March 23, 2011

Tolong Doakan Aku

Assalammualaikum. Hai.
(Siaran langsung dari LCCT)

Sampai disini seawal 4.30 pagi dalam keadaan yang agak letih dan sudah tentu mamai. Tengok ramai yang berpeleseran tidur membuatkan saya teringat akan kisah tahun lepas. Bila outstation ke Sarawak & Sabah, saya akan tidur di LCCT dengan niat tak nak ketinggalan / terlambat. Mahu kena maki hamun, cubalah buat. Huhu. Encik tunang yang tidur, itupun dipaksa bangun siap bagi auta yang konon fakta, "kat airport bila pukul 6 orang dah tak ada yang tidur. tengok, mana ada dah orang tido." Haha. Nasib baik tak ada orang yang tidur, kalau tidak.....

Ok, saya balik memang untuk majlis kami. Sebut pasal majlis, saya sebenarnya sangat gementar. Macam-macam rasa ada bila teringat pasal majlis hari Jumaat dan Sabtu ni. Rasa nak duduk dalam toilet sebab nak rasa macam nak buang segala air besar dan kecil. Itu belum lagi tiba-tiba rasa sakit perut macam orang gastrik. Oh tidak! Macam saya pula yang nak baca akad tu nanti. Ehem2! Encik tunang pun cakap dia rasa nervous gila. Dia cakap, "rasa cam nak tunda je. hari tu rasa cam lama sangat. bila dah dekat ni. haish! nervous pulak. rasa cam nak lambat lagi." Hoho.

Bila ada jiran call (mak kawan) cakap mereka ada dirumah sedang kupas bawang, saya rasa macam 'eh, apakah? rasa cam err~~~kenduri aku ni.' Ya, saya rasa macam sedikit tidak percaya bahawa masa saya sudah tiba. Saudara-mara yang lain dulu buat kecil-kecilan. Dulu saya tengok cousin saya yang lagi muda dari saya kahwin. Sekarang, giliran saya. Dia dah ada anak dua, saya baru nak kahwin. Haruslah saya marathon kejar beliau. Oh, doakan saya semoga dimurahkan rezeki, dan mewarisi nenek wan saya yang ada anak kembar. Amin...

Disaat-saat meniti hari-hari sebagai bujangan, kami kerap mengimbau kenangan 3 tahun yang lepas. Kadang-kadang tidak diungkap dengan kata-kata, kami lebih banyak ketawa. Hehe. Dalam tempoh 3 tahun kami berkawan + berkasih (tapi bapa cakap bercinta) + bertunang dan kini, 1 hari lagi kami akan berkahwin. Syukur Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan kami. Allah telah mempercepatkan jodoh diantara kami. Terima kasih Ya Allah.

Buat encik tunang yang saya tak tahu sebenarnya dia baca atau tidak blog saya sebab beliau merupakan stalker terhebat saya. Haha. Terima kasih atas segalanya. Pengorbanan anda saya tidak pasti entah bila saya akan mampu membalasnya. Terima kasih kerana 3 tahun dulu anda muncul dalam hidup saya tanpa identiti tersembunyi. Kamu yang saya kenal kini adalah kamu yang saya kenal 3 tahun dulu. Terima kasih. Terima kasih kerana sentiasa menyediakan yang terbaik untuk saya. Terima kasih untuk sebelum ini, hari ini dan untuk akan datang. Saya sayang anda dengan sangat banyak. 

Tak pasti akan sempat buat entri lagi tak beberapa hari ni. Cuma kawan, doakan saya, doakan kami. Doakan perjalanan kami lancar, urusan kami dipermudahkan oleh Nya dan ikatan yang bakal kami bina berkekalan hingga ke akhir hayat kami. Dan anda juga, semoga anda semua bahagia disamping insan-insan yang dicintai. Bye. 

p/s: Zue, thanks for everything. Terima kasih atas segala khidmat nasihat, bebelan, motivasi serta doa yang telah kamu berikan kepada saya selama ini. Terima kasih. IMY and ILY kawan. 

p/s: Huda, terima kasih. Saya sayang kamu dan rindu kamu juga. Kita merancang Allah yang menentukan segalanya. Saya tak marah, dan saya kena faham. InsyaAllah, masa kamu nanti kami akan pergi. Sediakan satu bilik untuk saya dan Lee.  

March 21, 2011

Kuat Makan Tanda Bahagia?

Assalammualaikum. Hai.

Tajuk adalah bertujuan semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri. Haha. Apakah? Sebenarnya otak saya asyik membayangkan makanan. Baru lepas makan dah fikir nak makan apa lagi nanti. Kalau belum makan lagilah merepek. Tengah lapar, lagi banyak rekaan yang saya cipta. Adakah ini tanda sedang berbahagia atau mungkin saya berada dalam tekanan?

Hujung minggu yang memang menggembirakan saya. Muahaha. Kenapa? Sebab apa yang saya termengidam, semuanya dah dapat! Yummy! Saya tak tahu macam mana satu hari nanti saya mengidam pembawakan budak. Sedangkan sekarang saya sangat banyak mengidamkan macam-macam. Nasib baik yang dingidamkan mudah / senang nak dapat. Kalau tidak, lagi pening. Btw, kenapa saya guna perkataan mengidam? Hehe.

Mengidam - seseorang itu mengalami keinginanan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Nyum3. Sebut pun dah terliur. Hati rasa macam memang NAK SANGAT. Usaha pujuk orang sebelah. Kalau tak dapat, merajuk buat perang dingin tak cakap beberapa jam. Air mata pula mula nak mengalir. Dah macam budak-budak yang tak dapat gula-gula. Tapi kalau dapat, Subhanallah. Syukur sangat dapat makan, dan rasa puas sangat-sangat. Terima kasih, Ya Allah.

Sabtu kami lepak di JJ dan saya target Donut Big Apple (white choc + nestum). Yummy! Sangatlah happy bila dapat merasainya (bukan rasa je, makan habis). Tapi bukan satu, 2 pieces selamat masuk dalam perut comel saya. Kemudian, encik tunang pergi ambil Yong Tau Fu. Saya join sekaki, haruslah kan? Haha. Last, saya tengok claypot. Dah teringin pula dengan Claypot Blackpepper Chicken Rice with Salt Fish. Encik tunang pula ikutkan saja. Mana tak naik lemak.

Itu kisah Sabtu, Ahad pula kami ke Greentown Mall. Niat nak hantar jubah sahaja. Saya singgah beli kudap-kudapan, encik tunang cakap jom ke Food Court. Encik tunang pesan Nasi Goreng Pattaya dan saya pula Kue Teow Kerang. Sementara menunggu, saya makan rojak buah dan roti kaya. Sedap roti cicah teh tarik. Haha. Malam, encik tunang minta buatkan maggie. Ikutkan hati nak join sekali. Tapi terpaksa tahan. Sedar diri makan dah melampau-lampau. Encik tunang je tak sedar diri lagi.

Itu belum lagi si coklat Danson dan Kinder Bueno yang ada dalam peti sejuk. Haish! Kalaulah badan ni boleh naik / kembung macam belon kena tiup, alamatnya ~ tak nak cakap. Kata-kata itu satu doa. Sekarang tengah berharap dapat rasa macaroons pulak. Zue! Boleh pos? Muahaha. Bye!

p/s : kesimpulannya, saya tak tahu kuat makan ni disebabkan oleh tekanan berdepan dengan hari besar (otak pusing) atau sedang berbahagia sebab dah lama lagi nak kahwin (hati bunga-bunga). Whatever it is, a very big thanks to Encik Tunang. XOXO.

March 18, 2011

Jamuan

Assalammualaikum. Hai.

Lagi tip dari saya. Hehe. Konon macam hebat sangat bagi tips semua ni. Padahal, entah apa-apa je. Ok, sebenarnya saya tak berapa tahu pasal urusan jamuan semua ni. Sebab jamuan majlis adalah diuruskan sepenuhnya oleh mak dan bapa saya. Seperti kebiasaannya adat dikampung, kami akan bergotong-royong. Tapi tak juga gotong-royong sebab tukang masak adalah berbayar. Lagipun, mana ada sebarang perkhidmatan percuma zaman sekarang. Masih boleh dianggap gotong-royong kerana melibatkan orang kampung juga. Berbeza dengan cara orang bandar, semuanya katering. Cuma budget satu kepala nilainya berapa, RM5 / RM6 / RM7 / etc. Tak payah susah-susah.

Dan, apa yang saya tahu dari mak bapa : keperluan asas itu wajib disediakan lebih awal. Apa dia? Gula dan minyak. Apatah lagi hari tu kita kekurangan gula dan minyak kelapa sawit. Dibuatnya tak ada gula, takkan nak bagi tetamu minum air masak semata-mata atau tambah je perisa pandan ke, pisang ke. Konon bagi ada rasa tapi tawar. Boleh ke? Kalau tak ada minyak pulak nak menumis dan menggoreng, takkan nak guna minyak petrol atau semua lauk ialah sup semata-mata. Sup ayam, sup daging, sup sayur. Boleh ke? Tak kan? Kesian kat tetamu. Kalau hati kering, tak apa lah kot. 

Dan minggu terakhir ini (7 hari menuju destinasi), mak dan bapa sudah mula sibuk beli barang-barang basah. Daging, ayam semua rasanya tak lagi kot. Saya tulis kot sebab saya juga tak pasti maksud mak beli barang-barang semua termasuk ayam daging ke tidak. Kalau beli awal, nanti busuk. Eh, entahlah. Bawang, cili dan yang sewaktu dengannya itu sudah dibeli. Mak cakap, susahnya beli barang sekarang. Bukan susah apa, nak budget duit. Harga barang dah mahal, itu yang takut melebihi budget perbelanjaan. Terkurang sana-sini, nanti kita juga susah hati. Kan? 

Jamuan yang paling penting dan sangat perlu diambil berat. Tujuan jamuan adalah untuk meraikan kehadiran tetamu yang sebenarnya terdiri daripada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai. Bukan menjemput orang sesuka hati yang kita tak kenal pun dijemput. Kan? Pernah juga dengar kes nak jimat punya pasal lepas tu makanan yang disajikan tak berapa sedap. Baik jemput sikit, masak sedap. Jimat juga. Dan satu lagi, kenalah cari tukang masak yang boleh dipercayai. Nanti kita bagi 5K untuk belanja dapur, dia guna 3K dan selebihnya simpan poket sendiri. Makanan tak sedap sebab semua bahan dia kurangkan. Isk! Isk! Isk!

Kesimpulannya, oleh kerana mak bapa makan garam lebih banyak dari kita maka kita serahkan urusan ini kepada mak bapa. Sekurang-kurangnya tanya pendapat mereka bagi yang ambil perkhidmatan katering. Saya pula serahkan bulat-bulat dekat mak bapa tentang pemilihan lauk segala. Lauk apa, nasi putih ke nasi kuning ke. Saya tak tahu. Dan saya tak kisah sebab saya yakin mak bapa saya pasti buat yang terbaik. Nanti kita sama-sama tengok apa lauk, nasi apa, majlis macam mana. Okay. Bye! 

7 Hari Menuju Destinasi

Assalammualaikum. Hai.

Menghitung hari, menamatkan zaman bujang untuk merebut gelaran seorang isteri. Isteri yang akan sentiasa berada disisi suami setiap masa, dan seterusnya mahu merebut takhta teristimewa sebagai seorang ibu kepada anak-anak insan yang dicintai. InsyaAllah. Dan sebenarnya dalam tempoh 10 hari sebelum ijab kabul, dugaan semakin mencabar yakni syaitan sedang hebat menggoda dengan tipu muslihatnya. Fikiran sarat dengan pelbagai andaian, prasangka dan persoalan. Tekanan!

7 hari menuju destinasi, tercari-cari dengan si sangkar burung untuk Ustaz. Harga yang dua kali ganda dari harga belian Ustaz. Sengaja mahu menyusahkan bakal pengantin 2011 betullah, tak pasal-pasal jadi pening. Pengangkutan kat sana pula dah tak tentu pasal jadinya sebab ada yang nak pergi dan tak jadi pergi disaat-saat akhir. Mereka yang nak pergi, mereka yang tak pergi - kami jadi pening. Nasib baik kawan-kawan saya dari sini tak susahkan saya. Arina, Azrina..Saya sayang kamu lebihlah macam ni. Hehe.

7 hari menuju destinasi, emosi sedang menggila. Pantang dicuit walaupun sedikit. Cepat melatah, maknanya mudah marah. Orang terdekat yang selalu menjadi mangsa iaitu encik tunang. Pantang dia tersilap sikit, saya sudah membuat muncung sedepa. Tapi kan, dasar encik tunang! Saya yang marah, dia yang melampau-lampau buat perang dingin. Cis! Sabar je lah. Nak jadi encik suami dah pun. Kenalah terima sebab dah dia memang macam tu. Dah tunjuk dari dulu lagi.

7 hari menuju destinasi, saya sedang mencari kekuatan sebenar untuk berdepan dengan fasa kehidupan yang baru. Inspirasi saya adalah mak saya sendiri, mak encik tunang dan nenek-nenek kesayangan saya. Teman seperjuangan saya adalah Zulliana. Kami berkongsi rasa, tips, dan ilmu pengetahuan rumahtangga. Walaupun kononnya saya lebih tua setahun dari beliau, tapi beliau lebih matang dari saya. Haha. Mungkin sebab encik suami Zulliana yang menjadikan dia lebih matang dari usia. Betul ke Zue? Hihi.

7 hari menuju destinasi, Jumaat terakhir hidup bujangan. Jumaat terakhir memegang status tunangan orang. Adakah penyataan ini 'saya mahu semua ini selesai dengan cepat' keterlaluan? Oho..jangan terus menilai saya sebagai 'gatal'. Haha. Sebenarnya, urusan untuk semua ni sangat memenatkan. Itupun saya tak terlibat dalam jamuan yang lebih memerlukan pemerhatian yang lebih. Kalau tidak, mau saja saya pengsan. Saya mahu segera selesai sebab saya sudah terasa sangat penat. Mahu cepat tarik dan hembus nafas lega.

7 hari menuju destinasi.
Penyatuan dua hati.
Kau suami, aku isteri.
InsyaAllah. 

March 14, 2011

Sikit Demi Sedikit Kita Diuji

Assalammualaikum. Hai.

Aku manusia biasa yang juga tidak terkecuali dari diuji oleh Nya. Adakalanya aku menjadi amat lemah dan seakan-akan sudah mahu mengalah, berputus-asa. Apabila minda dikuasai oleh Sang Laknatullah, pelbagai perkara jijik bermain dalam fikiran yang boleh mendatangkan kemungkaran-Nya. Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini. Hamba-Mu yang hina ini terlalu lemah akidahnya, begitu tipis imannya. 


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapt seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa:

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah.

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, aku adalh hamba-Mu dan telah berjanji untuk mentaati-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hal yang telah ku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku yang telah ku lakukan. Oleh kerana itu, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa, selain Engkau. 
Amin Ya Rabbal Alamin.

Blog design by Rainy Day