Pages

Jul 30, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [2]

Assalammualaikum anak mother.


Anak mother, say hai to all aunties yang baca nota mother. 
Ops! Bagi salam, 
*Assalammualaikum Makcik-Makcik!*

12 Julai lepas, nurse telefon beritahu doktor tak ada pada hari temujanji mother. Jadi mother disuruh datang pada 13 Julai. Makanya, terpaksalah mother membuat keputusan last minute bercuti. Father pula kebetulan ada kursus di PKG Kota Lama Kanan, tapi father balik awal semata-mata nak bawa mother dan anak mother father jumpa doktor walaupun father bising-bising dengan perkhidmatan yang diberikan. Mother pun marah juga tapi mother tak mau tambah tensi. Huhu.

Hari ini anak mother dah 13 minggu 5 hari. Terus-terang mother tak sabar nak rasa pergerakan anak mother. Teruja mother dengar bila Auntie Yus cerita fetus dia aktif dalam tummy. Semoga Allah melindungi dan memelihara anak mother dan Allah memberikan mother serta father keuatan dalam menempuh setiap dugaan mahupun kesakitan sepanjang mother mengandungkan anak mother father. Mother sentiasa ingatkan diri mother bahawa kesakitan itu bakal memberikan kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya. InsyaAllah.

Minggu kedua (Julai) hari tu, mother rasa macam ada angin kat tulang rusuk mother. Sakit sangat sampai rasa nak menangis bila mother tak tahan. Nak bergerak sikit pun rasa macam seksa sangat. Dah macam nenek tua merungut sana-sini. Silap sikit, father jadi mangsa keadaan kena tempias. Father pula memang tak akan tinggalkan mother sendirian dirumah. Jadi, petang Sabtu mother ikut Father dan Tok Wan ambil Mak Teh di Cameron. Mother rasa macam nak putus pinggang. Tapi Alhamdulillah, mother dah sembuh. Syukur sangat sebab mother memang tak mampu nak tahan.

Minggu lepas pulak, siangnya mother dah rasa tak selesa. Mother rasa letih yang amat sangat. Kawan-kawan kerja mother pun semua tegur mother. Agaknya nampak sangat kat wajah mother yang berseri berubah jadi lesu. Hehe. Malamnya, mother dah rasa tak sedap badan. Bila mother tarik nafas, mother rasa sakit kat bahagian dada. Buat kali pertama sebelum tidur mother tampal koyok sana-sini sebab dah tak tahan sangat. Satu badan sakit. Kepala mother juga sakit sangat sampai rasa nak hantuk kepala kat dinding. Pukul 4.30 pagi, father kejutkan mother bawa pergi klinik 24 jam. Dapat ubat. Dapat MC. Alhamdulillah.

Ramai yang tanya mother tentang alahan, mengidam. Mother selalu cakap kat father beruntung sebab mother tak mengidam lebih-lebih. Kalau mother mengidam lebih-lebih, over-over : nasiblah father. Anak mother father baik, tak demand. Paling hebat pun anak mother nak makan maggie. 2 hari berturut-turut mother makan mamee tomyam cup kat office. Subhanallah, nikmat rasanya bila mother dapat makan apa yang mother mengidam. Sebelum makan, mother dah macam upin ipin yang terbayang ayam seekor seekor terapung didepan mata. Bezanya mother terbayang maggie. Hehe.

Lusa, Ramadhan. Mother berharap sangat mother dapat menjalankan ibadah puasa bersama anak mother father dengan lancar. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat mother dan anak mother father. Okay, mother nak makan. Sekejap lagi nak keluar dengan father. Pukul 5 nanti mother belajar kereta. Sebut pasal belajar kereta, makcik yang ajar mother bawa kereta kalut saja. Risau kalau mother tersentak-sentak bawa kereta dan effect pada anak mother father. Hehe.

Ok anak mother father. Jangan nakal-nakal ye. Mother father sayang anak mother father.

No comments

Blog design by Rainy Day