Pages

Jul 5, 2011

Hidup : Malang Tak Berbau

Assalammualaikum. Hai.

Pernah tak korang rasa nak lempang diri korang sendiri atas sebab diri korang yang clumsy. Pernah tak korang rasa nak lempang juga orang yang marah korang sebab tak hati-hati. Pernah tak korang rasa nak sakit korang letak jari dekat pintu kereta kemudian tutup pintu seperti biasa. Pernah? Pernah? Pernah? Soalan pertama dan kedua, jawapan saya : pernah. Jawapan bagi soalan yang terakhir : kalau ada yang jawab pernah mari sini saya tolong lempang.

Malang tak berbau. Hari-hari kamu buat benda yang sama. Hari-hari kamu buka pintu kereta yang sama. Hari-hari ok sahaja. Tapi, apabila telah tertulis hari ini kamu bakal cedera maka tidak ada sesiapa yang akan dapat mengelak darinya. Sedangkan tuan punya badan juga tak tahu apa sebenar punca walhal semuanya berjalan seperti biasa. Tuan punya badan jadi keliru bagaimana si jari telunjuk boleh tertinggal disitu untuk menjadi mangsa si pintu. Serius. Tertanya-tanya sendiri.

Tetapi, tak boleh diterima akal bila mengadu dengan encik suami - bukan kata penenang yang diberi. Sebaliknya, tujahan bebelan yang dilontarkan. Nasib baik kami serupa. Masing-masing tak akan ada mahu cakap lembut-lembut kalau ada apa-apa. Itu belakang kira. Utamakan leteran. Jadi tidaklah begitu sadis bila beliau membebel cuma sekiranya beliau didepan mata, ada juga yang nak kena tembak sedas. Sudahlah sakit, kena bebel pula. Lagi berganda sakitnya.

Tapi tipulah kalau saya tak marah encik suami bebel kat saya. Bukan saya sengaja. Bukan saya nak. Bukan saya suka-suka. Dah benda nak jadi. Ingat saya seronok tangan denyut-denyut sakit. Ingat saya suka dekat kuku dah ada 'tanda lahir'. Ingat saya suka buat kerja guna empat jari sahaja. Ingat saya selesa jari telunjuk dok tegak saja tak berani nak sentuh apa-apa. Saya tak suka ok. Kalau ada siapa-siapa yang suka mari sini saya lempang.

Errr..kenapa asyik cakap nak lempang orang? Mood tak begitu baik petang-petang macam ni. Ada makhluk telah mengusik sarang tebuan dalam diri saya. Geram tak terhingga ok!

No comments

Blog design by Rainy Day