Pages

Sep 6, 2011

Dapur : Kek Lapis Bumi & Kek Lumut

Hai.

Selamat Hari Raya!
Salam Syawal!
Selamat Bekerja!

Tulis Hari Raya dan Syawal - walaupun tak begitu teruja tapi sangatlah indah terasa. Tapi bila tulis bekerja, alahai! Terasa sangat satu badan lemau plus mamai. Hoi You Malas! Pergi Jauh-Jauh! Sekeh karang, baru tahu langit tinggi ke rendah. Huhu. 

Masa raya, ada kawan cakap best lah..seronok lah sebab dah beraya dengan suami. Of course lah yang kata best tu semuanya yang single trang tang tang. Meh sini nak cerita tentang perasaan seorang isteri yang beraya di perantauan. Tipulah kalau saya cakap tak seronok, tak teruja. Gila kau! Pengalaman tahun pertama ok. Mahunya kau tak teruja sampaikan buat sesuatu yang kau tak pernah buat. Nasib baik saya tak bakar lemang sekali. Mahu pengsan encik suami. Haha. Tapi! Tapi! Tapi! Keterujaan tak sampai 60%. Kiranya excitement nak berhari-raya cuma 50%. Yang sedang-sedang saja, Yang penting....Puasa penuh... (kena nyanyi lagu Iwan baru feeling baca).

28 Ramadhan, saya sibuk kukus kek Lapis Bumi dan kek Lumut. Fuhh! Dari pagi sampai ke petang ok saya sibuk. Encik suami memang telah diarahkan untuk keluar beli barang-barang untuk masak rendang dan kuah kacang. Haha. Dek teruja tengok orang melapah daging, sampai terbeli daging kerbau. Mahu tak terkejut cik isteri bila encik suami beritahu silap beli daging kerbau. Sepantas kilat SMS mak dirumah :

Anak : Lee beli daging kerbau.
Mak : Aie. Dia reti makan ke?
Anak : Reti. Masalahnya orang yang tak reti masak.
Mak : Mak pun tak tahu. Kita mana pernah masak kerbau.

Ah sudah! Bikin pusing cik isteri sahaja encik suami. Dalam sibuk mengadun kek, tiba-tiba Nestum pulak tak cukup. Call encik suami order Nestum tapi malas nak menunggu, apa lagi ~ modified itu kuih lah. Tambah atau kurangkan apa yang patut. Nasib baik sedap. T_T. Kek siap dikukus pukul 5.30pm, teruja nak tengok hasil. Tapi sepanjang mengukus, asyik bebel-bebel kat encik suami pasal daging kerbau. Hihi. Saja nak usik encik suami.

Cik Isteri : Saya tak reti masak daging kerbau.
Encik Suami : Alah. Sama je. Struktur daging je.
Cik Isteri : Tak kisahlah tapi ini pun baru first time nak masak.
Encik Suami : Haha. Itulah awak, patutnya ari tu try dulu.
Cik Isteri : Ish! Awak ni (cubit!)
Encik Suami : Sama je.
Cik Isteri : Kalau tak sedap, semua awak punya pasal.
Encik Suami : Eh, kenapa pulak?
Cik Isteri : Sebab awak beli daging kerbau (ngeh3).

Oh, cerita pasal si kek lumut pula. Encik suami asyik desak nak cepat pergi rumah mertua. Berbuka di rumah mertua seperti biasa. Apa lagi, cik isteri bebel-bebel lagi sambil potong kulit popia. Encik suami pula tengah tolong goreng popia.

Cik Isteri : Awak ni kenapa nak cepat sangat?
Encik Suami : Apa salahnya. 
Cik Isteri : Selalu kita pergi lambat, ok je.
Encik Suami : Kali ni kita pergi lah awal.
Cik Isteri : (pandang dengan penuh geram).
Encik Suami : Pergi sembahyang dan siap-siap.
Cik Isteri : (isteri mithali wajib ikut perintah).

Bila dah siap solat, siap bersolek, terus angkat kek. Kek Lapis Bumi - elok cantik. Kek Lumut?

Cik Isteri : Awak...kek ni macam belum cukup masak?
Encik Suami : Dah tu nak buat macam mana?
Cik Isteri : Patutnya kukus balik tapi awak tu nak cepat sangat...
Encik Suami : Awak kata pukul 5 jamin siap.
Cik Isteri : Yelah, tapi mana nak tau..
Encik Suami : Dah tu camner?
Cik Isteri : Biar je lah. Kalau apa-apa jadi semua salah awak.
Encik Suami : Haha. Semua salah letak atas kepala saya ye.
Cik Isteri : Ye lah (=P)

Lepas berbuka, tak sabar rasanya nak balik rumah nak rasa kek kukus buatan sendiri. Nak tengok hasil kuih lumut yang memang very sure lembik sedikit. Sampai-sampai terus potong kek. Seronok gila tengok lapisan kek lapis bumi menjadi walaupun encik suami perli cakap lapis tak halus macam yang dia beli kat Sarawak. Biar ar. Tapi sedikit kecewa bila kek lumut cam terlebih lembap. Tapi, ada aku kisah? Yang penting, kek tersebut sedap rasanya di lidah saya. Muahaha. Gambar? Tak ada lah. Mood ambil gambar raya hilang dibawa angin sayu tak raya bersama keluarga. Cewah! Tapi InsyaAllah. Balik nanti ambil satu dua keping gambar. Kek ada lagi sikit dalam peti sejuk. Hoho.

Ok then, esok-esok cerita pasal 29 Ramadhan pulak. Muahahaha. Orang lain sibuk cerita pasal raya, saya cerita pasal akhir-akhir puasa. Muahaha. Ada saya kisah?

Updated : 
Kek Lumut dan Kek Lapis Bumi.


 Kek Lapis Bumi
 Kek Lumut

2 comments

zuezul said...

kamu..mane nye gambar...
meh nak tgk kek lumut tu kek ape eh..
bunyi mcm sedap je..hehehe

D Yatie said...

huhuhu...tak sempat lagi kamu~~~
hahaha...bagi i mang sedap pun.. :p

Blog design by Rainy Day