Pages

Nov 4, 2011

Hamil : Saya Sayang Si Kecil Saya =)

Hai.

Setiap kali si kecil begitu aktif menendang saya akan tersenyum senang.
Apabila dia terlalu aktif menendang saya akan cepat keletihan.
Dan sesungguhnya saya mencintai dan menyayangi si kecil saya.

Saya selalu bertanya kepada diri-sendiri, kenapa ada para ibu yang tergamak membuang / membunuh / mendera anak sendiri. Saya pelik kenapa seolah-olah tidak ada kasih sayang dalam hati terhadap anak yang dah hidup dalam rahim sendiri selama lebih kurang 9 bulan 10 hari. Tempoh 9 bulan 10 hari tersebut, tidak semuanya yang indah. Ada suka duka bagi setiap penggal tempoh mengandung. 

Adakah tidak wujud kebahagiaan dalam hati ketika merasai si kecil menendang, berpusing dan bersedu?
Adakalanya saya fikir mustahil ibu tersebut tidak merasai kebahagiaan tersebut?

Kini, isu buang / bunuh anak sudah menjadi kebiasaan di dada akhbar hinggakan kita juga sudah menjadi biasa dengannya. Dan saya pasti akan shaking from head to toe bila baca atau dengar tentang itu. Obviously, saya membenci ibu bagi anak kecil tersebut. BENCI! Ok, some might said that they've their own reason for doing such stupid things. Tapi tak kira apa alasan sekalipun, adakah sehingga kita sanggup membunuh darah daging sendiri? Malahan darah daging sendiri itu merupakan anak kecil yang tidak berdosa dan masih putih bersih yang memerlukan kita untuk mencorakkannya dengan warna-warna kehidupan. 

Entahlah. Bila saya cuba nak memikirkan hal ini secara rasional (sesungguhnya tidak ada yang rasional), saya pelik. Tak terkesan ke dalam hati bila melihat wajah comel anak kecil darah daging sendiri? Tidak terdengar ke suara kecil si comel darah daging sendiri? Dan lebih pelik, kenapa tergamak sampai sanggup nak tinggalkan anak di tempat yang tidak sepatutnya, kelar, bunuh, campak. Astaghfirullahhala'zim. Sungguh, saya tetap tertanya-tanya. Teringin rasanya nak temuramah para ibu yang berfikiran sempit dan tak ada perikemanusiaan langsung.

Walau apa pun alasan mereka, tak sepatutnya si kecil itu menjadi mangsa. Dan saya mendoakan semoga para ibu yang telah tersasar jauh tersebut bertaubat dan mendapat hidayah dari Allah SWT. Jom layan wajah-wajah comel dari google. ;)










Tak ke sejuk hati memandang wajah-wajah comel ini?
p/s: Ya Allah, permudahkan segala setiap urusan ku.

2 comments

cheq sue dieyha said...

saya sendiri penah berfikir mcm yati,kenapa mereka yg diberi peluang utk merasai pengalaman seorang bayi yg membesar di dalam perut ibu membuangnya tanpa rasa kasihan thdp bayi tersebut.sedangkan mereka2 yg tidak diberi peluang terus2an berdoa agar diberi rezeki.masya Allah..dunia sekarang.

D Yatie said...

kan? ramai pasangan yang menanti-nanti, ada yang bertahun-tahun. kot ye pun tak nak anak tu, kenapa tak bagi kat orang. jangan bunuh. jangan campak. jangan buang. letak senyap2 kat tempat terbuka, depan rumah orang, depan balai. kesian kat budak tu.

Blog design by Rainy Day