Pages

Aug 16, 2011

Hidup : Penjimatan di Bulan Puasa

Assalammualaikum. Hai.

Hari ini semangat berkerja macam terbang di awan biru. Semangat cuti bersempena dengan Nuzul Quran esok hari terus menyelubungi jiwa raga dan pemikiran. Haish! Indahnya kalau boleh menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi, percubaan dua minggu sebelum bekerja tempoh hari betul-betul membuatkan saya mati kutu tak tahu nak buat apa. Dan saya tak boleh berlama-lama menjadi seorang penganggur mahupun surirumah. Tak tahu pula nanti kalau si little fetus sudah bersama-sama kami di atas muka bumi Allah nanti. InsyaAllah.*senyum lebar*

Kenapa tiba-tiba cerita hal jimat pula? Sebabnya bila bulan puasa, juadah berbuka lebih kurang macam hidangan makan tengahari hari-hari biasa. Bila hari-hari biasa pula kebanyakan kita suami isteri bekerja dan pastinya tengahari kita makan berasingan. Sah-sah paling kurang pun seorang RM10 satu hari. Betul tak? Ramadhan ni terasa sangat boleh berjimat separuh dari perbelanjaan dua orang. Contohnya : dulu 10 + 10 = 20. Sekarang boleh memaksimumkan belanja kepada 10 untuk dua orang. Ok, disitu jelasnya ada penjimatan tapi bukan itu cerita utama dari tajuk di atas.

Sebenarnya nak cerita tentang berbelanja juadah berbuka dengan lauk tunjuk dan lauk masak sendiri. Kalau sesetengah orang akan cakap lauk masak sendiri lebih jimat. Tapi bagi kami, lauk tunjuk lagi jimat. Kenapa? Sebabnya kalau tunjuk dua lauk paling mahal pun RM5. Kemudian air RM2. Kuih RM1. Kalau ada hari nafsu makan tinggi, mungkin dalam RM15. Bezanya kalau lauk masak sendiri, tunjuk bahan mentah ayam tiga ketul pun dah lebih RM5. Tambah lagi dengan accessories plus perisa tambahan (tidak termasuk ramuan asas). Masak pula lauk jadi banyak, dan akhirnya tak mampu dihabiskan. See!

Ok, mungkin orang akan kata masak janganlah masak untuk sepuluh orang walhal isi rumah dua orang. Betul. Betul. Entah minggu bila masak sup ayam tak sampai dua ketul. Tak habis juga walaupun buat bersahur sekali. Errr....ke saya masak tak sedap? Haha. Ok, tak kisahlah macam mana pun. Tapi jelasnya Ramadhan boleh buat kita berjimat. Pentingnya, jangan ikut nafsu makan yang akhirnya akan membawa kepada pembaziran. Tak elok, itu semua perbuatan syaitan yang dilaknat. Dan satu lagi yang jelas, bila puasa nak makan nasi satu pinggan penuh pun rasa macam mampu tak mampu. ;)

Alhamdulillah, sehingga semalam saya dan encik suami tak berlebih-lebih dalam berbelanja. Maksudnya tak tunjuk lebih-lebih macam orang nak buat kenduri. Huhu. Paling banyak pun tiga lauk yang mana satu lauk dipilih khusus untuk bersahur. Kalau nafsu makan nak itu ini, kami akan pastikan semua yang dinafsukan itu akan kami dapatkan secara bergilir-gilir. Contohnya, pergi gerai hujung beli bubur, di tengah-tengah nampak orang jual murtabak dan jiwa meronta-ronta nak. Kami akan selalu beringat - kami tak akan beli pada masa yang sama. Esoknya pula. Itupun kalau nafsu tengok murtabak ada lagi. Haha.

p/s: syukur Alhamdulillah sebab saya dan encik suami akhirnya dapat menjadikan amalan berbuka dengan kurma, air, kuih-muih terlebih dahulu. berbuka dengan juadah berat selepas solat Maghrib. percayalah, itu salah satu penjimatan yang tak akan buat kita tambah nasi berkali-kali. ;)

No comments

Blog design by Rainy Day