Pages

Jul 19, 2011

Kawan : KL Yang Tidur

Assalammualaikum. Hai.

Terrible. Horrible. Cake Marble.
:p

Ok, mode malas untuk update blog memang hebat. Saya tidak akan cakap bahawasanya saya sibuk dengan kerja yang melambak serta hujung minggu yang padat. Dalam keadaan sekarang saya rasa semua malas. Kalau bukan kerana mahu mencari rezeki, rasanya bergerak sedikit saya juga malas. Orang kata, jangan layan sangat nanti anak kita akan jadi pemalas. Subhanallah. Semoga little fetus saya terpelihara dan dilindungi oleh Allah SWT.

Hujung minggu yang lepas lepas, saya ke KL. Amazing ok, bila sampai tengah bandaraya KL : KL sedang tidur. Peluang yang jarang-jarang untuk dikecapi. Kagum dan kelakar. Saya dan encik suami gelak-gelak manja sepanjang jalan. Haha. Nasib baik pak polisi tak tahan encik suami yang bawa beg besar. Kalau tidak, kantoi. Haha. Ok, tipu. Dalam beg cuma ada baju-baju kami yang cantik-cantik. Tak ada baju warna kuning pun. :p

Masa sampai kami terus masuk hotel di area Masjid Jamek dan siap-siap sikit kami pergi makan. Lepas makan, kami naik balik sebab penat. Encik suami siap berdengkur sementara saya layan Astro. Oh, kami sampai KL awal dari yang dijangka - 10 am. Sebelum Zohor kami keluar sekejap dan tengok bagaimana bermulanya perhimpunan tersebut dari situ. Something terasa dalam hati ketika saya teruja tengok orang ramai berhimpun - semuanya melaungkan takbir Allahhuakbar!

Selesai doa dipanjatkan ke hadratNya, semua sudah mula bersurai dan kami juga mahu balik ke bilik. Azan Zohor berkumandang, semua yang berhimpun menuju ke surau berdekatan. Saya dan encik suami terus balik bilik, solat dan tengok berita. Allah turunkan hujan pada ketika itu dan kami cuma melihat dari dalam bilik. Teruskan aktiviti tidur. Hotel memang buat macam hotel, balik bilik tidur. Balik bilik tidur. Haha. Kata bayar. Harus guna sebaiknya, kan? ;)

Lepas Asar kami keluar. Pergi LRT, tup-tup pak polisi cakap tutup. So, menapaklah kami ke SOGO tanpa tujuan. Betul-betul window shopping sampai kaki lenguh. Itu belum kira pinggang yang sakit. Sepanjang jalan, encik suami ambil beberapa pictures berada ditengah-tengah jalan KL. Mana pernah jalan tu sunyi dari kesesakan. Encik suami cakap ambil peluanglah masa tak ada kenderaan langsung. Saya pun malu-malu tapi mahu jugak. Haha.

Peace!


Malamnya, saya memang tidur. Tak kemana-mana. Tak buat apa. Tidur. Seolah-olah satu badan letih sangat walhal sebelum ini berjalan di KL dari pagi sampai malam, saya masih cool dan steady. Tapi tak apa, saya ok. Sekurang-kurangnya, duit tak lari budget nak shopping benda tak sepatutnya. Sekurang-kurangnya, saya boleh simpan duit yang telah diasingkan sebagai dana 9 Julai sampai hari ini masih ada. Alhamdulillah. Kononlah macam saya seorang yang sangat berjimat cermat kan? :p

Ahad, awal-awal pagi kami dah ke Terminal Pudu yang juga amazing. Kalah LCCT. Dan kawan-kawan saya yang dari Sarawak jemput kami kat situ. Then, kami heading to Damansara yang sebenarnya saya tak tahu langsung disitu merupakan tempat kami menghabiskan masa. Itulah tujuan sebenar kami menjejakkan kaki ke KL. Cuma kebetulan, 9 Julai perhimpunan dijalankan. Hehe. Lepas heavy breakfast, kami membuang masa, tenaga dan wang di IKEA. =____='

Dalam perjalanan, kami :

Sulia : Aku tak ada nak beli apa. Memang sengaja nak datang.
Iza : Tapi kita kena beli sekurang-kurangnya satu Su.
Saya : Aku lagilah tak tahu korang nak ke sini. Haha.

Tetapi...tarrraaaa!


Itu dia hasilnya. Saya dan encik suami juga turut rembat beberapa barang comel. Mampus nak bawa barang-barang tak comel naik bas. Haha. Itu pun habis juga lah duit. T____T Cuma masih dalam budget. Kira ok lah kan? Haha. Penuh lah isi bontot kereta dengan barang-barang kami. Bayangkan saja, kawan saya yang seorang itu borong 6 lampu syiling. Gedabak-gedabak. Nak bawa balik Sarawak tuh. Kental tak kental? Haha.

Dah agak-agak nipis dompet, kami beransur kembali ke pangkal jalan. Sebelum hantar kami ke Hentian Pudu singgah di Pandan Indah makan dekat restoran kegemaran kawan saya. Not bad, tapi saya macam orang gila tengok ulam-ulam : semua saya nak masuk dalam pinggan. Tapi tak habis - tamak! =___=' Dah sampai Hentian Pudu rasa sedih pula nak berpisah dengan kesayangan-kesayangan saya. Mak sms, "buat ulung-ulung kalinya pertemuan kamu berempat gagal".


Yes, kami agak gagal sebab kebiasaannya kami akan buat 'one-night-stand' tapi kali ini tak menjadi walaupun dah plan. Apa-apa pun, less is better than tak ada langsung. Lagi kecewa. Three of them sangatlah teruja nak tengok perut saya. Siap rasa-rasa lagi. Dah rasa nak jerit-jerit pula. Haha. I love them so much ok. Dan rindu mereka. Tak sabar nak balik bersalin, sebab pasti mereka akan berada disisi saya : sentiasa. LOVE!

p/s : yang disokong bukan 'kepala' tapi tuntutan. yang dituntut bukan 'pimpinan' tapi ketelusan. teringat akan kata-kata cikgu pengajian am berkenaan dengan politik serta perlembagaan, "politik itu tidak kotor, tapi dikotori oleh pengotor." bapak saya pernah cakap ketika saya asyik berbicara tentang demokrasi setelah belajar perlembagaan, "demokrasi. kau cakap kau kena cekik. cubalah."
p/s : tak kiralah kalau kita berbeza ideologi, berbeza pendapat politik, berbeza parti mahupun atas pagar seperti saya, berbeza bangsa mahupun agama : namun kita tetap saudara yang duduk di negara yang sama, kita tetap kawan, kita bukan lawan. saya sayang bangsa Melayu saya biarpun asalnya keluarga saya memang super duper bercampur aduk. tapi saya lebih cintakan agama Islam saya. Islam itu yang membawa kesejahteraan kekal. InsyaAllah. semoga kita diredhai olehNya.
p/s : ini entri merapu atas sebab kekurangan kerja serta mood bekerja pada hari Selasa. maaf kalau lebih-lebih merapu.

No comments

Blog design by Rainy Day