Pages

Aug 12, 2011

Hidup : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Assalammualaikum. Hai.
Salam Jumaat.
Salam 12 Ramadhan.

Alhamdulillah sehingga hari ini dipermudahkan oleh Allah SWT untuk berpuasa. Biarpun beberapa hari sebelum minum susu setiap pagi, saya sudah menjadi lemah bila jarum jam pendek melangkaui 6 dan jarum panjang telah melepasi angka 6 juga. Alhamdulillah. Sungguh besar kuasa Allah. Tenaga yang diperolehi dari segelas susu, segelas milo/teh/nescafe, segelas air suam, nasi dan kurma boleh membuatkan saya bertahan sehingga ke petang. Bayangkan pada saat Ramadhan belum kunjung tiba - sarapan nasi lemak pukul 8 pagi, jam belum lagi pukul 12 perut sudah berkeroncong hebat. Atas sebab itu saya menganggap puasa merupakan diet terbaik untuk kita. Tapi jangan pula berpuasa dengan niat untuk kurus. Berpuasa kerana Allah, puasa sunat Isnin dan Khamis.

Semalam, encik suami berkongsi satu kisah benar yang agak kelakar tapi itulah realitinya. Realiti dalam kehidupan kita sehari-hari:

Kisahnya, ada seorang suami yang baru balik dari bermain badminton terdengar sayup-sayup isterinya menangis sambil memanggil nama umi. Hati suami mana yang tidak risau dan terus masuk ke rumah mendapatkan isterinya. Rupa-rupanya si isteri menangis menahan kesakitan pada dahi disebabkan oleh anak kecil berumur lebih kurang 1 / 2 tahun terlepas / tercampak lampu suluh dan terkena dahi si isteri. Dahi si isteri bukan setakat bengkak tetapi sudah berdarah. Sudah tentu kita boleh agak bertapa kuatnya 'hentakan' lampu suluh tersebut pada si isteri.

Si isteri yang sama juga pada satu malam sudah bersedia untuk tidur. Anak kecilnya yang agak bersaiz XL berumur 2 / 3 tahun terus baring melulu disebelah emaknya. Tersilap cara mendaratkan kepala, entah bagaimana kepalanya ter'hentak' kepala si isteri dengan kuatnya. Sekali lagi si isteri menangis dan menahan kesakitan pada dahinya yang sudah benjol. Si anak yang sudah agak mengerti terus lari ke bilik sebelah tak mahu tidur, makan dan minum atas sebab rasa bersalah kerana membuatkan ibunya menangis. 

Si suami pun berkata, itulah dia seorang ibu. Kesabarannya. Kalaulah aku berada ditempat dia, mesti aku dah pukul atau balun anak aku tak kira sengaja atau tidak. tapi dia cuma menangis. Tak marah. Tak pukul.

So, kesimpulannya? Kesabaran, ketabahan, kecekalan, kekuatan seorang ibu / isteri adalah lebih hebat berbanding suaminya yang kebiasaannya dianggap gagah perkasa. Kekuatan yang paling hebat adalah dari hati bukan tubuh badan. Biarpun hati seorang wanita dikatakan mudah rapuh / pecah / hancur tetapi disebalik kesakitan itu telah membangkitkan satu kuasa yang tiada tandingan. Sesungguhnya ciptaan Allah itu sempurna dan tidak sia-sia. Bukti Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang.

Lagi bukti kuatnya seorang ibu / isteri :
TARRRRAAA!!!
hik.hik.hik.





Whoops! Ampun. Ampun. Ampun. Bagi sesiapa yang sememangnya suka makan ubat-ubatan, sudah tentu tidak menjadi masalah untuk makan setakat 4 biji pil yang tak pahit seperti dalam gambar diatas. Tetapi bagi saya yang anti ubat-ubatan tak kira kategori apa, kekuatan untuk makan semua pil-pil diatas setiap pagi satu jam sebelum bersahur memang luar biasa. Bukan senang nak makan ubat. Kalau tak mengenangkan kesihatan si little fetus, agaknya dah lama campak dalam sinki. Tak ada orang nak pantau pagi-pagi yang buta itu sebab semua tengah membuta. Hehe.

Okay. Selamat berhujung minggu kawan-kawan sekalian. Bagi yang tak update berkurun lamanya itu, update lah. Kesian saya yang hari-hari mengidam nak baca entri. Mummy Zue, kalau baby saya nanti berliur saya salahkan kamu. Haha. Pesanan ini khusus untuk anda. Letih on gmail, tapi orang tu hilang. T_T Kecewa!

p/s:sangat happy hari ini hari Jumaat. mood memang nak bersantai dirumah sahaja. :)

3 comments

syafiq-hamidah said...

selamat menjadi ibu dan isteri yang terbaekkkkkk... tahniah ... tak sabar nak tunggu kelahirannya

zuezul said...

alalala...jahat lah kamu.suke gunakan alasan little fetus kamu kan...unfair. sye memang nak update.betul tak tipu..tapi sbb bulan puasa nie,ngan terawih,ngan nak masak..tak tkejar noks.hehe..eh,nak rasa kek kamu..mcm temptation sgt ok..walla. i mang hantu coklat tau.nak.nak.

D Yatie said...

syafiq : terima kasih kujo~insyaAllah...amin...semoga begitulah hendaknya...hehe..kami pun tak sabar juga nak tunggu...

zue zul : hahaha...wajiblah menggunakan little fetus sebab u syg dia kan? dah ada little fetus~ ;) eh, i mang nak buat insyaAllah esok tapi bukan lah kek coklat u~huhu..tak de coklat pun dalam recipe dia...

Blog design by Rainy Day