Pages

Jul 6, 2011

Hamil : Nota Buat Anak-Anak Mother [1]

Assalammualaikum anak-anak mother.

Hari ini anak-anak mother dah 11 minggu dalam rahim mother. InsyaAllah. Semoga anak-anak mother sihat walafiat sentiasa dengan bekalan nutrien, zat dan vitamin yang mother salurkan. Hari ini hari kedua mother tak makan asid folic sebab mother dapat rasa perbezaan. Ini semua atas nasihat Auntie Hafizah Amir. Bila mother makan asid folic, mother loya-loya. Tapi sekarang bila tak makan, tak ada rasa loya. Minggu depan mother tanya doktor macam mana ok.

Sepanjang 11 minggu, mother tak ada mengidam yang melampau. Mother keliru, keinginan mother itu mengidam atau nafsu makan. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya father tak susah hati. Kalau mother nak makan yang pelik-pelik, jenuh father pergi cari. Cuma ada satu hari mother nak sangat makan Kenny Rogers. Anak-anak mother yang nak eh? Dalam perut lagi dah demand ye? Father bawa mother pergi dan mother makan tak habis. Father pun dah kembung perut sampai tak mampu nak bergerak.

Morning sickness? Kawan-kawan mother : Auntie Yusralina, Auntie Rafida dan Auntie Halimah semuanya ada muntah-muntah. Alhamdulillah mother sepanjang 11 minggu ini sekali sahaja termuntah. Auntie Halimah cakap perut mother kosong sebab itu mother muntah air. Mother memang mengelak dari nak muntah. Muntah tak sedap. Jadi, mother cuba sedaya upaya untuk halang diri mother dari termuntah walaupun mother tengah loya sangat. Mother control. Mother tarik nafas dalam-dalam, minum air masak, baring dan minta father urut.

Sepanjang 11 minggu ini juga, mother kerap letih. Tidur awal. Masak pun jarang sebab bila minta dekat father nak makan diluar terutamanya hujung minggu, father tunaikan. Malam pula, tok wan dan tok ayah selalu juga ajak mother father makan sama. Tak pun, father pergi beli apa-apa father nak makan sebab mother bila malam tak lalu nak makan. Mother tumpang tengok saja father makan. Kalau cium bau orang goreng ikan, mother memang tak boleh. Baunya padahal dah biasa tapi, sekarang macam menyengat sangat.

Oh, perut mother? Sudah tentu comel macam anak-anak mother. Father pernah tanya mother, betul ke mother pregnant sebab father tak nampak beza pada perut mother. Kalau anak-anak mother nak tau, father adalah insan yang paling excited menunggu kehadiran anak-anak mother. Ops! Anak-anak mother dengan father. Merajuk pula father kamu nanti baca nota mother. Mother pun kadang-kadang keliru, mother memang buncit atau anak-anak mother dah semakin membesar.

Mother baca, minggu ke 11 tandanya mother hampir sampai ke penghujung trimester pertama. InsyaAllah perkembangan kritikal anak-anak mother akan selesai dalam dua minggu lagi. InsyaAllah juga, risiko untuk keguguran dah berkurangan. Dari pembacaan mother, anak-anak mother sedang sibuk menendang dan meregang tapi mother tak boleh rasa lagi. Sebab, pergerakan anak-anak mother amat lemah gemalai sehinggakan seperti balet air. Urm, jari-jari tangan dan kaki anak-anak mother juga katanya sudah terpisah sepenuhnya.

Jadi, tugas anak-anak mother dengan father sekarang ialah untuk terus besar dan menjadi semakin kuat. Mother harap sangat anak-anak mother sihat sentiasa. InsyaAllah mother akan memberikan segala yang terbaik untuk anak-anak mother yang sangat perlukan mother. Mother selalu doa pada Allah SWT semoga Allah melindungi dan memelihara anak-anak mother. Father pun sama. Tak pernah tinggalkan doa untuk anak-anak mother father.

By the way, father sangat tegas dekat mother walaupun kadang-kadang mother rasa father kejam. Semalam father rampas keropok Super Ring dari mother, simpan bawah tempat duduk kereta. Pujuk-pujuk, father tak bagi juga. Bila sampai rumah, father buang terus keropok mother dalam tong sampah. Mula-mula memang rasa nak marah tapi bila mother dah sejuk, mother faham. Keropok tak elok untuk mother dan anak-anak mother father.

Ok, Auntie Zulliana mesti seronok baca cerita mother. Auntie Zulliana yang paksa mother buat entri pasal anak-anak mother father. Kita sama-sama doa ok Auntie Zulliana dan Uncle Shareen dapat baby ok. Nanti boleh sebaya dengan anak Auntie Zulliana, Auntie Rafida dan Auntie Rahimah.

Lots of Love,
Mother - InsyaAllah.

2 comments

zuezul said...

dear mother..hehehe

thanks mother..mummy zue happy sgt dapat bace cerita pasal little baby inside..mummy zue pesan,sila lah update selalu sbb mummy zue memang sygkan baby tau..nak tau selalu perkembangan baby...series.hehehe..

amin amin...
moga berkat doa mummy itu..hehe

D Yatie said...

dear mummy zue....

hehehe...sama2 mummy~penat tau mother nak kerah idea untuk hasilkan entri ni...niat mother untuk son and daughter akhirnya kesampaian berpunca dari paksaan mummy zue...terima kasih mumm zue...mother akan cuba sentiasa update perkembangan anak2 mother cuma kena depends juga la...kalau mother rasa ada perubahan...mother cerita...

amin..amin..amin...
insyaAllah...kawan2 mother cakap doa mother itu afdhal...hihi...

Blog design by Rainy Day