Pages

Jul 5, 2011

Hamil : Bila Bukan Rezeki Kamu

Assalammualaikum. Hai.

Hari biru lagi. Status pada muka buku : Ya Allah, berikan aku kekuatan. Kenapa? Actually bukanlah apa sangat cuma saya terlebih propa sedikit pagi ni. Huhu. Sebelum saya cerita tentang kisah benar, nak cerita sikit aktiviti hujung minggu tidak menarik macam kamu. Huhu.

Sabtu : Hehe. Atas sebab saya rasa saya budak lagi, maka saya baru sahaja pergi buat Ujian Undang-Undang. Malamnya kena paksa baca juga buku yang tak boleh pakai tu. Tapi paksa-paksa sekerat je lah. Then tawakal. Hik3. Entah tak tau kenapa paling menyampah bila baca buku tu. Kalau dulu tak ngelat, mesti dah ada lesen dah. Setiap kali bapa suruh pergi, alasan tak sempat nak baca sebab buku sekolah lagi penting. Huhu. Sekarang, dipaksa dan terpaksa. Encik suami pula pergi sekolah untuk program lari-lari tu.

Ehem! Saya dapat 50/50 kot! Hebat kan? Haha. Dalam mimpi saja lah. Itu pun belum tentu. Sebelum tekan button ok, siap selawat, istighfar. Nasib baik dapat 43. Haha. Gelak guling-guling pun tak per. Sebab saya suka. Suka tak payah nak repeat lagi. Boring der baca buku tu. Juling! Lega rasanya bila dah selesai yang satu itu. Nak pergi kursus 6 jam pula. Adey! Lagi la boring. Dah tak berapa nak ada mood duduk dalam kelas sekarang nih. Huhu. 

Ahad : Pada mulanya saya nak duduk bersenang-senang sambil kemas rumah dan seterika baju sementara encik suami dok pergi service kereta. Tiba-tiba beliau call suruh ikut mak ayah mertua pergi ziarah kakak. Wakil katanya. Mahu tak mahu, kenalah pergi juga. Padahal berat hati sebab segan ikut sorang. Kena jaga air muka suami juga kan? Nak harap saya dan encik suami pergi berdua ziarah kakak dia memang tak lah. Kenapa kami perlu pergi ziarah kakak encik suami?

So, this is actually the main point bagi tajuk entri diatas. Kakak encik suami disahkan hamil lebih kurang sebaya dengan si little fetus kami. Tapi a week before last weekend, kakak encik suami keguguran. Sudah tentu kekecewaan menyelebungi pasangan suami isteri tersebut. Mungkin tidak begitu lama menunggu seperti pasangan-pasangan lain tetapi rasanya 2 tahun berusaha, menanti, berdoa dan berharap - dimakbulkan oleh Nya tetapi masih belum lagi rezeki mereka. Pada saat hati gembira dengan kehadiran si little fetus, Allah menarik kembali kegembiraan tersebut.

Hati kecil saya berkata : adalah lebih baik sekiranya kita belum mengandung berbanding kita sudah mengandung tetapi kemudian kehilangan. biarpun tidak lagi merasai gerak si fetus tapi naluri ibu itu merasainya. namun, siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah. pastinya ada sesuatu yang lebih baik menanti mereka. InsyaAllah. pentingnya, tidak berputus asa untuk berusaha dan berdoa. selebihnya diserahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Zue, hahaha. InsyaAllah...dibuka oleh Nya pintu hati malam ni atau esok adalah kot story pasal ibu si fetus. Muahaha. Doakan saya rajin.

p/s : entri ini ditulis mengambil masa 3 hari! :p

No comments

Blog design by Rainy Day