Pages

Aug 11, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [3]

Assalammualaikum anak mother.
Seperti biasa, semoga anak mother sihat.

Semalam, mother pergi jumpa doktor lagi. Terus-terang mother cakap, mother memang tak suka tempat bernama klinik atau hospital. Seolah-olah mother ada alergi disitu. Mother jadi takut dan berdebar tak semena-mena. Walhal, bak kata Auntie Hafizah : "check bulan-bulan pun takut". Anak mother jangan ikut macam mother. Tak baik. Nanti tak boleh jadi doktor macam mother. Tau! Ok, tak payah cerita lebih-lebih tentang alergi mother yang satu ini. Nanti anak mother terikut pula.

Mother minta pelepasan dari bos untuk balik pukul 3 petang. Nasib baik mak dan bapak bos mother dah balik, kalau tidak ada jugalah yang nak berjawab sebelum pergi. Father semangat dah tunggu mother diluar pukul 2.30 petang. Sampai-sampai klinik, mother terus daftar dan ambil nombor. Tak sampai seminit, nombor mother tertayang dekat atas pintu. Mother dengan senang hati masuk jumpa makcik jururawat yang garang itu. Huhu. Mother pasrah bila selalu terkena periksa dengan dia.

Mother disuruh naik atas timbang untuk ukur tinggi. Eh? Timbang untuk timbang berat badan, bukan ukur ketinggian. Tahu? Mother terkejut ye ye bila jururawat cakap berat mother 63kg sahaja. Ok, fine! Mother memang gemuk. Musykilnya, pipi mother semakin tembam. Kenapa? Adakah kata-kata mother dimakbulkan? Mother nak pipi tembam sikit. Tapi tak mahu badan tembam. Huhu. Tekanan darah mother juga baik-baik saja. 120/70. Senyum lebar.

Dan seperti sebelumnya, mother perlu pergi ke makmal untuk periksa urine dan darah. Mother ingatkan dah tak ada kena cucuk-cucuk lagi. Tapi makcik makmal minta jari mother untuk dicucuk. Apa yang mother boleh buat? Serahkan saja jari jemari comel mother. Dah selesai, mother pergi menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor. Agak lama jugalah menunggu. Father mula merungut-rungut. Mother merungut juga tapi kena istighfar banyak-banyak.

Tiba giliran mother bersama doktor. Namanya Dr. Lau.

Doktor: Hai Dayang.
Mother: Hai.
Doktor: Ada muntah?
Mother: Urm?
Doktor: Muntah sikit-sikit ada lah?
Mother: Memang tak ada.
Doktor: Bagus2. (sambil tunjuk ibu jari.)
Mother: (senyum ceria)
Doktor: Check kaki sekejap. Urm, tak sakit?
Mother: Tak.
Doktor: Baring sana.

Mother pun pergi dan menunggu dengan sabar. Doktor datang dan check anak mother ni. Mother tak tahu apa nama benda alah yang doktor guna, tapi alat itu untuk dengar bunyi jantung anak mother. Cuma doktor kata anak mother kecil lagi - tak sampai 16 minggu pun jadi agak sukar untuk menjejaki anak mother kat dalam sana. Tapi kami boleh dengar seolah-olah ada bunyi seakan-akan nafas / dengus. Mother tak pasti bagaimana nak jelaskan apa yang mother dengar. Apa pun, mother gembira sebab walaupun tak boleh dengar dengan jelas bunyi tapi tertera heartbeat anak mother pada screen benda alah tu.

Anak mother macam mana sekarang? Doktor tak cerita tapi mother yang baca. Anak mother sekarang kerap tersedu walaupun mother masih belum dapat rasa pergerakan. Kuku anak mother dah terbentuk serta sendi anggota dah boleh bergerak. Mother dan father dah boleh check anak mother lelaki atau perempuan dengan ultrasound. Tapi buat masa ini mother father tak terfikir lagi untuk buat check up jantina. InsyaAllah bila anak mother dah besar sikit nanti. Kalau tak buat pun tak apa kan? Surprise sikit. Betul tak?

Sebenarnya, mother tak sabar nak rasa pergerakan anak mother. Mother memang tertunggu-tunggu saat itu. Nak rasa anak mother bertindak-balas bila mother atau father bercakap. Mother teringat Nek Wan kat kampung masa mengandung Mak Udak dan Pak Usu. Nampak perut Nek Wan bergerak-gerak bila mother dan mak saudara anak mother tegur-tegur dia. Hehe. Tak sabar rasanya hati mother. Teruja.

Ok anak mother father. Sekali lagi, jangan nakal-nakal ye. Mother father sayang anak mother father. Eh sekejap, bagi salam kat Auntie Nur 'Adawiyah. Tahniah! Nanti anak mother father sebaya dengan anak Auntie Wiyah juga. :)

3 comments

suSuEmIMiE said...

alalal comelnya entri ni..
teruja membacanya..bestnya jd ibu kan..:)

Papa Mifz said...

salam kenal...

bila baca entry nih teringat time teman tiap2 bulan wife g checkup...

D Yatie said...

susumie : hehe...Alhamdulillah...rasa bahagia sangat bila si kecil dah ada kat dalam... :)

papa mifz : salam kenal juga...hehe..mesti teringat juga pengorbanan wife kan?

Blog design by Rainy Day