dengan soalan-soalan :

"bila suami nak pindah sini?"

"suami boleh pindah kan?"

"tak stress ke berjauhan?"

"sampai bila nak berjauhan begini?"

Dan hati saya tersentuh apabila ada seorang hamba Allah berkata:

"tak apalah kalau ok berjauh."

Saya pelik, kenapa orang suka menjadikan jawapan-jawapan saya sebagai satu helah dari saya. Tidak mungkin saya mahu berhelah atau mencari alasan sedangkan hati saya meronta-ronta mahu bersama suami dan anak saya. Sepotong ayat yang dilontarkan seolah-olah kami tidak punya perasaan dan kami gembira berjauhan. Mungkin saya terlalu sensitif hinggakan saya menjadikan ini sebagai punca saya begitu terkesan membaca sepotong ayat itu.

Saya tidak ada jawapan yang tepat untuk setiap soalan buat masa ini. Bila encik suami akan berpindah ke sini; kami tidak pasti. Tapi tidak mungkin sehingga kami sudah menjadi si bongkok kaki tiga. Suami boleh pindah; bila-bila masa sahaja tapi kesesuaian perlu diambil kira. Tak stress bila berjauhan; Allah SWT sahaja yang tahu apa yang telah kami lalui dan lebih lagi saya.  Sampai bila berjauhan bergini; sampai diizinkan Allah SWT untuk kami hidup dibawah satu bumbung semula.

Kami tidak meminta begini tetapi Allah SWT telah susun dengan cantik perjalanan kehidupan kami begini. Setelah pelbagai urusan dipermudahkan olehNya, Allah berikan sedikit ujian supaya kami tidak lupa akan Dia. Bertapa kasihnya Allah SWT pada kami. Kekuatan yang kami ada sebenarnya datang dari Allah SWT. Saya sendiri tidak sangka saya boleh dan InsyaAllah saya redha dengan kehidupan saya sekarang. Malah saya bersyukur dengan nikmat kurnia yang Allah berikan pada kami sekeluarga.

Seringkali kita diingatkan, "jangan melihat kepada mereka yang berada di atas, tetapi keraplah melihat kepada mereka yang berada di bawah - lantas kamu bersyukur akan apa yang kamu miliki". Suka saya memetik sepotong ayat dari sebuah buku karya Dale Carnegie yang bermaksud, "jarang sekali kita melihat apa yang kita ada tetapi seringkali kita melihat apa yang kita tiada". Saya juga suka dengan sepotong ayat dari Hami Asyraff, "redha itu bukan mudah. tapi redha itulah menghilangkan hati yang resah". 

Nikmat yang Allah berikan disebalik kejauhan ini yang paling ketara ialah; saya dan Nur Arissa Batriesya memiliki seorang lelaki yang terlalu banyak melakukan pengorbanan buat kami. Lelaki ini yang pada mulanya tidak yakin dan teragak-agak untuk menjaga anak kecil tetapi kini, segalanya Mr. Mama. 

Saya teringat dulu-dulu saya pernah bermain kata, "lepas bersalin suami yang jaga semua. isteri dah melahirkan". Allah Maha Mendengar. Betul, kini Arissa dibawah jagaan suami saya sepenuhnya. Saya cuma bersama mereka pada hujung minggu. Itu pun, encik suami yang akan bangun tengah malam untuk bancuh susu puteri hatinya. Si isteri sekadar menepuk-nepuk si anak. Hehe.

Walau apa jawapan yang kami beri, kami tahu tidak mungkin akan memuaskan hati semua orang. Kuatnya kami dengan keputusan kami adalah dari Allah SWT juga. InsyaAllah keputusan kami kini adalah yang terbaik. Kami mahukan yang terbaik untuk puteri hati kami. Biarlah dia membesar dalam persekitaran yang terbaik. Ya, kasih dan perhatian seorang mak itu berbeza. 

Tapi saya yakin, pada satu ketika Arissa sudah mengerti dia tahu akan pengorbanan emaknya. Arissa tetap bahagia bersama ayah, tok, maktok, makcik dan pakcik serta ibu. Mak Arissa balik tiap-tiap minggu juga. Bukan tak balik. Kan? Tak apa lah penat sedikit berulang-alik asalkan anak mendapat yang terbaik.

Aturan Allah SWT kepada kita semua telah tersusun indah:

Kami berjauh. 
Allah hadirkan ibu dalam hidup Nur.
Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Arissa.

Allah memberikan rezeki melimpah ruah kepada Batriesya.
Lantas nikmat apakah yang mahu kau dustakan.

Bukan tidak kasih.
Bukan tidak cinta.
Bukan tidak sayang.
Kerana kasih, cinta dan sayang.
Kami tidak mahu terburu-buru.
Kerana kami tidak mahu.
Kami bertindak melulu.

Dec 11, 2012

Info : Angkat Jari Ketika Duduk Tasyahud

Assalammualaikum. Hai.

Kali ini nak berkongsi sedikit tentang pergerakan kita dalam solat. Ketika duduk tasyahud, kita akan mengangkat jari telunjuk kita. Betul tak? Maka, kali ini saya anak kongsi apa yang telah saya baca berkenaan mengangkat jari ketika duduk tasyahud.

Isyarat Jari Semasa Tasyahud

Hadis yang terdapat dalam bab isyarat "musabbihah".

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Nabi s.a.w. apabila duduk semasa solat, Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jarinya yang selepas ibu jari (jari telunjuk) dan kemudian berdoa ketika itu." (Riwayat Muslim, no. 113)

Daripada Ali bin al-Ma'awi bahawa beliau bersolat di sebelah Ibn Umar r.a. dan padanya Abu Bakar berkata : "Aku nampak Abu Bakar al-Siddiq menggenggam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk." (Riwayat Humaidi)

Kefahaman daripada dua hadis di atas ialah, riwayat pertama dan kedua daripada hadis sahih di atas menjelaskan dengan terang, sunnah Nabi s.a.w. untuk menaikkan jari telunjuk. Walaubagaimanapun, dalam kedua-dua hadis di atas, tiada yang menyebut tentang Nabi s.a.w. menggerakkan atau menggoyangkannya. (Kajian pentahqiq dalam Nuzhah al-Nazr Tawdih Nukhbat al-Fikr, Dr. Abd Sami' al-Anis, hlm. 146)

Berkata para ulama, dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahud kerana kaitannya, ia bersambung terus ke hati, maka dengan menggerakkannya dapat mendatangkan kekhusyukan. (Subul al-Salam, jil. 1, hlm. 363)

Hikmah menaikkan Jari Ketika Tasyahud

Jawapannya diperoleh daripada Ibn 'Abbas r.a. ketika beliau ditanya soalan yang sama, beliai menjawab: "Ia adalah tanda ikhlas." (Riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Nawawi pula berkata selepas itu: "Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah kiblat dan berniat ketika itu 'tauhid' dan 'ikhlas'." (Sharh Sahih Muslim)

Apa yang korang rasa ketika berbuat demikian? Tepuk dada tanya hati. Semoga ibadah kita semua diiterima oleh Allah s.w.t. Wallahhua'lam. 

Dec 5, 2012

Hidup : Spontan Suami Isteri

Assalammualaikum. Hai.





Encik Suami : Awak..sini jap.
Cik Isteri : Kenapa?
Encik Suami : Sini la... (hulur tangan..)
Cik Isteri : (sambut konon ingatkan suami nak bangun..)
Encik Suami : Cium..
Cik Isteri : Hah? Kenapa?
Encik Suami : Cium la tangan saya..
Cik Isteri : (menurut perintah)
Encik Suami : Dah. Boleh pergi mandi sekarang.
Cik Isteri : Hahahaha. Hampeh!

*****************************************
Dia masih kawan saya yang dulu.
Dia juga masih teman lelaki yang dulu.
Dia tetap encik tunang yang dulu.
Encik suami yang menyatakan Aku Terima Nikahnya dulu.

(^_______________^)



notadyatie: para suami semuanya romantis. cara mereka sahaja berbeza dan terpulang kepada para isteri untuk menilai. makanya, jangan pernah membandingkan, mengharapkan dan mendesak suami agar menjadi seperti suami si polan. itu tidak akan memberikan kebahagiaan sebenar. bila kita sama-sama menjadi diri-sendiri, insyaAllah kemanisan dalam rumahtangga berpanjangan hingga ke akhir hayat. 

Nov 30, 2012

Hidup : Sekadar Wish

Assalammualaikum. Hai.

Wish. Toyota Wish. Hihihi. Last time (maybe 2 years back kot), saya punya impian nak Toyota Wish. Tetapi, seiring dengan pertambahan umur sementara nak tunggu mampu - dah ada banyak kereta yang buat kita rasa WOW! Hoho. Maka, for the time being till 10 years ahead rasanya akan terus berkata WOW je lah. Belasah cukup-cukup kereta encik suami. Muahahaha.

Tiba-tiba pulak kan cerita pasal wish2 nih. Ngeee. Actually, since yesterday saya nampak keluaran baru Samsung. Dan hari ini nampak lagi dalam newspaper The Sun. Bukan smartphone tapi Smart Camera kot. Haha. Samsung Galaxy Camera. WOW! Mak Arissa terus terpikat. SMS encik suami untuk google dan di balas dengan, "jangan nak ngada-ngada". Wakaka. Perasaan tu meronta-ronta sebab harganya pun lebih kurang dengan Samsung Galaxy Tab tuh. Mungkin tambah sikit jer kot. (eh? adakah Samsung GT merupakan sasaran? haha. tiba-tiba lak nak compare dengan Samsung GT. huhu.)

Jiwa yang meronta-ronta itu tak lah sampai rasa macam NAK JUGAK! Tak. Tapi, kalau saya sebetulnya bersama Nur Arissa Batriesya dan encik Mohd Fadhlil Rahman - mungkin percentage nak kata NAK JUGAK itu sangat tinggi. Sebab fokus saya sebenarnya lebih kepada si cucu nek wan dan nek aki seorang itu. Samsung Galaxy Camera, lepas ambil gambar boleh terus upload. DSLR Nikon ayah Arissa tak boleh. Hoho. Kena transfer dulu. Ngeeee. So, WOW dulu lah. Mana tahu ayah Arissa nak  jual DSLR Nikon. Boleh kenyit-kenyit mata nak Samsung GC. (hahaha. mimpi ke bintang la. =P)

Semua orang ada banyak wish dia kan. Ada yang siap buat list lagi. Hihi. Saya tak pernah buat list sebab saya boleh tahan jugak berubah-ubah wish tuh. Contoh macam kereta tu tadi. Walau macam mana kuatnya saya suka sangat dekat si Toyota Wish, sekarang saya sangat-sangat suka Range Rover Evoque. Wakkakakakaka. Hebat tak wish mak Arissa nih? Haha. Eh, siapa tahu yer dak? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Keh3. Itu wish yang hebatlah. Saya juga berkenan dengan Toyota Prius C TRD Sportvio. Wallaweh! Sangat tergoda dengan Prius C berwarna merah dekat parking lot tu ha. Huhuhu.

Wish yang seterusnya - iPad untuk Nur Arissa Batriesya. Time being tak lah important sangat nak beli awal-awal. So, bak kata orang boleh kumpul duit lagi lah. Hehe. Kalau boleh beli sekarang pun silap-silap tak lama tempoh hayat dek terkena dengan air liuh meleleh-leleh tuh. Isk. Isk. Isk. Air liur Nur Arissa Batriesya tuh power sebab handphone mak ayah dia kedua-duanya jadi tak betul sebab air liur dia. Kui3. Tujuannya, of course for the process of learning which is kids nowadays mostly learn from the technology. Tak tau la kalau few years ahead ada yang lagi hebat dari si iPad kan? Hohoho.

Wish nak ke Paris memang sejak dulu-dulu. Sejak zaman Eiffel In Love. Hahaha. Nak sangat duduk depan Menara Eiffel bersama pasangan aka encik suami tercinta. Dan sekarang nak anak sekali join duduk sama-sama depan Menara menikmati suasana malam di Paris. Auw! Terbayang-bayang depan mata moment yang semestinya indah dah manis-manis gitu. Oh! Penangan filem Indon tu memang terbaik lah. Sampai dah beranak seorang pun otak masih lagi nak ke Paris. Selalu juga tengok promo Air Asia. Tapi, berinar-pinar bijik mata. Walaupun rasa nak bawa anak ke overseas tapi Paris jugak yang saya click. Tak pandang Bali, Bandung, Phuket, Krabi, Tokyo, Seoul, Gold Coast, etc. Eh? Apakah? Kalau Paris macam berpinar-pinar, terus tengok tiket balik Sarawak. Haha. Camner nak ke oversea kalau dah kampung over the sea. Keh3.

Eh! Seronok pulak berwish nih. Ada banyak sangat. Tapi, seperti yang jelas pada tajuk, sekadar wish. Pastinya saya ada wish yang lebih utama, lebih penting dan lebih relevan. Saya yakin hampir semua wish / pengharapan yang utama itu sama. Kan? Ok lah korang. Ikutkan nak selitkan gambar-gambar tapi biasalah, update guna email. Ngeee. Eh, kira ok lah kan boleh update guna email. Bosan-bosan boleh update. Kah3.

p/s: hari ini majlis farewell PA bos yang akan ke oversea follow husband. ini bermaksud, makan makan dan makan. ada sizzling, kuah durian, bihun, nasi kerabu, roti john, cekodok dan kuih muih. macam mana tak gemuk? @_@

Nov 28, 2012

Info : Sakit Rengat

Assalammualaikum. Hai.

Pernah dengar sakit rengat? Saya tak pernah sebab kalau Sarawakian, kami panggil 'darah guk'. Hehe. Puas recalled tapi tak berjaya. Semata-mata untuk entri ini, saya SMS mak. Muahaha. Alkisahnya, saya baca tentang sakit rengat nih dalam Pa&Ma. Hehe. Saya bukan pelanggan Pa&Ma tapi setiap bulan saya beli. Ngeee! Hobi kot. =P

Okay, back to the topic. Sakit rengat nih berpunca dari darah yang tak habis keluar dari dalam badan kita. Sepatutnya, selepas bersalin badan kita dah bersih dari darah-darah yang setelah sekian lama terkumpul. Lebih kurang 3 hari selepas saya bersalin dan buat pemeriksaan normal di KKIA - nurse yang check perut saya buat muka pelik yang buat saya risau. Tekan tekan perut. Cari cari. Katanya, "takder". Sister kata, "baguslah dah tak ada. cepat darah awak keluar semua". Saya? Blur. Tak faham.

Bila balik rumah, pada hari yang ketujuh - mak bidan datang untuk mengurut. Katanya, "ada lagi darah guk nih". Saya? "eh? misi kata dah tak ada hari tu". Mak bidan, "misi apa je yang dia tau". Haha. Hebatkan mak bidan? Misi pun kalah oh. Hihi. Tapi, since saya tak ada rasa sebarang sakit-sakit maka saya assume nurse betul. Wakakaka. Walaubagaimanapun, saya tetap teus berpilis dan bertungku. Mak cakap dia yakin yang pilis saya tuh yang buat darah saya cepat clear. Saya pakai Mustika Ratu je. Hehe.

Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri maka mereka berisiko mendapat sakit rengat. Menurut bidan urut berpengalaman, Zainab Ibrahim, kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang diserang rengat sama seperti kesakitan kontraksi hendak melahirkan anak. Ketulan darah yang bergerak-gerak dalam rahim ibu atau merian seolah-olah seperti ada seorang bayi lagi yang perlu dikeluarkan. 


Huhu. Boleh bayang tak? Sakit macam rasa nak berak sangat tuh? Tapi kan, saya rasa macam saya pernah rasa yang seolah-olah rasa nak bersalin lagi tuh. Haha. Cuma saya tak pasti samada itu adalah perasaan saya atau sememangnya darah tersebut yang masih berkumpul dan belum keluar. Sebab, saya rasa macam tu cuma pada awal malam pertama bersama Arissa di Hospital. Masih ingat lagi saya SMS mak yang lebih kurang berbunyi begini, "mak, orang rasa perut orang ni macam nak bersalin lagi". Haha.

Biarpun semasa proses kelahiran, darah kotor ibu sudah keluar banyak bersama uri namun sekiranya tertinggal secebis darah, rasa sakit rengat tetap dirasakan oleh ibu. Kesannya ibu mengalami masalah rahim yang tidak mengecut. Perut ibu tetap buncit sehingga menyebabkan bentuk badan serta wajah sembab atau masih kelihatan seperti wanita hamil.


Pastikan darah beracun ini dikeluarkan sehabisnya sebaik bersalin. Urutan selepas bersalin perlu dilakukan segera seelok-eloknya dalam masa tiga hari. Menurut Zainab ada ibu yang menunggu selepas dua minggu untuk berurut. Keadaan ini membuatkan angin sempat masuk ke dalam tubuh ibu dan jika terdapat ketulan darah kotor yang tertinggal ia sudah sampai tahap beracun.

Bahayakan darah yang tak keluar habis tuh? Bila dah bersalin baru tahu ada juga benda macam tuh. Sebab itu juga saya sangat rajin pasang pilis, sapu minyak panas dan bertungku walaupun realitinya saya malas. Hahaha. Nasib baik berpantang rumah di rumah mak sebab ada ramai yang boleh manjakan. Haha. Kadang-kadang bapak tolong panaskan bata merah untuk saya bertungku. Ngeeee.

Petua-petua:
  • minuman untuk merawat sakit rengat iaitu sediakan segenggam daun terung mangga yang ditumbuk dengan tujuh hirisan kunyit untuk diambil patinya, dengan sukatan dua ruas jari manis. Minum selama tiga hari berturutan atau sehingga sembuh.
  • tumbuk halus kunyit hidup, campurkan bersama air asam jawa dan gula merah. Kacau rata dan minum. Boleh juga ditambah dengan telur ayam kampung. Minum dua hingga tiga kali sehari atau sehingga sembuh.
Sakit yang dialami boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Tapi, kalau kita tak berusaha untuk mencegah, macam mana? Ermmm. Sama-sama kita fikirkan... (^___^)


NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

Nov 27, 2012

Hidup : Pencinta Gadget

Assalammualaikum. Hai.


Nowadays, tengok kiri kanan depan belakang hampir semua pakai telefon pintar. Tak kira apa brand sekalipun. Blackberry. Samsung. Nokia. HTC. Etc. Mak Arissa jer still pakai Nokia X3 – 5MP. Hahaha. Eh! Jangan macam-macam. Nokia saya boleh ber-whatsapp jugak tau. Muahaha. Cuma saya dah uninstalled sebab macam menyampah battery cepat betul habis. Huhu.

Telefon pintar ke tak ke. Itu tidak menjadi masalah buat saya dan encik suami. Alhamdulillah. Kami sama-sama bukan pencinta gadget. Encik suami apatah lagi. Hihi. Telefon encik suami dah lama sangat kot. Asalkan boleh SMS dan call, cukup. Cuma sekarang dah tukar sebab Arissa dah jadikan telefon ayahnya alat permainan – rosak sudah! Kui. Kui. Kui.

Kadang-kadang, saya agak kompius dengan certain orang yang boleh dikategorikan hantu gadget / hantu handphone. Setiap kali ada model baru, walaupun tak sampai 1 bulan guna telefon yang ada – trade in dan ambil model baru. Eh? Tak rasa waste ke? Kalau ada banyak duit, saya ok je. But ada jugak yang tak banyak duit, sanggup berhabis semata-mata nak telefon baru. Eh? Apakah? Seriously! Perkara sebegini pernah berlaku di depan mata. Huhu.

Saya dah berapa kali postponed nak ambil smart phone. Dah banyak kali juga colleagues nasihatkan untuk beli sebab senang nak check email. Huhu. Actually kalau boleh sebaik sahaja keluar dari office nak clear kan mind dari fikir pasal kerja office. Haha. Bayangkan kalau handphone bunyi sebab email masuk dan nak saya siapkan satu report / proposal esok pagi. Tak sampai esok saya dah stress. Wakakaka.

By the way, tipu kalau tak ada keinginan tapi since itu kehendak dan belum kategori keperluan maka saya tak ambil kisah. Tambahan pulak, saya berkenan yang tak berapa nak mampu beli. Harganya lebih kurang sama dengan jumlah gaji saya. HAHAHAHA. Itulah mak bapak selalu pesan supaya ukur baju badan sendiri. Berangan lebih jer. Hihihi. Nak tau handphone apa?






























CCCCAAAAKKKKKKK!!!!!



Wakakaka. Mimpi sampai ke bintang pun belum tentu bisa dapat menggenggamnya. Err? Ke ada sesiapa nak hadiahkan saya? Kalau duit berlebih-lebih tuh boleh la kot ye. LOL!


NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

Nov 26, 2012

Info : Kencing Kotor

Assalammualaikum. Hai.

sumber : google

Pernah tak berdepan dengan masalah kencing macam tak puas tuh? Orang kata, kencing tak lawas. Pernah tak? Saya pernah. Mungkin kerap tapi baru sekarang tahu amende sebenarnya. Huhu. Tak kisah lah kerap ke, first time ke or etc. tapi yang penting pernah. Tak pernah tuh jaga diri baik-baik ok. Kena kencing kotor nih memang sangat tak best. Sebab kita akan rasa macam sakit jer masa kencing dan lepas kencing, rasa nak kencing balik. Kadang-kadang, baru jer tutup pintu toilet dah rasa nak kencing lagi.

Teringat perbualan dengan ex-colleague saya dulu, "kadang-kadang, saya tak sempat nak duduk tempat sendiri dah pergi masuk toilet balik". Huhu. Perasaan kena kencing kotor ini adalah sangat tak best ok. Tak selesa. Boleh dikatakan rasa macam menderita. Saya kena kencing kotor lepas bersalin which was Arissa dah 3 4 bulan kot usianya. Rasa macam nak pakai 'pampers'. Hahaha.

Menurut Dr. Khairiah Seman (Pakar Obstetrik & Ginekologi, Puat Perubatan Barakah - kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis) dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang, seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah.

Ngeri tak baca kesannya? Huhu. Selama ini saya tak tahu dah buat tak kisah bila terkena kes kencing tak puas nih. Kalau tidak silap saya, sekolah rendah saya pernah mengalami benda nih tapi M.A tu cakap, "minum air ais banyak-banyak lagi ye". Selamba jer M.A tu perli saya. Huhu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Saya tak pernah mengalami simptom-simpotm seperti yang dinyatakan oleh Dr. Khairiah. Na'uzubillah. 

Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection) dan kencing tertahan (urine retention). Perempuan secara umumnya lebih senang untuk terkena jangkitan ini kerana salur kencing dan pundi kencing ke luar (urethra) prempuan lebih pendek. Oleh yang demikian, kuman dari luar akan lebih senang untuk masuk ke dalam pundi kencing dan menyebakan jangkitan.

Saya tak ambil apa-apa ubat atau rawatan untuk sembuhkan kencing tak lawas saya. Saya banyak minum air masak walaupun saya rasa macam malas sangat nak pergi buang air kecil. Tapi, pergi buang air kecil yang sebenar dengan lebih kerap adalah lebih membahagiakan berbanding buang air kecil dengan kerap tapi tak lawas. Oh! Sangat tidak best, ok. Trust me! Minumlah air banyak-banyak. Hehe. 

Jika seseorang itu kerap mendapat kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing per lu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan salur kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram. Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Mencegah Masalah Kencing Kotor
  • Minum air yang cukup dan jangan menahan kencing - air minuman mebantu mencairkan air kencing dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap. Oleh yang demikian ia membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  • Pastikan kebersihan bahagian kemaluan / preneum dijaga dengan sempurna terutamanya bagi para ibu yang baru lepas bersalin.
  • Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang - membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  • Kosongkan pundi kencing sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin seperti douches dan serbuk di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
So, seperti biasa. Biarlah kita mencegah daripada mengubati. Bagi saya, minum air banyak-banyak insyaAllah dah boleh mengelakkan kencing tak lawas nih. Saya boleh dikatakan seriau bila dengar benda nih boleh effect ke buah pinggang. Huhu. Insaf mak Arissa minum air banyak-banyak dah. Haha.

Dr Khairiah mengingatkan kepada wanita yang hamil dan selepas bersalin agar mengambil berat mengenai masalah ini. Jika dijangkiti masalah kencing kotor, segeralah mendapatkan rawatan agar tidak merebak lebih teruk. 

Okay uollsss! Saya harap info ini berguna buat semua. Mungkin ada yang dah tau. Mungkin juga ada yang dah baca di Pa&Ma. Mungkin juga ada yang 'oh rupanya yang aku rasa tak puas nak kencing tuh sebab jangkitan kuman'. Mungkin. Hehe. Suka saya berkongsi sebab saya juga mengalami masalah ini. Well, sharing is caring right?! Wink! Wink!

sumber info : solely Pa&Ma.


NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

Nov 25, 2012

Anak : Happy 10th Month

Assalammualaikum. Hai.

Selamat Hari Lahir
10 Bulan
Nur Arissa Batriesya

Tiada kata-kata yang terindah mampu mak ungkapkan selain dari setiap hela nafas mak, mak menyayangi dan merindui Nur dan Mohd. Segenap ruang hati mak diisi dengan nama Arissa dan Fadhlil. Setiap perbualan mak tetap menyebut nama Batriesya dan Rahman. Nur Arissa Batriesya Mohd Fadhlil Rahman. 

Mak suka gambar-gambar kita berdua minggu lepas walaupun hanya dengan kamera Nokia X3 5mp mak as compared to gambar-gambar D90 ayah. Kenapa? Sebab mak tak pernah jangka Arissa akan bertindak balas seolah-olah sememangnya mengerti kita tengah ambil gambar. Yes! Gambar-gambar ini bukan burst tapi Arissa memang senyum bila mak counted 1, 2, 3 sambil tengok kamera. Melampau tak kalau mak kata Arissa anak mak yang bijak pandai. InsyaAllah. Aamiin. (^___^)

apa lah mak ni. asyik2 amik gambar. malas nak layan.

sian pulak kat mak. senyum sikit. :)

eh mak nak lagi. bagi muka buruk sikit! >_<

tak berenti pulak mak ni. senyum sopan lak.

senyum sopan lagi.

senyum bahagia dengan mak.

senyum manis pulak.

senyum manja sama mak.

alamak. arissa dah letih la. huhuhu.

mak tak penat-penat ke.

pelik kite.

kena tengok jugak. nanti mak kecik ati.

Hahaha. Agak-agak betul tak imaginasi seorang mak tentang apa yang si anak tengah fikir tuh? Muahahaha. Setiap doa, mak tidak pernah lupa mendoakan kesihatan anak mak. Selain mohon perlindungan Allah ke atas anak mak dari sebarang musibah, perbuatan yang tidak baik serta dijauhkan dari gangguan jin dan syaitan. Tiada yang lain selain memohon kepadaNya agar anak mak menjadi anak yang solehah, miliki keazaman yang kuat serta bijak pandai. Aamiin. 

p/s: mak tak sabar menanti Jumaat. ^_^


NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

Nov 23, 2012

Cuti-Cuti Melaka [3]

Assalammualaikum. Hai.

Setelah Jalan-Jalan Melaka [1], Makan-Makan Melaka [2] dan sekarang saya sambung dengan Jalan-Jalan Melaka [3]. Lokasinya, Zoo Melaka. Haha. Saya tak tau kenapa memang sejak dulu lagi saya nak sangat bawa Arissa pergi Zoo Melaka. Mungkin sebab dulu saya pergi dengan sahabat saya serta keluarganya, bawa anak-anak sangat fun. Sebab anak-anak itu happy sangat bila jalan-jalan. Bezanya dengan Arissa, she's still a baby yang perlu saya dukung. Hehe.

We couldn't expect that we're always lucky pada musim hujan. Dalam lebih kurang 1 jam, lepas Arissa lunch - awan mendung. So, gambar Arissa di Zoo tak banyak mana. Huhu. Tapi, ok lah nak buat kenangan. Next time pergi Petting Zoo yer sayang, InsyaAllah.


Budak kecik dalam stroller itu sangat bosan okay duduk dalam stroller. Muka memang nak tunjuk muka protes sesaje. Haha. Geram betul kat dak musyuk masyam saya. Ada-ada je cara nak buat diri dia terlepas dari 'ikatan' tuh. Bila dia buat muka masam / muka simpati, mak tak sampai hati kena angkat dukung juga. Hohoho. Lenguh pun tak apa. Demi anak. (^_^).


Dahi berkerut tuh, entah apa yang tak puas hati kat ayahnya. Huhu. Tu time Arissa lunch. Then, sempat jalan-jalan tanpa payung tengok binatang apa entah (lupa) Arissa nak nangis - takut / geli saya kurang pasti. Hihihi. Bawa dekat je, dia merengek-rengek. Kaki angkat atas lagi. Oh! Nak tengok Arissa buat 'muka buruk' dia tengok gambar yang ketiga. Haha. Entah dari mana belajarnya. Sambil jalan sambil makan, itulah biskut ada kat tangan. Hehe. Tak lama lepas tuh, hujan turun dengan lebatnya. Huhuhuhu.

Lebih kurang dalam 1 jam juga duduk menumpang dalam kedai sampaikan Arissa pun naik jemu. Huhu. Hujan dah reda kami start the tour again. Tak dapat ambil gambar banyak sebab air dari dedaun pokok jatuh ke bawah. Boleh menjejaskan kamera ayah katanya. Huhu. By the way, happy sebab Arissa react bila tengok animals. Dan obviously, Arissa sangat kenal tiger atau si kucing size besar. Bila Arissa tengok tiger dia akan tunjuk sambil buat bunyi konon macam nak bagitau 'meow'. Haha.  

Each time dia nampak animals, and even birds apatah lagi gajah - dia akan tunjuk dan tegur. Walaupun Arissa takut tapi Arissa akan toleh dua tiga kali. Kalau saya halang dengan kepala saya, Arissa akan mengintai. Tapi bila bawa dekat, angkat kaki dan merengek. Hihi. Anak. Anak. Seriously, anak ayah. Muahaha. Almost nak habis tour, letak Arissa dalam stroller dan dia tidur. Letih. Tak tahu dah orang buat apa kat stroller dia. Memang tidur nyenyak sungguh sampailah ayah Arissa isi minyak di Muar. =P

Kami sampai Muar dalam pukul 3 pm. D'99 Hotel. Hujan. Kami duduk rehat jer dalam bilik dan petang kami keluar pergi cari rumah bakal pengantin. Jenuh juga cari. Haha. Okay! Part kenduri next entri pulak. Till we meet again! =D

TOTAL EXPENSES FOR THE DAY

Ticket Zoo Melaka : RM20 for two person
D'99 Hotel : RM114 for queen

Total : RM134


NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

Nov 22, 2012

Cuti-Cuti Melaka [2]

Assalammualaikum. Hai.

Kesinambungan Jalan-Jalan Melaka [1]. Kesian Arissa. On the way kami nak pergi makan, Arissa dah tidur dengan nyenyak. Kebiasaannya bila saya bawa Arissa keluar dari kereta, Arissa akan bangun. But not that night, Arissa tidur dengan sangat sangat nyenyak. Saya tahu Arissa sangat sangat sangat letih. Kesian anak mak kan. Huhu. And, kami suami isteri menikmati makanan laut yang fresh itu berdua sementara Arissa dalam stroller. Hehehe.

Pada mulanya, saya memilih Umbai since saya baca many reviews on that Restaurant. Tetapi, kebetulan my colleague baru balik program dari Melaka dan advised saya supaya jangan pergi Umbai. Di Umbai, kalau salah kedai makanya mungkin tak dapat yang sedap seperti yang di uar-uar kan. Kalau tak silap, dalam Umbai ada few stalls yang kita boleh pilih nak makan kat mana. Saya assumed macam ala-ala food court makanan laut. Boleh? Hehehe. So, kami pergi ke....






























!!!!!!SINI!!!!!!

Procedure? Sebaik sahaja kita sampai, seorang waiter / waitress akan tanya how many person. Then dia akan suggest kan tempat duduk. Tanya nak order air apa. Dah sudah, menu pergi tengok sendiri. Masak on time. At first saya yang pergi tapi blur jugak. Saya tak tahu macam mana nak pilih ikan. Nak masak apa. Eh, I am lost! Apa yang saya tahu saya nak makan ketam. At last, encik suami kena paksa rela pilih apa dan masak apa. Haha. Kesian ayah Arissa. Hihi. Nasi kita boleh pilih nak nasi lemak atau nasi putih. Nak otak-otak pun boleh request. Dalam lebih kurang 15 minit, makanan dah sampai. Good Job!

Encik suami pilih apa? 
Hihihi. Ini untuk makan dua orang. 

 8 ekor udang goreng tepung
ahhahahaha
(rasa macam main-main lak kami makan)

 seekor ketam masak masam manis
saya makan seorang
umpphh! ketam fresh! manis!

 siakap tiga rasa
fuhhh! fresh! manis! dan juicy!
.serius.

Pada mulanya saya pelik kenapa encik suami tak order ikan bakar. Rupa-rupanya, kesayangan hamba juga blur tak tau nak pilih apa. Haha. Kelakar okay! Untuk seafood, kami tak ada nak limit budget sangat sebab aimed memang nak makan seafood. Cuma order nampak macam orang kedekut kan? Itupun kami mengah-mengah nak habiskan okay. Kenyang sangat-sangat. Sebab tak nak membazir, sehabis baik nak habiskan semua lauk. Hihihi.

TOTAL EXPENSES AT NIGHT:

8 ekor udang goreng tepung
1 ekor ketam masam manis
1 ekor siakap tiga rasa
2 pinggan nasi putih
1 bungkus nasi lemak
1 jug fresh oren

RM67.60



NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK:

NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST

Nov 21, 2012

Cuti-Cuti Melaka [1]

Assalammualaikum. Hai.

As promised, nak share cerita cuti budget menyelam minum air. Hehe. Alhamdulillah. Everything went smoothly as I planned. Yes! Mak Arissa yang planned everything sebab ayah Arissa macam surrender. Let her mak planned everything. Dan bila mak Arissa yang planned, semua maps nak print. Kui3. Some might said, "kecoh la kau. melaka jer pun. beria benar." Yes I am! Saya sememangnya saya beria sebab cuti ini cuti yang sangat-sangat singkat. Saya beria sebab saya cuba meminimakan keseluruhan perbelanjaan kami.


See! Told you. Saya print maps: 1) Hotel - Zoo Melaka (walhal dekat je. haha.), 2) Melaka - Hotel Muar, 3) Hotel - Rumah Pengantin, 4) Map Bandaraya Melaka. Weeee! Map Bandaraya Melaka itu sangat helpful dalam menjayakan perancangan cuti singkat saya selain dengan izin Allah cuaca pada hari tersebut sangat cerah - panas terik. Alhamdulillah. So, kami bertolak lebih kurang dalam pukul 7.20 pagi - tersasar 20 minit dari perancangan sebenar. Sampai di Venus Boutique Hotel sebelum pukul 2. Dah boleh check in.


Around 3pm, kami memulakan perjalanan. Ayah Arissa refused pada mulanya sebab cuaca panas terik but mak Arissa berkeras dengan alasan 'kita tak tahu cuaca lepas ni elok tak'. Hehe. Oh. Setiap story boleh tengok setiap gambar kecik tuh. Oh, lokasi hotel sangat strategik. Ini serius jalan-jalan ; jalan kaki. Haha. Mak Arissa ajak naik Menara Tamingsari since menara tuh betul-betul ada depan kami. Ayah Arissa cakap, better malam - cantik. So, kami terus ke keretapi KTMB & Jet (kot) TUDM.

Kami berehat sebentar di McD sebab cuaca sangat panas - mak Arissa tak boleh tahan. =_='. Lebih kurang 1 jam lepak-lepak melayan Arissa, kami continue setelah merujuk peta. Kami ke Dataran Pahlawan. Nampak 'awek awek salleh' tiga orang dok baring tengah-tengah dataran. @_@. So, kami terus direct ke Kota A Famosa. Weee! Finally, hajat termakbul bawa Arissa. Bak kata orang, kalau meninggal dunia mata tutup eloklah lah. Eh! Hajat nak ke USS tak lagi. Hehehe.


Then, dengan gigih dan mengah mak Arissa bawa Arissa naik atas Bukit A'Famosa. Hilang penat dan letih bila tengok Arissa menyengih macam tuh. Dah sampai atas terduduk jugak lah. Haha. Mengah okay! Sangat! Konon tak nak bawa Arissa pergi Belanda Graveyard, tapi rupa-rupanya pergi juga ke Graveyard dalam Kota A'Famosa. Hahaha. Seperti biasa, bacakan Ayatul Kursi, Al Ikhlas, An Falaq dan An Nas untuk Arissa as protection. Gambar Arissa dengan ayah agak limited sebab ayah Arissa merupakan our official photographer. Haha. Jenuh juga mak Arissa nak posing. LOL! 


Nak turun ke bawah jugak agak mencabar okay. Haha. Langkah kaki sebesar-besarnya. LOL! Lalu depan Muzium Islam yang entah kenapa tak boleh masuk. Then duduk tebing sungai sekejap dekat 'kubu'. Nak naik atas dah letih. Huhu. Jalan pergi dekat Kincir Air. I noticed something, saya rasa tenang tengok air mengalir cuma ada sedikit bau kat situ. Huhu. Sibuk juga dengan Christ Church okay! Bila ayah Arissa asyik dengar saya sebut Jonker Walk, then ayah Arissa pun cakap jom! Tempat wajib pergi kot kan? Haha. So, sepintas lalu dekat Christ Church. Tak beli apa pun di Jonker Walk. Blur. :p


Jalan-jalan sepanjang tebing sungai dok berkira-kira nak naik River Cruise. Tetapi, hari dah senja which was sangat tak baik for Arissa. So mak ayah Arissa KIV River Cruise dan jalan menyusuri tebing sungai ke Muzium Samudera (kapal besar). Kagum! Masuk dalam macam dok dalam rumah tiga tingkat. Best kot kalau dapat rumah design kapal nih. Haha. Berangan pulak kan. Arissa happy bila saya letakkan dia di bawah. Saya tahu dia mahu bebas but she's still my little baby yang perlu saya dukung all the time. Hehe.


Last but not least, of course Menara Tamingsari. Alhamdulillah. As he planned, nak tengok sunset. Seriously, indahnya ciptaan Allah. Allahhuakbar. Thanks sayang! Oh. Sebelum naik menara, ada satu sesi bergambar. Bila dah turun bawah, they'll show your picture. Souvenir picture katanya. Kami tak ambil sebab gambar tersebut blurr dan high exposure! Sungguh tidak berbaloi untuk kami bayar sebab kami ada gambar yang lebih cantik dan superb ini. 








































si comel:si cantik:si kacak
sila muntah
hahaha

TOTAL EXPENSES ON THE DAY

Venus Boutique Hotel (Queen) : RM140.00 for queen
Muzium Samudera : RM6.00 for two person
Menara Tamingsari : RM20.00 for two person
McD : RM30 for three meals

Total : RM196.00

As for me, total expenses tersebut dah sangat rendah bagi saya. Cuma part makan McD buat saya ralat sebab saya tak pasti hal GAZA was happened on that day atau next day plus McD kat mana-mana pun boleh. Pergi Melaka nak makan McD, sedikit tak best kat situ. Sepatutnya cari asam pedas. Haha. Pedas la sangat. Kui3. Agak kesian dekat Arissa sebab Arissa makan apa yang mak ayah Arissa makan. Hihi. Happy lah dia dapat makan macam-macam. LOL! 

Ok lah. Since early night sampai dah pukul 12 baru siap 1 entry. Nanti saya sambung pulak part dinner okay! Berbaloi-baloi!!! Harapan, at least entri ini berguna bagi those yang plan nak cuti budget which is bila baca entri ini sambil tengok peta Melaka. You can see how we move on from satu tempat ke satu tempat tanpa tunggang terbalik. Saya ibaratkan macam kami buat satu circle. Stand at one place, start the tour and at the end akan sampai ke place yang pertama tuh. Faham tak? Tak faham? Tenung peta sendiri. Haha.

NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 


Nov 18, 2012

Hidup : Preparation Jalan-Jalan

Asalammualaikum. Hai. 

 Sekarang on the way nak balik Ipoh. Hehe. Gambar dah ada lama dalam draft since Jumaat masa packing. Tapi tak sempat nak tulis apa. Serius jalan-jalan bawa baby dah macam orang nak duduk sebulan. Haha. Walhal nak pegi 2 malam jer. Huhu.


Ini barang yang di bawa pergi untuk 2 malam 3 hari. Kool Fever pun kena bawa untuk persediaan. Topi kena angkut semua sebab tak tau nanti nak pakai baju yang mana. Oh baby girl. Itu la dia. Kecik pun dah gitu, dah besar nanti macam mana la gamak ny. LOL!



Ini barang dalam beg merah. Tapi tak bawa pun beg merah sebab encik suami nak bawa travel bag dia. Mak Arissa syok je sebab tak payah nak bawa beg juga. Satu beg sudah. Hihi. Okay lah. Nanti2 story cuti budget nyelam minum air kami. Haha. 

NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 



Blog design by Rainy Day