August 27, 2011

Hidup : Raya 2011

Hai.

Semua orang cerita pasal raya. Saya pun nak cerita juga pasal raya sebelum ramai kawan-kawan offline tak sempat nak baca wasiat serta amanat dari hamba Allah yang serba kekurangan ini. Takut tak sempat nak minta ampun minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Huhu.

Seperti yang sedia maklum, tahun ini saya akan beraya di Ipoh sahaja. Ikutkan perancangan dulu-dulu, raya pertama selepas berkahwin - wajib beraya di Sarawak terlebih dahulu. Tapi, dek kerana rezeki dari Allah itu lebih awal dari yang kami jangka (little fetus) maka saya perlu mengorbankan salah satu. Samada menyambut hari raya atau bersalin disana. Semoga tidak ada aral, tak ada halangan akan datang - setelah dipersetujui InsyaAllah saya akan bersalin di Sarawak. Bukanlah kerana mahukan anak menjadi anak Sarawak, tapi tujuan sebenar adalah untuk berpantang dalam jagaan mak, bapak, adik-adik, nenek-nenek, mak dan bapa saudara sekalian. Hihi.

Ermmm, persiapan raya? Hehe. Macam kelakar pula nak cerita hal persiapan sebab previous years preparation semuanya mak, bapak dan adik-adik. Saya cuma call requesting apa yang saya nak dan balik tolong tengok adik-adik kemas rumah. Kebiasaannya menjadi mandur kepada adik-adik. Tahun lepas juga tahun pertama saya berbelanja raya sakan untuk keluarga. Shopping di jalan TAR sendirian semata-mata untuk memastikan barang adik-adik lengkap dari atas sampai bawah. Tahun ini, saya cuma kirimkan duit  dan baju untuk adik ke-4 dan ke-5. Bukan tak nak beli untuk yang besar-besar tapi saiz badan yang kurang diketahui membuatkan saya memilih untuk berada dalam mode : play safe. Haha. 

Tahun ini, kalau saya cakap saya tempah tiga baju orang cakap saya beraya sakan. No. No. No. Actually kain-kain itu semua dah lama ada dalam simpanan. Dua dari mentua, satu dari kakak ipar dan satu lagi beli sendiri. Satu, sebelum puasa dah siap (so tak boleh panggil baju raya) dan tiga pasang lagi saya ambil Selasa lepas. Tapi, tak ada lah sedondon dengan encik suami. Suarakan juga tapi katanya nanti rugi sebab pakai setahun sekali. Fikir-fikir betul juga. So, baik tak payah. Baju melayu akad nikah hari itu pun elok, so bolehlah kalau nak ala-ala sedondon dengan encik suami bila pakai maxi. Ops! Maxi? Hahaha. Saya tempah baju banyak pun sebab nak kerja. Saya bukan jenis yang suka berbelanja untuk diri sendiri. Setakat ini saya tak pernah beli baju over than tujuh puluh ringgit. Kalau tak silap, saya cuma ada sepasang baju kebaya berharga tujuh puluh. Hihi. Agak kedekut pada diri sendiri.

Biskut, kuih? Huhu. Saya agak fail dalam buat biskut. Biskut Cornflakes dan Popia Nestum sudah ada sedikit dalam simpanan. Baru dalam tempoh mencuba jadi tak ada lag banyak sangat. Hari ni nak siapkan dengan bantuan encik suami (as he promised). Esok pula, nak mengukus dua biji kek. InsyaAllah. Kalau beraya di Sarawak, minimum kek lapis kami adalah empat. Disini buat dua sudah, bukan ada orang nak datang rumah pun. Huhu. Pagi tadi encik suami dah tolong kemas rumah, cuci kipas, mop lantai dan pasang. Sekarang dia tidur keletihan. Haha. Petang sikit nanti nak keluar beli barang-barang keperluan untuk beraya ni ha. Berangan nak buat rendang dan kuah kacang. Harap-harap cuba jaya berjaya. Sebelum ni, mak masak saya tolong campak-campak atau potong-potong saja. Sudah tentulah tak expert kan? Huhu.

Saya tak berapa nak jemput orang datang rumah. Haha. Kat sini pun kawan-kawan encik suami saja yang ada. Kawan-kawan saya tak ada. Kalau kawan encik suami datang, hidangkan sahaja apa yang ada. Sebab itu walaupun sedikit, saya sediakan juga. Mana tahu kan. At least orang kata. Kenapa agaknya tak jemput dengan rasmi? Hehe. Biasalah kan, kami baru nak mula hidup sendiri. Duduk pula rumah sewa, tak ada sofa bagai. Risau orang datang duduk kat lantai, tak ada sofa 10 inci macam rumah orang.

Urm, ok lah. Sibuk nak bercerita. Huhu. Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maad atas segala salah dan silap. Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran kata (sebab saya suka berterus terang sangat) dan keterlampaun perbuatan (sebab saya sangat kasar orangnya). Semoga Ramadhan yang bakal meninggalkan kita serta Syawal yang bakal menyusul memberikan rahmat dan berkat yang tidak ternilai. Semoga segala amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Salam 27 Ramadhan. 

August 19, 2011

Dapur : Puding Roti Marble Coklat

Hai!

Hik. Hik. Hik. 
Full Stop.

Semalam, update status FB tentang apam balik durian kegemaran berbuka puasa tahun lalu di Kampung Baru. One of my friend yang sedang asyik bercraving sekarang ni, Puan Adawiyah turut terpengaruh. Haha. Pantang saja orang cerita tentang makanan, sibuk juga dia nak craving. Siap bagi link resepi apam balik doyan dalam berkomen-komen. Apa lagi, mother kepada si little fetus nih rambang mata tengok makanan2 dalam blog tersebut. Otak saya mula mereka-reka nak masak itu lah, ini lah. At last, saya tertarik dengan satu resepi yang mudah. Kebetulan Rabu lepas, encik suami beli agar-agar. So, sudah tentu puding jadi pilihan. Ahaks! Tengok akak tu buat menyelerakan sungguh, dan sudah tentu bila saya buat sendiri tak sama. Haha. 

Balik dari kerja semalam, selepas solat Asar saya pun mula bersilat berwushu di dapur. Seriously, tak ambil masa yang lama untuk buat puding. Saya pun macam surprise juga sebab actually first time juga buat puding. Setakat agar-agar biasa itu memang biasa. Dalam masa setengah jam, saya dah boleh sejukkan puding dalam peti sejuk. Muahaha. Ok, meh saya share resepi Puding Roti Marble Coklat dari Kak Izah Muffin Lover.

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys


Cara-cara:

  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  • Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Hasil air tangan saya tak sekemas dan secantik Kak Izah. T_T. Puncanya saya tersilap guna acuan yang agak kecil jadi lambat nak keras, dan sudah tentu tak payah mimpi nak buat lapis. At last, saya marble kan sahaja ikut sesuka hati saya. Hihi. Tak sempat nak buat berbuka sebab lambat nak beku. Tebal sangat. Maka, puding tersebut dijadikan desert masa bersahur tadi. 

So, inilah dia hasil air tangan saya.
Tara! Tarakucha! Cha!


Walaupun rupa dia begini, tapi sedap wa cakap sama lu!
Ha. Ha. Ha.

August 18, 2011

Dapur : Buah Melaka

Hai.

Salam 18 Ramadhan. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah. Selamat bekerja semula bagi yang bercuti semalam. Huhu. Seriously, mood kerja sebiji macam mood hari Isnin. Adoi. 

Mood Oh Mood Please Come To Me!

Semalam, saya buat kuih melaka. Petang Selasa pergi beli bahan-bahan selepas mak nasihatkan supaya tunaikan hajat baik yang terkandung dalam hati. Senyum lebar anak sulung mak nih baca SMS mak. Entahlah, lately mood masak memang agak tinggi. Tapi more to masak kuih-muih. Lauk-pauk insyaAllah plan to start practice lepas puasa. Eh? Practice? Hehe. Improve skills kot walaupun refer resepi yang telah digodek sana-sini. Muahaha. Rimas agaknya encik suami tengok kepingan kertas terpakai yang tertulis pelbagai jenis resepi. Tulis saja, buatnya belum lagi. Hik3.

Kenapa saya pilih kuih melaka? Sebab kuih melaka sangatlah senang untuk disediakan walaupun pada mulanya yakin tak yakin sebab dah lama sangat tinggalkan kerja buat kuih ni. Kalau tak silap last dalam Tingkatan 5 kot bila mak dapat tempahan yang super banyak untuk majlis. Tapi, kuih melaka kami tak begitu sama dengan kuih melaka di sini dari segi intinya. *try buat kuih melaka style sini tapi tak begitu berjaya. hihi.*


Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut (inti)
  • 1 ketul gula melaka (inti)
  • 1 biji kelapa putih (luar)
  • Pewarna hijau
  • Air secukupnya


Cara-cara:
  • Pertama sekali kita kena masak inti. Cairkan terlebih dahulu gula melaka kemudian masukkan kelapa parut. Gaul rata make sure semua hitam. Ehe. Then, sejukkan inti tersebut.
  • Kemudian, kita adunkan tepung pulut. Letakkan pewarna hijau untuk mewarnakan tepung. Haha. Agak-agak sesuai adunan untuk kita letak inti dan dibulatkan. Jangan terlalu lembut, jangan pulak terlalu keras. Yang sedang-sedang saja. Hihi.
  • Then, kita ambil tepung agak-agak sebesar saiz bola apa yang kita nak. Lepas tu kita letak inti di tengah-tengah kemudian kita bulatkan kembali. Jangan ada pecah-pecah. Ada selulit tak apa yang penting tak pecah. Sebab nanti kita masak, dia terpecah terus. Huhu. 
  • Sambil kita dok buat bulat-bulat, kita kukus kelapa putih. Kalau nak bagi berlemak sikit kita letak garam. Jangan terlebih garam sudah. Mak saya cakap kita kukus sebab nak bagi tahan lama sikit.
  • Bila dah siap kita didihkan air atas dapur dan kita masukkan kuih melaka kita tadi. Nak tau kuih melaka dah masak belum, senang saja. Kuih melaka yang dah masuk akan terapung dan kita akan nampak saiz kuih kita kembang dengan luar biasa. 
  • Dah masak kita letak dalam himpunan kelapa putih, kita salutkan kuih tersebut dan taraaa! Bolehlah makan. 


Muahaha. Saya suka makan kuih melaka panas-panas. Tapi kalau kuih melaka style sini makan panas-panas, saya rasa lecur terus lidah. Huhu. Semalam hantar ke surau seperti yang dihajati, hantar ke rumah mertua, dan tinggal sedikit untuk berbuka. Alhamdulillah. Lega sangat bila dapat tunaikan hajat hati. Alhamdulillah. 


p/s: tajuk merupakan tagline Ustazah Norbaayah bulan puasa ni. hati yang ikhlas pasti dibalas. hehe. walaubagaimanapun, tidak saya mengharapkan pembalasan. doa saya semoga kami sentiasa berikhlas hati dalam apa jua yang kami lakukan. encik suami, terima kasih kerana memberi sokongan. terima kasih juga atas pertolongan. nanti cik isteri buatkan agar-agar kegemaran ye. hehe. 

August 16, 2011

Hidup : Penjimatan di Bulan Puasa

Assalammualaikum. Hai.

Hari ini semangat berkerja macam terbang di awan biru. Semangat cuti bersempena dengan Nuzul Quran esok hari terus menyelubungi jiwa raga dan pemikiran. Haish! Indahnya kalau boleh menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi, percubaan dua minggu sebelum bekerja tempoh hari betul-betul membuatkan saya mati kutu tak tahu nak buat apa. Dan saya tak boleh berlama-lama menjadi seorang penganggur mahupun surirumah. Tak tahu pula nanti kalau si little fetus sudah bersama-sama kami di atas muka bumi Allah nanti. InsyaAllah.*senyum lebar*

Kenapa tiba-tiba cerita hal jimat pula? Sebabnya bila bulan puasa, juadah berbuka lebih kurang macam hidangan makan tengahari hari-hari biasa. Bila hari-hari biasa pula kebanyakan kita suami isteri bekerja dan pastinya tengahari kita makan berasingan. Sah-sah paling kurang pun seorang RM10 satu hari. Betul tak? Ramadhan ni terasa sangat boleh berjimat separuh dari perbelanjaan dua orang. Contohnya : dulu 10 + 10 = 20. Sekarang boleh memaksimumkan belanja kepada 10 untuk dua orang. Ok, disitu jelasnya ada penjimatan tapi bukan itu cerita utama dari tajuk di atas.

Sebenarnya nak cerita tentang berbelanja juadah berbuka dengan lauk tunjuk dan lauk masak sendiri. Kalau sesetengah orang akan cakap lauk masak sendiri lebih jimat. Tapi bagi kami, lauk tunjuk lagi jimat. Kenapa? Sebabnya kalau tunjuk dua lauk paling mahal pun RM5. Kemudian air RM2. Kuih RM1. Kalau ada hari nafsu makan tinggi, mungkin dalam RM15. Bezanya kalau lauk masak sendiri, tunjuk bahan mentah ayam tiga ketul pun dah lebih RM5. Tambah lagi dengan accessories plus perisa tambahan (tidak termasuk ramuan asas). Masak pula lauk jadi banyak, dan akhirnya tak mampu dihabiskan. See!

Ok, mungkin orang akan kata masak janganlah masak untuk sepuluh orang walhal isi rumah dua orang. Betul. Betul. Entah minggu bila masak sup ayam tak sampai dua ketul. Tak habis juga walaupun buat bersahur sekali. Errr....ke saya masak tak sedap? Haha. Ok, tak kisahlah macam mana pun. Tapi jelasnya Ramadhan boleh buat kita berjimat. Pentingnya, jangan ikut nafsu makan yang akhirnya akan membawa kepada pembaziran. Tak elok, itu semua perbuatan syaitan yang dilaknat. Dan satu lagi yang jelas, bila puasa nak makan nasi satu pinggan penuh pun rasa macam mampu tak mampu. ;)

Alhamdulillah, sehingga semalam saya dan encik suami tak berlebih-lebih dalam berbelanja. Maksudnya tak tunjuk lebih-lebih macam orang nak buat kenduri. Huhu. Paling banyak pun tiga lauk yang mana satu lauk dipilih khusus untuk bersahur. Kalau nafsu makan nak itu ini, kami akan pastikan semua yang dinafsukan itu akan kami dapatkan secara bergilir-gilir. Contohnya, pergi gerai hujung beli bubur, di tengah-tengah nampak orang jual murtabak dan jiwa meronta-ronta nak. Kami akan selalu beringat - kami tak akan beli pada masa yang sama. Esoknya pula. Itupun kalau nafsu tengok murtabak ada lagi. Haha.

p/s: syukur Alhamdulillah sebab saya dan encik suami akhirnya dapat menjadikan amalan berbuka dengan kurma, air, kuih-muih terlebih dahulu. berbuka dengan juadah berat selepas solat Maghrib. percayalah, itu salah satu penjimatan yang tak akan buat kita tambah nasi berkali-kali. ;)

Doa : Untuk Ibu dan Kandungannya

Assalammualaikum. Hai.
Salam 16 Ramadhan.

Separuh Ramadhan telah meninggalkan kita. Semoga ibadah puasa yang telah kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Amin Ya Rabb. Dan Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan saya dalam menjalankan ibadah puasa ini dengan jayanya. Alhamdulillah. 

Hari ini, saya nak kongsikan satu doa yang baik untuk ibu mengandung amalkan sepanjang kehamilan bagi kesejahteraan diri serta anak. Bila kita cari maklumat berkenaan dengan amalan-amalan dan doa-doa yang patut diamalkan, ada banyak yang disumbangkan. Ada juga yang berkata tiada doa khusus untuk ibu mengandung. Saya secara peribadi membuat kesimpulan sendiri : amalan terbaik untuk dilakukan ialah istiqamah dalam membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Kalau mampu, khatam beberapa kali sepanjang tempoh 9 bulan si kecil berada dalam rahim ibu. InsyaAllah. 

Semalam, saya jumpa doa ini. Baik juga untuk kita amalkan dan saya kongsikan. Sebenarnya, tak kisah macam mana bentuk doa kita yang penting kita berdoa dengan rendah hati dan penuh rasa kehambaan. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Mendengar. Mari kita sama-sama amalkan. :)


p/s: esok cuti. hati bunga-bunga. balik nanti nak beli bahan untuk buat kuih melaka. insyaAllah.

August 15, 2011

Dapur : Kek Lapis Alwani

Assalammualaikum. Hai.

Actually, tidaklah successful sangat tapi boleh capai target peribadi - consider ok lah kan? Ahaks! Atas sebab hari Sabtu tidak melekat dirumah dari pagi sampai malam, Ahad saya memilih untuk menjadi fully housewife sementara encik suami ke rumah mertua untuk service motosikal kesayangan beliau. Ikutkan beliau, tak mahu tinggalkan saya dirumah tapi alasan terbaik untuk diberi ialah : housekeeping. Mahu tak mahu, beliau terpaksa terima dengan berlapang dada. :p

Seperti yang dirancang, saya nak kukus kek lapis dan buat kuih melaka untuk disedekahkan. Tapi, cuma kek lapis yang berjaya dikukus manakala bahan-bahan untuk kuih melaka sudah terlupa untuk dibeli (niat baik selalu sahaja ada halangan samada dari kita sendiri atau lain-lain hal). Sambil mengukus saya iron semua baju seluar kerja encik suami yang boleh dipakai setahun kononnya serta baju saya sendiri (rajin yang amat kononnya). Itupun nasib baik encik suami tak ada dirumah dan bila balik beliau tidur dengan nyenyak. Kalau tidak, tak mungkin siap semua sebab kerja nak 'bergaduh' dengan dia. :p

Semalam saya kukus Kek Lapis Alwani resepi dari kak DJ, kakak senegeri. Tapi, kek lapis yang saya kukus tidak cantik seperti kak DJ. Tangan tak berseni langsung. Huhu. Mari saya kongsi resepi nya.

Kek Lapis Alwani (Resepi Kak Dayang Jack)
Bahan-bahan: loyang 6 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)


Cara-cara:

  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  • Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  • Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  • Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  • Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  • Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  • Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
  • Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  • Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  • Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
  • Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.

***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air. 


 Kek dipotong untuk dibawa ke rumah mertua.
Pagi tadi tengok dah habis.
(^____^)

Kek dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.
1 1/4 dihantar ke rumah mertua.
3/4 untuk saya dan encik suami.
1 bahagian lagi diterbangkan ke sesuatu tempat.

Sedap ke? Urm...not bad lah kot sebab yang portion yang dihantar ke rumah mertua dah habis. Haha. Encik suami kata ok. Dan resepi kak DJ memang memenuhi selera mereka insyaAllah. Dan semoga 1 bahagian lagi itu selamat sampai ke destinasi. Terlebih dahulu mohon ampun dan maaf sekiranya rasanya tak sedap dan tak memenuhi citarasa. Dan maaf juga sebab kecil sahaja. Haha. Maaf juga sebab tak ada campuran coklat dalam kek. Nanti kalau rajin anda boleh buat topping sendiri bagi menambah kemanisan kek.

p/s: saya tidak guna Golden Churn. jangan risau. ;)

Doa : Elak Keguguran

Assalammualaikum. Hai.

At first nak cerita pasal weekend tapi godek-godek tutorial terjumpa pula doa yang amat berguna ini. Wanita yang mengandung, amalkan doa ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurangnya 3 kali dan dihembus ke perut. InsyaAllah. Kita rancang, kita usaha, Allah sahaja yang menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Surah Al-Hij'r 

Maksudnya:

97 : Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

98: Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang  sujud.

99: Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Selanjutnya disini : ResepiRahsiaKu.Com

p/s: buat pertama kalinya tidur selewat ini walhal tadi dah kena marah. mungkin sepanjang siang tadi sibuk memanjang sebab itu tak mengantuk. :p

August 13, 2011

Hidup : Aset

Assalammualaikum. Hai.

Hoh! Kerja baru setahun ada hati nak bercerita tentang aset. Hehe. Jujur, saya masih belum memiliki sebarang aset sendiri. Saya cuma ada hutang PTPTN yang saya sendiri tak tahu entah bila saya boleh menghabiskan bayaran. Kerja tetap tak dapat lagi tapi hutang dah berpuluh ribu. Adeh! Rasa nak tercabut kepala lutut fikir pasal hutang yang satu itu. @___@

Berbanding dengan encik suami saya, beliau sudah punya aset sendiri. Mr. SEG dan Mr.GL termasuk Mr.EX5 semuanya milik encik suami. Hasil titik peluh beliau sendiri. Dan saya sedang dalam proses nak kenyit sebelah mata untuk menakluki Mr.SEG. Sebabnya, dulu beliau membuat keputusan untuk membeli Mr.GL bertujuan nak memudahkan bakal isterinya (ketika itu masih tunang) bila dah berlesen. Jadi, InsyaAllah lepas raya nanti saya akan berjaya mendapatkan lesen. Makanya, harus memulakan dari sekarang kenyit-kenyit sebelah mata. Hihi.

Sekarang, encik suami sedang berada dalam dilema. Dilema untuk menambah satu lagi aset beliau. Sudah diluluskan yang satu itu tapi ada satu tawaran lain yang mendapat sokongan penuh dari mak ayah beliau. Dan saya? Saya cuma mengikut kata suami. Kedua-dua tawaran saya terima dengan hati terbuka dan mana satu pilihan encik suami, itulah pilihan saya. Shh. Sebenarnya saya sependapat dengan encik suami saya yang memang dah tergoda dengan aset yang telah mendapat kelulusan itu. Dan saya juga sebenarnya turut berada dalam dilema. Haruslah. Aset encik suami aset saya juga. Ops! :p

Urm, semoga segera saya dapat pekerjaan yang lebih baik supaya saya boleh beli aset sendiri pula. Ahaks! Mana tahu aset pertama saya nanti berupa BMW 5 Series ke atau Bungalow sebijik ke atau Kapal Terbang Peribadi. Haha. Gelak berdekah-dekah! Tapi..Amin Ya Rabb. Sesungguhnya masa depan kita sendiri tak nampak. Andainya saya ditakdirkan kaya-raya dalam tempoh 10 tahun akan datang, siapa tahu? Hik3. Kata-kata itu satu doa. Dan saya aminkan kata-kata saya biarpun seperti angan-angan mat jenin lagak ayatnya. Tapi, hari esok tak siapa yang tahu. Kita cuma merancang, Allah yang menentukan.

p/s: terbantut hajat nak buat kek lapis. pagi tadi belajar bawa kereta untuk jam yang ke 6. disambung pula dengan lawatan ke lapangan aset encik suami bersama mak ayah mertua dan diteruskan perjalanan menuju ke jualan gudang pakaian. seterusnya singgah di market cari lauk untuk juadah berbuka dan singgah di tesco untuk cari barang-barang dapur. berjalan tanpa henti bersama encik suami dan mertua. seperti biasa, hujung minggu berbuka bersama mertua. senyum.... :)

August 12, 2011

Hidup : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Assalammualaikum. Hai.
Salam Jumaat.
Salam 12 Ramadhan.

Alhamdulillah sehingga hari ini dipermudahkan oleh Allah SWT untuk berpuasa. Biarpun beberapa hari sebelum minum susu setiap pagi, saya sudah menjadi lemah bila jarum jam pendek melangkaui 6 dan jarum panjang telah melepasi angka 6 juga. Alhamdulillah. Sungguh besar kuasa Allah. Tenaga yang diperolehi dari segelas susu, segelas milo/teh/nescafe, segelas air suam, nasi dan kurma boleh membuatkan saya bertahan sehingga ke petang. Bayangkan pada saat Ramadhan belum kunjung tiba - sarapan nasi lemak pukul 8 pagi, jam belum lagi pukul 12 perut sudah berkeroncong hebat. Atas sebab itu saya menganggap puasa merupakan diet terbaik untuk kita. Tapi jangan pula berpuasa dengan niat untuk kurus. Berpuasa kerana Allah, puasa sunat Isnin dan Khamis.

Semalam, encik suami berkongsi satu kisah benar yang agak kelakar tapi itulah realitinya. Realiti dalam kehidupan kita sehari-hari:

Kisahnya, ada seorang suami yang baru balik dari bermain badminton terdengar sayup-sayup isterinya menangis sambil memanggil nama umi. Hati suami mana yang tidak risau dan terus masuk ke rumah mendapatkan isterinya. Rupa-rupanya si isteri menangis menahan kesakitan pada dahi disebabkan oleh anak kecil berumur lebih kurang 1 / 2 tahun terlepas / tercampak lampu suluh dan terkena dahi si isteri. Dahi si isteri bukan setakat bengkak tetapi sudah berdarah. Sudah tentu kita boleh agak bertapa kuatnya 'hentakan' lampu suluh tersebut pada si isteri.

Si isteri yang sama juga pada satu malam sudah bersedia untuk tidur. Anak kecilnya yang agak bersaiz XL berumur 2 / 3 tahun terus baring melulu disebelah emaknya. Tersilap cara mendaratkan kepala, entah bagaimana kepalanya ter'hentak' kepala si isteri dengan kuatnya. Sekali lagi si isteri menangis dan menahan kesakitan pada dahinya yang sudah benjol. Si anak yang sudah agak mengerti terus lari ke bilik sebelah tak mahu tidur, makan dan minum atas sebab rasa bersalah kerana membuatkan ibunya menangis. 

Si suami pun berkata, itulah dia seorang ibu. Kesabarannya. Kalaulah aku berada ditempat dia, mesti aku dah pukul atau balun anak aku tak kira sengaja atau tidak. tapi dia cuma menangis. Tak marah. Tak pukul.

So, kesimpulannya? Kesabaran, ketabahan, kecekalan, kekuatan seorang ibu / isteri adalah lebih hebat berbanding suaminya yang kebiasaannya dianggap gagah perkasa. Kekuatan yang paling hebat adalah dari hati bukan tubuh badan. Biarpun hati seorang wanita dikatakan mudah rapuh / pecah / hancur tetapi disebalik kesakitan itu telah membangkitkan satu kuasa yang tiada tandingan. Sesungguhnya ciptaan Allah itu sempurna dan tidak sia-sia. Bukti Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang.

Lagi bukti kuatnya seorang ibu / isteri :
TARRRRAAA!!!
hik.hik.hik.





Whoops! Ampun. Ampun. Ampun. Bagi sesiapa yang sememangnya suka makan ubat-ubatan, sudah tentu tidak menjadi masalah untuk makan setakat 4 biji pil yang tak pahit seperti dalam gambar diatas. Tetapi bagi saya yang anti ubat-ubatan tak kira kategori apa, kekuatan untuk makan semua pil-pil diatas setiap pagi satu jam sebelum bersahur memang luar biasa. Bukan senang nak makan ubat. Kalau tak mengenangkan kesihatan si little fetus, agaknya dah lama campak dalam sinki. Tak ada orang nak pantau pagi-pagi yang buta itu sebab semua tengah membuta. Hehe.

Okay. Selamat berhujung minggu kawan-kawan sekalian. Bagi yang tak update berkurun lamanya itu, update lah. Kesian saya yang hari-hari mengidam nak baca entri. Mummy Zue, kalau baby saya nanti berliur saya salahkan kamu. Haha. Pesanan ini khusus untuk anda. Letih on gmail, tapi orang tu hilang. T_T Kecewa!

p/s:sangat happy hari ini hari Jumaat. mood memang nak bersantai dirumah sahaja. :)

Dapur : Moist Chocolate Cake

Assalammualaikum. Hai.

Hujung minggu lepas, saya sangat bersemangat untuk mengukus kek. Niat di hati nak kukus kek lapis tapi terasa malas untuk melapis-lapis. Makanya saya melunaskan kehendak hati dengan mengukus Moist Chocolate Cake. First time buat kek moist dan first time buat topping. Kelakar pun ada bila terjerit-jerit panggil encik suami minta pendapat. Maklumlah, pertama kali. Nanti untuk kali yang kedua (kalau ada), tak jerit-jerit lagi sebab dah pandai. Muahaha. (kononlah.)

Mohon ampun dan maaf tak dapat nak kongsi resepi disini. Dah lupa cedok kat mana sebab still old school punya style - salin atas kertas. Huhu. Apa yang pasti kalau nak buat kek ni kena ada gula halus, coklat, tepung, esen vanila, baking powder, telur dan marjerin. Kuantiti? Tak ingat. :( Untuk hiasan, encik suami pilih badam tumbuk kasar. Bagi rasa lain sikit katanya. Dan untuk topping pula perlu ada coklat masakan dan butter. Serbuk coklat saya hari tu tak berapa cukup. So campur dengan milo. :p

Ambil masa berapa lama? Keseluruhan masa saya rasa dalam lebih kurang 3 jam. So sambil mengukus, saya iron semua baju encik suami untuk pakai seminggu. Sempatlah nak menanak nasi semua. Itu senangnya kalau buat kek tak berlapis. Tak payah nak duduk bangun berjalan ke dapur banyak kali. Huhu. Disamping boleh buat kerja lain, so tak ada istilah buang masa. Encik suami cakap, "pelik tengok awak rajin." Ceh! Mak sms pun cakap rajin pula nak buat kek time-time begini. Sekali lagi ceh! @___@

Ok, saya bagi tengok gambar picisan sahaja ok. 


p/s: Hujung minggu ni insyaAllah kalau rajin nak buat kek lapis. Semoga rajin! Amin....
p/s: Berkira-kira juga mahu buat kuih melaka untuk disedekahkan di surau/masjid...InsyaAllah...

August 11, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [3]

Assalammualaikum anak mother.
Seperti biasa, semoga anak mother sihat.

Semalam, mother pergi jumpa doktor lagi. Terus-terang mother cakap, mother memang tak suka tempat bernama klinik atau hospital. Seolah-olah mother ada alergi disitu. Mother jadi takut dan berdebar tak semena-mena. Walhal, bak kata Auntie Hafizah : "check bulan-bulan pun takut". Anak mother jangan ikut macam mother. Tak baik. Nanti tak boleh jadi doktor macam mother. Tau! Ok, tak payah cerita lebih-lebih tentang alergi mother yang satu ini. Nanti anak mother terikut pula.

Mother minta pelepasan dari bos untuk balik pukul 3 petang. Nasib baik mak dan bapak bos mother dah balik, kalau tidak ada jugalah yang nak berjawab sebelum pergi. Father semangat dah tunggu mother diluar pukul 2.30 petang. Sampai-sampai klinik, mother terus daftar dan ambil nombor. Tak sampai seminit, nombor mother tertayang dekat atas pintu. Mother dengan senang hati masuk jumpa makcik jururawat yang garang itu. Huhu. Mother pasrah bila selalu terkena periksa dengan dia.

Mother disuruh naik atas timbang untuk ukur tinggi. Eh? Timbang untuk timbang berat badan, bukan ukur ketinggian. Tahu? Mother terkejut ye ye bila jururawat cakap berat mother 63kg sahaja. Ok, fine! Mother memang gemuk. Musykilnya, pipi mother semakin tembam. Kenapa? Adakah kata-kata mother dimakbulkan? Mother nak pipi tembam sikit. Tapi tak mahu badan tembam. Huhu. Tekanan darah mother juga baik-baik saja. 120/70. Senyum lebar.

Dan seperti sebelumnya, mother perlu pergi ke makmal untuk periksa urine dan darah. Mother ingatkan dah tak ada kena cucuk-cucuk lagi. Tapi makcik makmal minta jari mother untuk dicucuk. Apa yang mother boleh buat? Serahkan saja jari jemari comel mother. Dah selesai, mother pergi menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor. Agak lama jugalah menunggu. Father mula merungut-rungut. Mother merungut juga tapi kena istighfar banyak-banyak.

Tiba giliran mother bersama doktor. Namanya Dr. Lau.

Doktor: Hai Dayang.
Mother: Hai.
Doktor: Ada muntah?
Mother: Urm?
Doktor: Muntah sikit-sikit ada lah?
Mother: Memang tak ada.
Doktor: Bagus2. (sambil tunjuk ibu jari.)
Mother: (senyum ceria)
Doktor: Check kaki sekejap. Urm, tak sakit?
Mother: Tak.
Doktor: Baring sana.

Mother pun pergi dan menunggu dengan sabar. Doktor datang dan check anak mother ni. Mother tak tahu apa nama benda alah yang doktor guna, tapi alat itu untuk dengar bunyi jantung anak mother. Cuma doktor kata anak mother kecil lagi - tak sampai 16 minggu pun jadi agak sukar untuk menjejaki anak mother kat dalam sana. Tapi kami boleh dengar seolah-olah ada bunyi seakan-akan nafas / dengus. Mother tak pasti bagaimana nak jelaskan apa yang mother dengar. Apa pun, mother gembira sebab walaupun tak boleh dengar dengan jelas bunyi tapi tertera heartbeat anak mother pada screen benda alah tu.

Anak mother macam mana sekarang? Doktor tak cerita tapi mother yang baca. Anak mother sekarang kerap tersedu walaupun mother masih belum dapat rasa pergerakan. Kuku anak mother dah terbentuk serta sendi anggota dah boleh bergerak. Mother dan father dah boleh check anak mother lelaki atau perempuan dengan ultrasound. Tapi buat masa ini mother father tak terfikir lagi untuk buat check up jantina. InsyaAllah bila anak mother dah besar sikit nanti. Kalau tak buat pun tak apa kan? Surprise sikit. Betul tak?

Sebenarnya, mother tak sabar nak rasa pergerakan anak mother. Mother memang tertunggu-tunggu saat itu. Nak rasa anak mother bertindak-balas bila mother atau father bercakap. Mother teringat Nek Wan kat kampung masa mengandung Mak Udak dan Pak Usu. Nampak perut Nek Wan bergerak-gerak bila mother dan mak saudara anak mother tegur-tegur dia. Hehe. Tak sabar rasanya hati mother. Teruja.

Ok anak mother father. Sekali lagi, jangan nakal-nakal ye. Mother father sayang anak mother father. Eh sekejap, bagi salam kat Auntie Nur 'Adawiyah. Tahniah! Nanti anak mother father sebaya dengan anak Auntie Wiyah juga. :)

August 9, 2011

Dapur : Oh Golden Churn!

Assalammualaikum. Hai.

Sekarang kecoh hal mentega import dari New Zealand yang satu itu - Golden Churn. Halal ke tidak? Bila dah ada keputusan dari JAKIM pula, kenyataan media sangat mengelirukan. Sampaikan ada kawan saya cakap semalam, 'Golden Churn Sarawak je yang haram tapi Golden Churn Semenanjung halal'. Saya macam, 'eh lah. esok kita sama-sama pergi tengok dekat tin tu eh. yang kat sana tu dari New Zealand, kat sini manalah tau dari Lembah Klang'. Whooops!

Sumber : Metro

Family saya memang dah lama tak guna butter ni (tapi tak pasti since tahun bila) sebab price yang agak mahal. Kami guna brand buttercup and even now saya kukus kek sendiri pun guna buttercup. Sebenarnya ada beza bila guna marjerin dengan lepa susu ni (saya baru tau marjerin lain lepa susu lain. haha. tau makan aje. sebab tu tau rasa tak sama. hihi.)

Bercerita hal Golden Churn yang dicintai, saya agak terkilan sebab dah hidup suku abad baru isu halal terbongkar. Tak pasti samada memang sebelum ini halal dari New Zealand diperakui setelah diselidiki oleh halal Malaysia atau sebaliknya. Sekarang timbul isu berbeza nombor keluaran semua semasa diselidiki. Urm, entahlah. Tak mahu komen panjang-panjang nanti saya jadi isu pula.

So, kami sekeluarga buat keputusan memang tidak akan menggunakan Golden Churn. Dah syubhah kan, so marilah kita cari yang halal. Kalau selama ini Golden Churn tu memang ada anasir-anasir yang tak sepatutnya maka sama-sama mohon ampun dari Allah SWT. Allah Maha Mengetahui. :)

p/s: Salam 9 Ramadhan semua. Semoga amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

August 4, 2011

Dapur : Tunjuk Lagi

Assalammualaikum. Hai.

Hari ini dah empat hari kita berpuasa. Alhamdulillah, setakat ini masih berpuasa lagi. Masih mampu. Masih larat. Biarpun orang pejabat cakap saya nampak letih dan lemah. Especially pagi-pagi sementara nak tunggu pukul 8.30 saya akan berteleku diatas meja. Ngantuk kot. Bangun pukul 4.30 pagi tuh. Tak tidur lagi dah lepas tu. Mahunya tak ngantuk pagi-pagi. Lagi puasa nih memang bertambah-tambah pula angin tidur. Huhu.

Eh, semalam korang berbuka dengan apa? Saya sekarang macam rajin kan tulis entri hari-hari dan siap letak gambar makanan lagi. Bagai menggoda di bulan puasa. Haha. Tapi tak berniat untuk itu. Sementara masih rajin, saya hidangkanlah entri berserta dengan gambar sekali. Kalau malas nanti sebulan dua bulan belum tentu ada satu entri. Huhu. Gambar-gambar makanan itu semua lauk tunjuk saja. :)

Gambar ditangkap oleh saya sendiri. Sebab itu tak begitu cantik. Tak begitu menggiurkan. Haha. Itulah juadah kami semalam setelah menunjuk-nunjuk di Bazaar Ramadhan Chemor. ;)

Pajeri Terung
 
Ayam & Hati Ayam Percik
Siput Sedut Masak Lemak
 
Kacang Panjang & Timun
 
 Popia Goreng
 Limas
Jus Tembikai

Erm...ruginya rasa tak boleh nak bertarawih macam orang lain. Tapi tak boleh juga nak paksa diri. Karang, pengsan semua orang berhenti dari solat sebab kalut dengan seorang wanita hamil 3 bulan pengsan. Masuk metro esoknya WANITA HAMIL PENGSAN SEMASA SOLAT SUNAT TARAWIH. Tak pasal-pasal saya glamor macam artis. Kalah kes putus tunang penjaga gol Malaysia kesayangan korang. Ahaks!

Lately, drama Melayu memang mengganggu-gugat jiwa dan perasaan. Zulliana kata dah macam mak-mak layan drama melayu. Haha. Tapi Ramadhan Terakhir, Kasih Alia, Tahajud Cinta dan Stanza Cinta merupakan drama yang saya tak mahu ketinggalan. Sedangkan Laila Manja pun saya layan ketika bosan di office. Saya kan ada kebolehan untuk mendengar drama sambil buat kerja. Muahaha. So, tak jadi masalah buka drama di Tonton dan pasang earphone kat telinga. Hihi.

Oklah korang. Enough for today. Jangan terliur tau! Saya nak buat akaun. Sekarang saya tengah buat akaun yang kedua. Alhamdulillah semuanya lancar. Semoga 'guru' saya tidak seperti "ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Huhu. Enjoy bila bekerja sambil belajar. Senyum! :)

August 3, 2011

Dapur : Lauk Tunjuk


Assalammualaikum. Hai.

Ahaks! Menggoda tak lauk-pauk berbuka puasa saya dan encik suami semalam? Hihi. Pagi lagi, jangan asyik ingat nak berbuka. Tak elok. Kang sipi puasa kang. Muahaha. By the way, itulah lauk yang sempat ditunjuk semalam di Bazaar Ramadhan. Haha. Tunjuk saje. Idak ler teman sempat nak masak semua tu. Kalau sempat pun idak ler teman terror nak masak macam tu. Masak yang simple boleh lah. Hihi. Malu! @__@

Akhirnya berjaya juga mendapatkan talapia bakar. Yummy ok! At first, kami ke Bazaar Greentown sebab selalunya ikan bakar kegemaran dari Restoran Tasik Raban akan ada disitu. Tapi hampa pula. Even Restoran dia pun tak buka. Sedih aje! But, encik suami buat keputusan nak juga cari ikan talapia jadi kami pun menuju ke Bazaar Stadium yang teramat sesak jalannya. Encik Polis mahupun Rela tak kelihatan. Rasa nak pergi sekeh aje manusia-manusia pentingkan diri. Grrr. Eh, puasa. Sabar.

Ada yang tanya, saya pergi tarawih tak? Jujur dan ikhlas saya menjawab, saya tak pergi tarawih. Niat ada tapi tak terlaksana. Mungkin sahaja orang akan cakap, "oh sembang aje dia tu. so many excuses!" Dan mungkin saya menjawab, "Allah knows better. Do like I care with your nonsense?" Macam kejamkan? Tapi kata-kata orang ni baik kita tepis aje kiri kanan. Hehe. Saya sebenarnya dah lebih sebulan tak mampu nak solat berdiri. Kalau berdiri, saya jadi pitam. Cuci pinggan pun, sekejap-sekejap saya duduk rehatkan badan kasi cool. Selain itu (skema), saya juga sebelum solat Isya' mata memang macam dah kena gam. 

Namun, ibadah serta amalan kita bukanlah setakat Tarawih je kan. Alhamdulillah, saya sudah selesai membaca 2 Juzuk. Niat saya untuk Ramadhan kali ini, menamatkan 30 Juzuk. Semoga semuanya terlaksana dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Ada orang cakap, "tak apa, sunat sahaja. pentingnya jaga yang wajib pastikan sempurna dan penuh." InsyaAllah akan dijaga sebaiknya ibadah wajib. Niat mahu bersedekah di Masjid/Surau juga belum terlaksana. InsyaAllah hujung minggu. Semoga larat. Semoga kuat. Dan semoga rajin. Keh3.

Gambar lauk tunjuk je ke? Gambar masak sendiri tak ada ke? Sahur tadi masak apa? Hahaha. Sahur tadi masak Sardin je! Bangga. Bangga. Tapi memang sesuai lah sardin masak kicap dimasak untuk bersahur. Naik selera. Encik suami bertambah. Ahaks! Memang nak ambil gambar tapi dalam mamai-mamai plus sibuk pung pang serta kejar masa, memang tak sempatlah nak ambil gambar. Oh, satu lagi. Encik suami agak kurang gemar saya nak ambil gambar merepek-repek ni. Sebab itu walaupun ada D70s dalam almari, saya tetap guna kamera handphone buruk saya. Tapi kalau guna D70s nanti, semua terliur lak. Hihi.

Erm, kami belum lagi berbuka dirumah mentua. Dalam perancangan hujung minggu nanti, InsyaAllah. Otak dah berkira-kira nak masak something tapi berkira-kira saja lah. Setiap petang, saya jadi rajin menggodek-godek resepi dalam internet. Pelik. Siap minta resepi bagai dengan kawan sekolah. Haha. Memang dah macam tahap-tahap emak sekarang. Sibuk nak pikior masak apa. Adeh! Haha. Semoga saya boleh jadi chef kepada encik suami. Itu sudah memadai. Hihi.

Urm, rajin pulak hari-hari kerja nak menulis kan? Sila katakan : Dayang Rosmieyatie memang RAJIN. Kata-kata itu satu doa ok. Tak kira dimana anda berada, apa yang anda lakukan, jangan berhenti dari berdoa. Oh, baby saya baik. Alhamdulillah, mother melalui kedua-dua hari ini dengan jayanya. Thanks Allah! :)

August 2, 2011

Dapur : Komitmen

Assalammualaikum. Hai.

Salam 2 Ramadhan semua. Bagaimana dengan 1 Ramadhan kamu? Saya, Alhamdulillah. 1 Ramadhan dilalui dengan jayanya biarpun perut kosong. Alhamdulillah, semoga saya mampu untuk berpuasa penuh tahun ini. Mak pesan, 'kalau rasa tak larat tak payah puasa.' So, selagi saya larat saya akan berpuasa. Encik suami cakap, 'kot ye pun tak dapat puasa 30 hari, ada banyak hari lagi nak ganti.' Saya pula cakap, 'sedangkan yang 7 hari setiap tahun itu pun payah, apatah lagi nak ganti 30 hari.' =___='

Semalam otak saya ligat berfikir nak sediakan apa untuk bersahur sungguhpun belum lagi berbuka dan tengah semak akaun client. Ligat betul otak saya berfikir nak masak apa. Apa yang sesuai untuk bersahur. Lauk apa yang menyelerakan pagi-pagi. Biarpun encik suami kata makan yang simple-simple itu ok, tapi saya sebagai isteri tentunya mahu menyediakan yang terbaik untuk encik suami. Walaupun tak berapa nak pandai bersilat di dapur. Sekejap-sekejap, saya menggodek-godek internet tengok resepi. Nasib baik tak terliur nak berbuka bila tengok gambar makanan sedap-sedap. Haha.

Makanya pagi tadi, si isteri yang baik hati ini menyediakan sup kentang untuk suaminya. Dan jugak hati masak kicap yang dipanaskan serta milo panas. Alhamdulillah. Walaupun tidaklah semewah mana tapi saya cukup berpuas hati sebab dapat sediakan juadah bersahur untuk encik suami. Oh. Cerita pasal berbuka puasa pula, kami cuma beli lauk tunjuk dan masak nasi dirumah. Tak sempat rasanya nak masak apa-apa, balik kerja pun lambat. Huhu. So InsyaAllah hujung minggu nanti akan saya cuba sediakan sendiri juadah berbuka untuk kami. Tapi, saya prefer buat kuih berbanding dengan lauk. =___='

By the way, sekarang saya dah nampak apa yang pernah kakak-kakak senior cakap pada saya. 'jangan risau, nanti kamu dah kahwin kamu tahu buat semua tu. automatic kamu akan ke dapur walaupun kamu tak suka.' Ya. Itulah yang berlaku pada diri saya dan Alhamdulillah saya bersyukur. Saya tak lupa diri yang saya dah bersuami dan ada tanggungjawab lebih besar dirumah. Mahu atau tidak, itulah dinamakan tanggungjawab. Pengorbanan yang kita sudah sedia maklum sejak merancang sebuah perkahwinan. Semoga terus begini hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Ameen. 

August 1, 2011

Hidup : Salam Ramadhan! :)

Assalammualaikum. Hai.

1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432. Salam Ramadhan semua! Pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. Tahun lepas saya meraikan Ramadhan bersama-sama dengan warga sekerja di KLMU dan kini saya meraikan Ramadhan sebagai seorang isteri kepada suami tercinta serta bakal ibu. Subhanallah. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Alhamdulillah. 

Persediaan menghadapi Ramadhan? Hehe. Terus-terang dalam hati timbul rasa risau yang amat. Yalah, buat kali pertamanya menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri kan? Hihi. Puasa pun belum, otak dah celaru nanti nak masak apa sahur. Berbuka macam mana pulak. Sahur nanti sempat ke nak masak. Nak bangun pukul berapa. Alah ngantuknya. Rasa-rasa boleh tidur tak lepas sahur. Huhu.

Dan pagi ini, bermulanya Ramadhan pertama. Sahur pertama. Alarm set pukul 4, tapi bangun pukul 4.30. Hihi. Sengaja set awal supaya boleh ambil mood pagi yang sihat, segar dan ceria selama setengah jam. Masak nasi, didihkan air masak dan potong sayur. Sup sap sui! Dah siap atas meja semua dan encik suami dah tunggu kat meja. Kelakarnya encik suami gelak-gelak isterinya semangat masak sayur untuk sahur.

Makanya, bersahurlah suami isteri ini berlaukkan daging masak apa entah (tak tau, sebab MIL yang bagi) dan sayur campur bersama-sama dengan teh o panas. Masing-masing makan dengan muka mamai dan seolah-olah lidah dah tak ada deria rasa. Haha. Tapi, nasi satu pot habis juga dibaham oleh dua orang hamba Allah ni. Tak elok membazir katanya walhal ...... tet!

Saya mengakhiri sahur dengan segelas susu Dutch Lady Low Fat (terpaksa) dan sebiji kurma dengan harapan semoga saya dapat menjalani ibadah puasa hari ini dengan jayanya serta bertenaga. InsyaAllah. Walaubagaimanapun, sebelum sempat saya solat Subuh : segala makanan yang dimakan semasa sahur telah dikeluarkan kembali tanpa sengaja. Huhu. Redha aje la berpuasa dengan perut kosong hari ini. 

Berbicara tentang bersahur dan berbuka:

Cik Isteri : Makan capatti home-made untuk sahur pun ok gak kan?
Encik Suami : Ok. Tapi awak reti ke?
Cik Isteri : Tadi dah belajar. (senyum kambing)
Encik Suami : Mak! Yatie belajar masak ni kat mak tadi ke?
Cik Isteri : (terbeliak)
MIL : (tak layan encik suami)
Cik Isteri : (gelak-gelak kambing)
Encik Suami : Saya ok je.
Cik Isteri : Kite makan cornflakes ke, cocoa crunch ke.
Encik Suami : Saya ok je. Saya tak kisah.
Cik Isteri : (senyum lebar). Berbuka camner? Kite dah terbayang talapia bakar.
Encik Suami : Eleh, sekarang pun boleh pergi kedai dia kalau nak.
Cik Isteri : Bukan tak nak tapi awak tu macamlah nak bawak.
Encik Suami : Awak tak ajak.
Cik Isteri : Macamlah awak nak pergi kalau awak ajak.
Encik Suami : Dah awak tak ajak.
Cik Isteri : Ceh!
Encik Suami : Nanti saya belilah. Kalau bawa awak ni susah sikit.
Cik Isteri : (jeling)
Encik Suami : Nanti on the way balik saya singgahlah beli lauk.
Cik Isteri : Saya ok je.

p/s: semoga amalan dan ibadah kita diterima, diberkati serta diredhai oleh Allah. 

Blog design by Rainy Day