Pages

Sep 8, 2011

Dapur : Rendang, Kuah Kacang, Bubur Jagung, Nasi Goreng

Hai. 
Salam Syawal!

Sebelum membebel panjang, nak cakap sikit dekat orang yang request gambar kek lumut : 'puan, sila taip laporan yang sepatutnya juga anda taip. saya sedih ok, bila buka baca benda yang sama. kang saya tarik balik keampunan yang dipohon masa awal raya hari itu baru tahu. tak pasal kena datang ipoh minta ampun cium tangan cium pipi kiri kanan sekali dengan hulur sampul raya berisi duit raya.' =P

Sambung kisah 29 Ramadhan, encik suami pergi kerja. Tak nak ambil cuti katanya, tambah pula beliau sudah tempah lemang dari cikgu sekolah. Makanya, saya tinggal bersendirian berhempas pulas untuk menyiapkan juadah hari raya. Ecewah! Sebenarnya saya tak pernah masak apa-apa rendang mahupun kuah kacang. Ye, saya memang teruk. Sekarang baru sedar diri nak masak macam-macam. Kiranya rendang dan kuah kacang termasuk dalam kategori makanan yang ekstrem. Bukan senang kau nak masak semua tu. Saya biasa main campak-campak ikut sedap hati. (@__@)

Lepas encik suami bertolak, cik isteri mengelat sekejap sambung tidur. Haha. Bila dah cukup tidur, saya bersiap-siap dan memulakan sesi bersilat. Perkara pertama yang saya buat ialah, goreng kacang tanpa minyak. Tong Tang Tong Pung Pang Pung. Bila dah siap menggoreng, call mak nak confirmkan cara potong daging kerbau dan lembu (encik suami beli dua dua jenis daging adik beradik nih. kejam sungguh. kerbau dia nak, lembu pun dia nak. =_='.) Saya selalu keliru bila nak potong daging sebab kadang-kadang tak nampak urat. Lebih keliru bila urat terlampau banyak. Adeh! Siap search internet lagi. Huhu. Kalau salah potong urat nanti, orang tak ada gigi tak boleh makan pula. =P

Sementara saya nyahbeku daging-daging, saya kupas kulit kacang (consider kupas ke?) depan tv dan laptop. Dah siap kerja mengupas, saya menumbuk pula. Haha. Kampung style ok. Orang kata, kampung style rasanya lebih asli. Ha~tak main lah guna blender. Semangat ok saya tok tak tuk depan tv. Haha. Simpan semuanya dalam bekas kedap, saya ke dapur untuk memulakan proses potong daging. Serius, saya rasa macam susah sangat. Sekejap-sekejap saya ke depan search dalam google. Then, call mak tanya itu ini. And I really wish my mum and dad were with me that moment. I miss them so much ok masa tu. Berlinang-linang air mata bila ingat moment bersama mak bapak masa masak (saya tukang campak sahaja).

Encik suami kerja separuh hari sahaja, saya baru kupas bawang-bawang bila encik suami balik rumah. Hoh! Sudah ada teman bergaduh. Haha. Then, saya pun memulakan operasi di dapur. Encik suami pasang langsir. Fuhh! Tak cukup sekali tengok resepi. Berkali-kali sampai tak terkira. Sungguh pun rujuk resepi tapi still rasa macam yakin tak yakin. Eh, betul ke? Cukup ke? Ada yang tertinggal tak? Eh, yang ni letak masa bila. Eh, alamak! Ha....Macam-macam gaya dan bahasa diaplikasikan sepanjang masak rendang dan kuah kacang. Siap ambil gambar rendang tengah duduk dalam kuali hantar dekat mak.

Mak : Awal nya masak?
Anak : Ala. Mak tahu la orang buat kerja slow.
Mak : Tak ada lah. Entah-entah esok belum raya.
Anak : Errr. Dah gomen yakin cakap esok.
Mak : Ye lah.
Anak : (alamak!)

Entah pukul berapa rendang dan kuah kacang saya siap. Encik suami ada request nak bubur jagung. Makanya, saya kelentang kelentong buat bubur jagung sambil encik suami masak nasi goreng daging. Hehe. Puasa terakhir Ramadhan ini, itulah pertama kali encik suami masak untuk juadah kami. Sambil beliau goreng nasi, saya bersiap dan solat Asar. Kami buat keputusan nak berbuka dirumah sendiri (sebenarnya semangat nak makan rendang buatan sendiri). Haha. So, berbuka kami dengan lemang jagung + rendang daging + kuah kacang daging + bubur jagung + sunquick. Hati berbunga-bunga, badan rasa terapung-apung bila,

Encik Suami : (makan lemang + rendang macam nikmat sangat).
Cik Isteri : (buat muka risau takut nak try rendang sendiri, makan bubur jagung dulu).
Encik Suami : A. Kekalkan. (tunjuk ibu jari).
Cik Isteri : (senyum kembang).
Encik Suami : Rendang A lah. Kekalkan. (makan nyum. nyum. nyum.)
Cik Isteri : (senyum senyum. Alhamdulillah.)

Usai solat Maghrib, sudah berbuka. Encik suami duduk depan tv dan saya menuntut janji untuk berjalan-jalan sekitar kampung yang ada di Ipoh. Potong kek lumut dan kek lapis bumi untuk dibawa ke rumah mertua. Rendang dan kuah kacang, ikut style orang semenanjung kena bawa masa pagi raya. Haha. Kalau ikut style Sarawak kami, malam tu juga yang penting dah siap hantar kat rumah nenek-nenek kesayangan. Lepas hantar kek, kami pun bersiar-siar. Hampa ok beraya di tengah bandar. Kampung pun tak macam kampung. Lampu jalan saja yang boleh dilihat. Pelita? Tak ada langsung. Balik rumah bersama sedikit kekecewaan. Alahai. Saat itu bermulanya kerinduan 200% terhadap keluarga dan kampung. T_T

Kawan saya macam kagum saya buat sendiri-sendiri semua nih sebab kami ni sepesen.
Satu jawapan saya berikan,
"satu hari nanti kau pasti akan buat seperti yang aku buat. tanpa paksaan tapi kau sedar akan tanggungjawab kau. cuma pastikan, kau mesti duduk sendirian berhad."

Rendang Daging
Kuah Kacang Daging (warna tak berapa nak merah berapi)
Bubur Jagung (as requested)
Nasi Goreng Daging dari encik suami (lovee!)

Saya tahu kamu semua handal-handal memasak. Saya diibaratkan seperti BUDAK BARU BELAJAR. Alhamdulillah. Semuanya datang ikhlas dari hati, sebab itu sentiasa dapat A kot. Haha. Ok then, cerita raya nanti pulak. Nak tengok gambar kek lapis bumi dan kek lumut? Klik sini je. =P

2 comments

izahdaut said...

Waahh tahniah semua masak sendrik. Betul menu2 tu simple tapi kena betul2 tahu teknik baru menjadikan. Tahniah2 tapi satu hari nanti mesti akan pakarr n terror

D Yatie said...

terima kasih kak...hehe...tahniah buat diri sendiri jugak ~ muahaha...mmg rasa tak sangka saya boleh buat semua sendiri...hehehe...insyaAllah...tak pakar pun tak apa...terror sikit pun jadi...hihi...

Blog design by Rainy Day