Pages

Aug 1, 2011

Hidup : Salam Ramadhan! :)

Assalammualaikum. Hai.

1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432. Salam Ramadhan semua! Pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. Tahun lepas saya meraikan Ramadhan bersama-sama dengan warga sekerja di KLMU dan kini saya meraikan Ramadhan sebagai seorang isteri kepada suami tercinta serta bakal ibu. Subhanallah. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Alhamdulillah. 

Persediaan menghadapi Ramadhan? Hehe. Terus-terang dalam hati timbul rasa risau yang amat. Yalah, buat kali pertamanya menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri kan? Hihi. Puasa pun belum, otak dah celaru nanti nak masak apa sahur. Berbuka macam mana pulak. Sahur nanti sempat ke nak masak. Nak bangun pukul berapa. Alah ngantuknya. Rasa-rasa boleh tidur tak lepas sahur. Huhu.

Dan pagi ini, bermulanya Ramadhan pertama. Sahur pertama. Alarm set pukul 4, tapi bangun pukul 4.30. Hihi. Sengaja set awal supaya boleh ambil mood pagi yang sihat, segar dan ceria selama setengah jam. Masak nasi, didihkan air masak dan potong sayur. Sup sap sui! Dah siap atas meja semua dan encik suami dah tunggu kat meja. Kelakarnya encik suami gelak-gelak isterinya semangat masak sayur untuk sahur.

Makanya, bersahurlah suami isteri ini berlaukkan daging masak apa entah (tak tau, sebab MIL yang bagi) dan sayur campur bersama-sama dengan teh o panas. Masing-masing makan dengan muka mamai dan seolah-olah lidah dah tak ada deria rasa. Haha. Tapi, nasi satu pot habis juga dibaham oleh dua orang hamba Allah ni. Tak elok membazir katanya walhal ...... tet!

Saya mengakhiri sahur dengan segelas susu Dutch Lady Low Fat (terpaksa) dan sebiji kurma dengan harapan semoga saya dapat menjalani ibadah puasa hari ini dengan jayanya serta bertenaga. InsyaAllah. Walaubagaimanapun, sebelum sempat saya solat Subuh : segala makanan yang dimakan semasa sahur telah dikeluarkan kembali tanpa sengaja. Huhu. Redha aje la berpuasa dengan perut kosong hari ini. 

Berbicara tentang bersahur dan berbuka:

Cik Isteri : Makan capatti home-made untuk sahur pun ok gak kan?
Encik Suami : Ok. Tapi awak reti ke?
Cik Isteri : Tadi dah belajar. (senyum kambing)
Encik Suami : Mak! Yatie belajar masak ni kat mak tadi ke?
Cik Isteri : (terbeliak)
MIL : (tak layan encik suami)
Cik Isteri : (gelak-gelak kambing)
Encik Suami : Saya ok je.
Cik Isteri : Kite makan cornflakes ke, cocoa crunch ke.
Encik Suami : Saya ok je. Saya tak kisah.
Cik Isteri : (senyum lebar). Berbuka camner? Kite dah terbayang talapia bakar.
Encik Suami : Eleh, sekarang pun boleh pergi kedai dia kalau nak.
Cik Isteri : Bukan tak nak tapi awak tu macamlah nak bawak.
Encik Suami : Awak tak ajak.
Cik Isteri : Macamlah awak nak pergi kalau awak ajak.
Encik Suami : Dah awak tak ajak.
Cik Isteri : Ceh!
Encik Suami : Nanti saya belilah. Kalau bawa awak ni susah sikit.
Cik Isteri : (jeling)
Encik Suami : Nanti on the way balik saya singgahlah beli lauk.
Cik Isteri : Saya ok je.

p/s: semoga amalan dan ibadah kita diterima, diberkati serta diredhai oleh Allah. 

No comments

Blog design by Rainy Day