Pages

Aug 15, 2011

Dapur : Kek Lapis Alwani

Assalammualaikum. Hai.

Actually, tidaklah successful sangat tapi boleh capai target peribadi - consider ok lah kan? Ahaks! Atas sebab hari Sabtu tidak melekat dirumah dari pagi sampai malam, Ahad saya memilih untuk menjadi fully housewife sementara encik suami ke rumah mertua untuk service motosikal kesayangan beliau. Ikutkan beliau, tak mahu tinggalkan saya dirumah tapi alasan terbaik untuk diberi ialah : housekeeping. Mahu tak mahu, beliau terpaksa terima dengan berlapang dada. :p

Seperti yang dirancang, saya nak kukus kek lapis dan buat kuih melaka untuk disedekahkan. Tapi, cuma kek lapis yang berjaya dikukus manakala bahan-bahan untuk kuih melaka sudah terlupa untuk dibeli (niat baik selalu sahaja ada halangan samada dari kita sendiri atau lain-lain hal). Sambil mengukus saya iron semua baju seluar kerja encik suami yang boleh dipakai setahun kononnya serta baju saya sendiri (rajin yang amat kononnya). Itupun nasib baik encik suami tak ada dirumah dan bila balik beliau tidur dengan nyenyak. Kalau tidak, tak mungkin siap semua sebab kerja nak 'bergaduh' dengan dia. :p

Semalam saya kukus Kek Lapis Alwani resepi dari kak DJ, kakak senegeri. Tapi, kek lapis yang saya kukus tidak cantik seperti kak DJ. Tangan tak berseni langsung. Huhu. Mari saya kongsi resepi nya.

Kek Lapis Alwani (Resepi Kak Dayang Jack)
Bahan-bahan: loyang 6 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)


Cara-cara:

  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  • Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  • Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  • Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  • Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  • Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  • Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
  • Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  • Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  • Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
  • Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.

***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air. 


 Kek dipotong untuk dibawa ke rumah mertua.
Pagi tadi tengok dah habis.
(^____^)

Kek dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.
1 1/4 dihantar ke rumah mertua.
3/4 untuk saya dan encik suami.
1 bahagian lagi diterbangkan ke sesuatu tempat.

Sedap ke? Urm...not bad lah kot sebab yang portion yang dihantar ke rumah mertua dah habis. Haha. Encik suami kata ok. Dan resepi kak DJ memang memenuhi selera mereka insyaAllah. Dan semoga 1 bahagian lagi itu selamat sampai ke destinasi. Terlebih dahulu mohon ampun dan maaf sekiranya rasanya tak sedap dan tak memenuhi citarasa. Dan maaf juga sebab kecil sahaja. Haha. Maaf juga sebab tak ada campuran coklat dalam kek. Nanti kalau rajin anda boleh buat topping sendiri bagi menambah kemanisan kek.

p/s: saya tidak guna Golden Churn. jangan risau. ;)

2 comments

zuezul said...

hmm..tak aci.nak jugak lah.jahat.

D Yatie said...

apa nya budak ni...ada yg nak kena sekeh ni kang~

Blog design by Rainy Day